Pewarna Rambut Halal

9 Pewarna Rambut Halal Sah Solat (2023)

Ada di antara kita ingin mewarnakan rambut disebabkan oleh beberapa faktor seperti rambut beruban, rambut kering, kusam dan lain-lain. Namun begitu, anda mungkin sukar nak dapatkan pewarna rambut halal.

Memandangkan kita beragama Islam, pengambilan produk yang halal perlu untuk memastikan wudhuk sah dan solat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sebenarnya, nak cari pewarna rambut halal itu mudah dan senang sahaja, ayuh kita menyelusuri setiap satu pewarna rambut halal yang boleh kita pilih. Selepas ini tiada masalah lagi bila nak cari pewarna rambut.

Pewarna Rambut Halal

Berikut merupakan pewarna rambut halal sah solat.

1. Shurah Pewarna Rambut Halal

pewarna Rambut Halal

Kelebihan

  • Harga berpatutan
  • Mengandungi pelbagai variasi warna
  • Ada pelindung uv

Apa yang istimewa sangat dengan Pewarna Rambut Halal Shurah ni?

Produk ini mengandungi 7 variasi warna: hitam, perang gelap, burgundy, koper merah, merah klasik, kayu manis,dan koper asli.

Antara kandungan yang ada dalam Shurah Pewarna Rambut Hair Colors adalah seperti ekstrak inai, susu kambing, pati sari botani dan pelindung UV. Ramuan ini dapat mewarna, melembapkan dan melindungi rambut daripada kerosakan sinaran UV.

Setiap 7 variasi warna produk ini mempunyai tarikh luput. Cara selamat untuk menggunakan produk ini ialah dengan memakai sarung tangan (gloves) dan apabila sudah selesai menggunakan produk ini, rambut tersebut mestilah dikering dengan menggunakan tuala.

2. Pewarna Rambut Halal Garnier

pewarna Rambut Halal

Kelebihan

  • tiada ammonia
  • telus air
  • Diiktiraf halal
  • warna tahan sehingga 8 minggu
  • pelbagai variasi warna

Kekurangan

  • Perlu menggunakan conditioner untuk hasil warna yang lebih baik.

Ini pula pewarna rambut halal Garnier. Garnier ialah satu produk penjagaan diri yang terkenal. Bukan setakat pencuci muka sahaja, Garnier pun ada menyediakan produk pewarna rambut. Halal pulak tu.

Pewarna rambut Garnier ini mengandungi kandungan minyak semulajadi (natural oils) seperti minyak zaiton, badam (almond) dan avocado. Kandungan tersebut mampu membuatkan rambut anda bersinar, licin dan lembap.

Selain itu, pewarna rambut halal ini tidak mengandungi ammonia yang boleh membahayakan kulit kepala dan rambut.

Apa yang menarik ialah, produk pewarna rambut Garnier mengandungi 11 pilihan warna.

Ketika menggunakan produk ini, disarankan agar untuk memakai sarung tangan untuk mengelakkan tangan kita terkena pewarna. Untuk cara-cara penggunaan yang lebih jelas lagi, boleh klik link di atas ye.

3. Pewarna Rambut Gumash

pewarna Rambut Halal

Kelebihan

  • mesra wuduk
  • mempunyai enam pilihan warna
  • tidak mudah luntur
  • telus air
  • tiada ammonia dan paraben

Kekurangan

  • Ibu mengandung perlu dapatkan nasihat daripada doktor sebelum menggunakannya.

Kalau anda ingin mencari produk pewarna rambut keluaran tempatan, pewarna rambut Gumash patut dijadikan sebagai pilihan.

Yang menariknya ialah, produk ini telah mendapat kelulusan KKM. Tiada bahan kimia yang berbahaya seperti paraben dan ammonia diletakkan di dalam produk.

Untuk mendapatkan tips penggunaan pewarna Gumash dengan lebih lanjut, boleh klik link yang disediakan.

4. Inai Rambut V Asia

pewarna Rambut Halal

Kelebihan

  • produk keluaran tempatan
  • tanpa ammonia

Kekurangan

  • Pilihan warna terhad

Inai rambut V Asia merupakan produk pewarna rambut keluaran tempatan. Sesiapa yang was-was dengan produk luar negara, mereka boleh cuba produk pewarna rambut keluaran V Asia ini.

Kandungan yang terdapat pada produk ini ialah inai dan herba. Produk ini kaya dengan vitamin, protein dan mineral. Masalah rambut beruban boleh cuba produk inai rambut V Asia ini.

Sekiranya rambut baru sahaja diwarnakan atau dikerintingkan, tunggu selama seminggu sebelum menggunakan produk ini. Untuk cara penggunaan yang lebih jelas lagi, boleh klik link yang disediakan.

5. Pewarna rambut halal Dherbs

Kelebihan

  • Produk pewarna rambut keluaran tempatan
  • Halal

Kekurangan

  • Pilihan warna terhad

Siapa yang tidak kenal dengan produk tempatan Dherbs, Dherbs bukan setakat mengeluarkan produk minuman berasaskan kesihatan, tetapi turut mengeluarkan produk pewarna rambut yang halal.

Pewarna rambut halal Dherbs ini mempunyai dua warna iaitu warna hitam dan perang.

Untuk cara penggunaan yang lebih jelas, boleh rujuk dan klik link yang disediakan.

Produk ini 100% berasaskan herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein yang bagus untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Bukan setakat dapat mewarnakan rambut tetapi produk ini boleh melebatkan rambut.

6. Inai Rambut Hennaline

Kelebihan

  • halal dan sah solat
  • 100% bahan organik
  • tahan sehingga 2 tahun bila disimpan di dalam freezer.

Kekurangan

  • Perlu disimpan di freezer terlebih dahulu sebelum dipakai

Produk inai rambut keluaran Hennaline ini mempunyai tiga jenis iaitu Henna Paste Original, Henna Paste Rosey dan Henna Paste Rosey.

Kandungan yang terdapat pada produk ini ialah 100% merupakan bahan organik. Antara bahan yang didapati di dalam produk ini ialah coconut oil, amla oil, tropical essential oil, morrocan argal dan banyak lagi.

Tips untuk rambut yang lebih terang dan cantik boleh cuba menggunakan bleach dan henna.

Bukan setakat mecantikkan rambut, tetapi produk ini dapat mengurangkan masalah kelemumur.

7. Inai Rambut Hennis

Kelebihan

  • Mesra wudhuk dan halal
  • Tiada pewarna tiruan
  • tiada campuran bahan terlarang.

Khasiat inai rambut keluaran hennis ini mengurangkan kelemumur, mengurangkan rambut gugur, menguatkan akar rambut dan dapat melembutkan rambut.

8. Pewarna Rambut Instant Al-Attas

Kelebihan

  • Mesra wuduk
  • Lulus KKM

Pewarna rambut halal Al-Attas ini sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita. Selain menghitamkan rambut, ia juga membuatkan rambut anda menjadi sihat dan bersinar.

Cara guna pun mudah. Hanya sapukan pada uban dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu bilas.

9. Pewarna Rambut Blondebasix

pewarna Rambut Halal

Kelebihan

  • Galak pertumbuhan rambut baru
  • Kurangkan keguguran rambut
  • Halal & boleh dibawa solat

Pewarna rambut Blondebasix merupakan inai rambut yang diperbuat dari ekstrak minyak kelapa, minyak ros, minyak lavender dan minyak zaitun.

Selain untuk mewarna rambut bagi menutupi uban, ia juga baik untuk mengurangkan keguguran rambut, mengatasi masalah kelumumur serta menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Akhir Kata

Kepada mereka yang mengalami masalah uban rambut, rambut mudah gugur dan kusam, anda tidak perlu risau kerana anda boleh dapatkan pewarna rambut halal yang tersenarai di atas.

Apa yang penting pewarna rambut halal sah untuk solat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.