Hadiah Untuk Kawan Perempuan

11 Idea Hadiah Untuk Kawan Perempuan (2022)

Kaum perempuan memang terkenal dengan sikap cerewet dan mempunyai ketelitian yang sangat tinggi terutamanya jika membeli hadiah untuk kawan perempuan mereka atau sesiapa sahaja.

Apatah lagi kalau tempat yang ingin dikunjungi itu mempunyai pelbagai pilihan dan juga rekaan. Memang memakan masa yang sangat lama bagi anda untuk memilihnya.

Oleh itu, daripada anda membuang masa yang begitu banyak melalui artikel ini kami akan senaraikan kepada anda beberapa idea hadiah yang menarik. Tak perlu pening dah nak beli hadiah untuk perempuan. Boleh beli online saja. Jimat masa dan tenaga.

Idea Hadiah Untuk Kawan Perempuan

Di bawah ini, kami telah senaraikan beberapa hadiah buat kawan perempuan yang sangat menarik dan juga elegan.

Tidak perlu risau, anda boleh pilih hadiah berdasarkan bajet kewangan dan kemampuan diri sendiri.

1. Perfume

hadiah untuk kawan perempuan

Perempuan dan wangian memang tak dapat dipisahkan. Kalau mahu pergi ke mana sekali pun, perfume wajib disembur dahulu.

Pendek kata, ianya memang benda wajib perlu ada bagi setiap perempuan.

Jadi, perfume Dexandra Twist & Spray adalah pilihan terbaik yang boleh anda jadikan sebagai hadiah untuk kawan perempuan sempena penghargaan buat dirinya.

Didatangkan dengan 12 set hadiah dengan harga bermula dari RM45.00, anda boleh pilih set yang mana satu paling menarik di hati.

Kawan anda pasti merasai kebebasan untuk bergerak tanpa perlu risau akan bauan yang tidak menyenangkan.

2. Beg Tangan Carlo Rino Medium In Barbie World

jenama handbag terbaik

Buat kawan perempuan yang suka bergaya, handbag tentunya hadiah yang sangat disukai mereka. Apa kata hadiahkan mereka beg tangan.

Carlo Rino antara jenama handbag mampu milik dan design pun boleh tahan cantik. Padankan handbag Carlo Rino dengan pakaian yang kasual dan serba ringkas, dirinya pasti akan tampil lebih muda, segar, dan penuh bergaya.

3. Tudung

hadiah untuk kawan perempuan

Pilihan yang ada bagi hadiah untuk kawan perempuan bawah RM20 pula adalah tudung Surprise Gift Box Tudung Bawal Cotton Basic Bidang 45.

Dengan hanya harga bawah RM20 anda akan dapat 1pcs tudung bawal cotton bidang 45, 1pcs printed scrunchie gebus, pin tudung, reben termasuk kotak hadiah dan juga kad ucapan.

Memang sangat-sangat berbaloi.

Lengkapkan gaya yang menawan dan langkah penuh dengan keselesaan dengan Tudung Bawal Cotton Basic, pasti anda sentiasa kekal cantik.

4. Alat Mekap

hadiah untuk kawan perempuan

Bagi hadiah untuk kawan perempuan kahwin, WAWA Black Edition Gift Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah buat mereka.

Jika anda menghadiahkan kepada mereka set mekap ini, pastinya mereka berasa sangat gembira dan tampil cantik di hadapan suami.

WAWA Black Edition Gift Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah dan sangat-sangat eksklusif.

Di dalam gift set ini anda akan dapat set mekap 13 barang, percuma tudung dan juga beg tangan. Tingkatkan keyakinan anda untuk kekal cantik dengan WAWA Black Edition Gift Set ini.

5. Aksesori

hadiah untuk kawan perempuan

Lengkapkan hadiah untuk kawan perempuan remaja anda dengan Surprise Gift Box Murah Bear Soft Toy/Scrunchies ini.

Terdapat 6 set hadiah untuk dipilih dengan harga mampu milik. Ianya sangat berbaloi untuk dijadikan hadiah untuk kawan perempuan bawah RM50 yang anda sayangi.

Tampil bergaya dan cantik dengan padanan baju yang bersesuaian untuk hari yang menggembirakan.

6. Jam Tangan

hadiah untuk kawan perempuan

Jam tangan ini pula sangat sesuai jika anda jadikannya hadiah birthday untuk bff. Ianya juga merupakan simbolik kepada tempoh persahabatan yang telah terbina di antara anda berdua.

Hijabista Series (AYnen Watch) yang berharga di antara RM170.00 – RM180.00 ini mempunyai tiga pilihan warna dan dua jenis ukiran nama boleh dibuat.

Dalam set ini juga anda akan mendapat seutas jam, satu kad ucapan, 2 scrunchies, 1 kotak hadiah, tudung, gelang, beg tote, teddy bear dan juga ukiran nama yang anda mahu.

Tak minat dengan jam Aynen? Ada banyak pilihan jam tangan wanita di sini.

Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk kawan perempuan yang rapat dengan anda.

7. Koleksi Novel

hadiah untuk kawan perempuan

Pilihan hadiah untuk kawan perempuan seterusnya pula adalah koleksi novel. Jadikan Koleksi Novel-Novel Anjell ini sebagai kenangan buat mereka.

Kalau anda memerlukan hadiah untuk kawan perempuan bawah RM50, novel-novel Anjell adalah pilihan yang tepat.

Di dalam koleksi ini, semuanya terdapat 9 buah tajuk yang boleh anda pilih untuk dibeli. Harganya pula di antara RM27.00-RM40.00 sahaja.

Novel-novel ini semua adalah keluaran Karyaseni.

Hidup dan penuhkan hati dan jiwa anda dengan ayat-ayat yang romantis dan kekalkan juga keterujaan anda dalam alam percintaan yang penuh warna-warni, kebahagiaan dan kerinduan yang berpanjangan.

8. Set Penjagaan Wajah

Bagi kaum hawa, kecantikan memang sinonim dengan kehidupan mereka. Setiap wanita memang sangat teruja apabila bercakap mengenai soal kecantikan.

Oleh itu, bagi hadiah untuk kawan perempuan yang seterusnya kami cadangkan kepada anda untuk hadiahkan set penjagaan wajah. Antaranya pencuci muka, toner, serum, moisturizer, dan sunblock.

Yang paling WAWA Clear Skin Cleanser ini dijamin halal dan berkualiti. Sesuai dijadikan hadiah untuk kawan perempuan muslimah

Selain itu, kelebihan WAWA Clear Skin Cleanser adalah ianya berfungsi untuk mengelakkan anti-penuaan, memperbaiki kulit kering dan tona kulit yang tidak sekata.

9. Kasut

hadiah untuk kawan perempuan

Dr. Cardin Women Sandal L-SKF-1387 ini sangat kasual, selesa dan senang dipadankan dengan apa pun jenis pakaian.

Malah harga di bawah RM100, anda dapat kasut yang berkualiti tinggi, tahan lama, ringan. Ia juga dibuat menggunakan material kain yang lembut dan tidak gatal.

Rekaannya yang elegan, memang sangat sesuai sebagai pilihan hadiah untuk kawan perempuan yang anda sayangi.

10. Basikal Lipat

Jika kawan perempuan anda suka berbasikal, apa kata hadiahkan basikal lipat. Mudah nak dibawa ke mana saja. Nak masuk dalam bonet kereta pun senang.

Tak tahu nak pilih basikal lipat yang sesuai? Saya dah senaraikan di sini basikal lipat terbaik di Malaysia.

11. Telekung

hadiah untuk kawan perempuan

Set telekung sesuai dijadikan hadiah untuk kawan perempuan Muslimah. Telekung sulam Floraleena ini diterbangkan dari Indonesia. Material kain cotton lembut, tak panas, sulam cantik dan siap beg lagi. Sangat sesuai dibuat hadiah.

Harga pun tak sampai RM80. Memang berbaloi.

Penutup

Kini, anda dah boleh pilih yang mana satu sesuai untuk dijadikan hadiah buat kawan perempuan. Pelbagai pilihan yang ada, dari yang paling murah hingga yang mahal semuanya bergantung kepada bajet yang anda ada.

Hadiah merupakan satu bentuk penghargaan buat seseorang tidak kisahlah apa pun sumbangan mereka. Ia tanda ingatan dan penghargaan buat mereka. Mungkin dengan kejutan hadiah ini dapat memberi makna dan kegembiraan yang berpanjangan. Selain itu, ia juga dapat membuatkan hubungan anda berdua menjadi semakin akrab.

Semoga anda mendapat manfaat dan mudah untuk buat pilihan dari artikel ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.