Shampoo Untuk Kelemumur

9 Pilihan Shampoo Untuk Kelemumur Yang Berkesan

Jika anda mengalami masalah kelemumur, perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah mengenai pemilihan shampoo rambut berdasarkan kandungan bahan di dalam shampoo tersebut. Shampoo untuk kelemumur dan rambut gugur haruslah mengandungi:

  • Zinc pyrithione yang berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Salicylic untuk membantu menghapuskan kelemumur
  • Selenium sulphide bagi mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Ketoconazole yang membantu menangani pelbagai jenis kulat

Kelemumur merupakan keadaan kulit kepala yang mati dan kering serta mengelupas secara berlebihan.

Tanda-tanda Kelemumur

Antara tanda-tanda kelemumur adalah seperti berikut:

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut dan bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian
  • Kulit kepala menjadi seperti bersisik, berkuping atau berkulat
  • Kulit kepala menjadi merah-kemerahan

Punca Terjadinya Kelemumur

Antara punca-punca berlaku kelemumur adalah disebabkan oleh:

  • Seborrheic dermatitis iaitu kulit kepala akan menjadi kemerah-merahan, gatal dan berminyak serta ditutup dengan serpihan kulit yang berwarna kuning ataupun putih
  • Tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit mati daripada kulit kepala akan menyebabkan kelemumur berlaku
  • Malassezia iaitu sejenis kulat seperti fungus yang boleh dijumpai di kulit kebanyakan orang di mana ia mampu merengsakan kulit kepala lalu menyebabkan berlakunya kelemumur.
  • Penggunaan produk penjagaan rambut yang salah juga kadang-kadang akan menyebabkan kerengsaan kepada kulit kepala di mana ia akan membuatkan kulit kepala anda menjadi gatal dan berkepingan
  • Keradangan kulit
  • Masalah hormon
  • Stress atau mengalami tekanan perasaan
  • Mempunyai daya imuniti tubuh yang rendah
  • Masalah kulit kepala kering
  • Psoriasis di mana kulit menjadi kemerahan, kegatalan, berkuping dan bersisik

Bagi membantu anda memilih shampoo kelemumur dan kulit kepala berkuping yang betul, di bawah ini saya telah senaraikan beberapa pilihan terbaik untuk mudahkan anda merujuk shampoo untuk kelemumur manakah yang menjadi pilihan terbaik anda.

Senarai Shampoo Untuk Kelemumur Yang Terbaik

Berikut senarai shampoo terbaik untuk kelemumur yang boleh anda pilih iaitu:

1. WATSONS Anti Dandruff Shampoo 400ml

Ini adalah shampoo untuk kelemumur di Watson yang berfungsi untuk menggalakkan rambut serta menjadikan kulit kepala agar lebih sihat. Selain itu, ia juga boleh menyingkirkan segala kulat yang terdapat di kulit kepala.

Shampoo Watson untuk kelemumur ini juga sangat kaya dengan vitamin, mineral dan omega 3 asid lemak yang dapat membantu menyuburkan, menghidupkan semula dan membaiki rambut dan kulit kepala anda.

2. Herbal Essences Bio: Renew Shampoo Potent Aloe & Eucalyptus 400ml

Pilihan shampoo anti kelemumur yang seterusnya pula adalah Herbal Essences Bio: Renew Shampoo Potent Aloe & Eucalyptus.

Herbal essences shampoo ini mempunyai beberapa kelebihan seperti mampu menghidratkan kulit kepala anda. Shampoo kelemumur Herbal Essences Bio mengandungi aloe vera dan eucalyptus agar rambut menjadi lebih lembut dan menghasilkan kulit kepala yang seimbang.

Anda juga dapat menikmati aroma wangi tembikai susu, cool menthol dan wangian white musk yang menenangkan. Ia juga diiktiraf oleh PETA sebagai cruely-free.

3. Shampoo Untuk Kelemumur Aloevera

Shampoo Untuk Kelemumur

Shampoo untuk kelemumur yang seterusnya pula adalah Shampoo Aloevera dari jenama HSF Naturals. Ia mampu menghalang dari berlakunya penipisan rambut, anti rambut gugur, anti kelemumur, mencegah dari terjadi rambut rosak atau pun bercabang.

Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu menghidrat kulit kepala anda serta mampu mengawal pengeluaran minyak secara berlebihan di kulit kepala.

Ia juga merupakan shampoo bagi kelemumur teruk, masalah gatal kepala, rambut beruban, ataupun jika terdapat kudis di kepala.

4. LAVOO Shampoo Protein

Shampoo Untuk Kelemumur

Pilihan shampoo untuk kelemumur yang seterusnya pula adalah LAVOO Shampoo Protein yang bebas paraben dan bebas silikon. Shampoo untuk kelemumur lelaki dari jenama LAVOO Shampoo Protein ini mempunyai jangka hayat selama 24 bulan dan didatangkan dengan saiz yang besar. Sangat berbaloi, boleh pakai lama kan..

Ia mempunyai pelbagai kelebihan seperti anti penipisan rambut, mencegah rambut daripada gugur, anti kelemumur, anti kerinting, mencegah rambut daripada rosak serta bercabang serta berupaya untuk melebatkan rambut anda.

Syampu kelemumur ini juga mengandungi vitamin E, ekstrak bunga nelumbo nucifera, ekstrak bambusa vulgaris yang membantu melembut dan melembapkan kulit dan memberi kekuatan pada rambut anda.

5. Feodora Shampoo & Conditioner + Hair serum + Hair mask

Shampoo Untuk Kelemumur

Pilihan shampoo untuk kelemumur yang ke-5 adalah Feodora Shampoo & Conditioner + Hair serum + Hair mask. Feodora Shampoo ini mampu membuatkan kulit kepala anda sejuk, selesa dan wanginya juga tahan sepanjang masa.

Syampu untuk kelemumur ini tidak menggunakan bahan kimia yang merbahaya seperti SLES, ALES, Paraben dan Silikon. Ia diuji secara klinikal dan diproses di kilang bertaraf GMP dan ada ISO.

Antara kebaikan syampu ini dapat membantu merawat dan menjaga rambut yang mempunyai masalah kelemumur, rambut gugur, kulit kepala berkeruping, kulit kepala kering, gatal kulit kepala, masalah uban, kutu, rambut berminyak dan juga rambut yang berbau busuk.

Shampoo hilangkan kelemumur dengan isi kandungannya yang berjumlah 230ml ini juga mampu tahan sehingga 2 bulan penggunaan, menjadikannya satu pelaburan yang sangat berbaloi untuk rambut anda.

6. Moist Diane Botanical Moist Shampoo/Conditioner 480ml

Shampoo Untuk Kelemumur

Jenama Diane shampoo untuk kelemumur ini diformulasi menggunakan bunga ceri, kacang, rumpai laut dan beras. Ia membantu untuk memberi kesuburan kepada kulit kepala dan memberikan kekuatan kepada rambut secara semula jadi.

Selain itu, Moist Diane Botanical Moist Shampoo/Conditioner ini juga mampu memberi kelembapan yang berpanjangan bagi mencegah kulit kepala menjadi kering dan rambut rosak. Diane Botanical adalah syampu untuk kelemumur yang turut menjadikan rambut anda kembali bersinar dan sihat.

7. Naturals by Watsons Shampoo Conditioner

Pilihan jenama shampoo anti kelemumur seterusnya adalah Naturals by Watsons Shampoo Conditioner yang mengandungi bahan semula jadi atau organik. Shampoo untuk kelemumur di farmasi ini mempunyai 19 pilihan wangian dengan isi padu kandungan sebanyak 490ml.

Ia adalah shampoo anti kelemumur yang berfungsi untuk merawat dan memperbaiki rambut gugur, masalah rambut rosak dan bercabang, anti penipisan rambut, masalah kelemumur serta anti penipisan rambut. Dapatkan shampoo kelemumur watson ini untuk menyelesaikan segala masalah rambut anda.

8. Clear Anti Dandruff Shampoo Frozen Peony

Shampoo Untuk Kelemumur

Shampoo Clear untuk kelemumur yang dirumus khas dengan teknologi anti kelemumur yang terbaik ini turut memainkan peranan dalam memberi kelegaan kepada kulit kepala dengan gabungan micellar serta menthol dan ekstrak peony.

Ia memberikan sensasi segar dan membuatkan rambut anda berasa bersih dan segar selepas menggunakannya. Sudah tentu ia juga mampu menghalang kelemumur dari berulang kembali.

9. Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo

Shampoo Untuk Kelemumur

Syampu untuk kelumumur jenama Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo ini diformulasi khas untuk bertindak menghapuskan kelemumur dengan pantas, membersihkan segala serpihan dan mengawal gejala kelemumur dari penggunaan yang pertama lagi.

Shampoo Dove untuk kelemumur ini telah duji secara klinikal bagi memastikan keberkesanannya. Ia ini diperbuat daripada zink pyrithione yang terbukti berjaya dalam menangani kelemumur, melegakan kulit kepala gatal serta membersihkan serpihan putih dengan penggunaan biasa.

Akhir Kata

Kelemumur adalah sesuatu yang tidak berbahaya dan ia tidak boleh berjangkit, tetapi dengan membiarkannya begitu sahaja bukanlah satu tindakan yang bijak. Ia akan menyebabkan anda berasa kurang selesa, gatal dan paling teruk ia mampu menjejaskan penampilan anda dan membuatkan orang di sekeliling mula menjauh disebabkan rasa geli melihatnya.

Anda juga akan berasa kurang berkeyakinan. Oleh itu, rawatlah ia dengan kadar segera melalui pemilihan produk penjagaan rambut yang betul seperti saya cadangkan di atas.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda sesuatu yang berguna. Selamat mencuba!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.