mesin pengering baju

12 Mesin Pengering Baju (Dryer) Terbaik di Malaysia (2023)

Mesin pengering baju telah menjadi peralatan penting yang perlu ada di setiap rumah di samping mesin basuh automatik. Hal ini disebabkan oleh keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu telah menyebabkan pakaian yang dibasuh menjadi lambat kering lalu berbau hapak.

Selain itu, jika mahu jemur di bawah matahari pula, ianya akan mengambil masa yang agak lama untuk kering. Tetapi dengan mesin pengering baju ini, kerja mengurus pakaian lebih mudah dan pantas kerana tidak perlu menunggu lama lagi.

Mesin Pengering Baju Terbaik

Kini terdapat pelbagai jenis dryer machine terbaik di pasaran dengan harga mampu milik. Berikut adalah senarai mesin pengering pakaian yang boleh dibuat pilihan.

1. Toshiba 7kg SENSEDRY™ 

mesin pengering baju toshiba

Mesin pengering baju Toshiba ini boleh memuatkan sehingga 7kg beban dan mempunyai 16 jenis pemprograman yang mempunyai fungsi yang berbeza.

Hanya pusing knob mengikut pilhan anda. LED digital di pasang pada bahagian skrin untuk paparan yang lebih jelas.

Selain itu ia mempunyai sistem child lock untuk keselamatan. Dryer terbaik ini juga menggunakan teknologi sense dry menjadikan proses pengeringan lebih cepat,

Ia berhenti secara automatik apabila baju kering dan juga tidak membuatkan cucian anda berkedut. Saiznya yang kecil menjimatkan ruang dobi anda.


2. Mesin Pengering Baju Midea MD-7388 (7kg)

mesin pengering baju midea

Mesin pengering yang berkapasiti 7kg ini dapat mengeringkan baju kurang dari satu jam.

Selain Power of memory, mesin dryer ini juga mempunyai pemanas termotat yang selamat. Malah, ianya juga mempunyai ciri keselamatan kanak-kanak dan mempunyai buzer.

3. Khind Dryer CD819

mesin pengering baju

Ini pula dryer jenama Khind. Jenis dryer ini mampu membuka pintu sehingga 150 darjah. Mempunyai kuasa sehingga 1800W serta kedalamanan drum 390mm dan berdiameter 573mm.

Kuasa motornya pula adalah 200W. Fungsi istimewa mesin ini ialah pakaian anti kedut, child lock untuk keselamatan, serta menggunakan penetap masa manual. Kelajuan drum 50-55r/mini dan ianya tidak menghasilkan bunyi yang kuat.

4. Electrolux Dryer EDV854

mesin pengering baju

Mesin pengering baju jenama ini berkapasiti 8.5 kg. Mempunyai reverse tumbling untuk mengurangkan kedutan sehingga 1/3 dan juga sensor untuk mengurangkan haus dan lusuh.

Selain itu, ianya juga mempunyai 7 pemprograman dan tempoh waranti selama 2 tahun.

5. Samsung Dryer DV80TA220AE/FQ

dryer machine

Mesin pengering baju Samsung Dryer DV80TA220AE/FQ adalah sejenis pengering pam haba dan mempunyai kapasiti sehingga 8kg.

Ianya juga merupakan salah satu mesin pengering baju terbaik. Terdapat dalam warna putih, pintunya pula berwarna shiny black manakala lampu LED pula cerah terang.

Fungsinya menjadikan cucian anti-kedut yang memudahkan kerja menyeterika anda. Malah, pintunya yang lut sinar membolehkan anda memeriksa pengeringan yang sedang berjalan.

Mesin ini juga mampu mengelakkan pakaian anda daripada rosak.


6. Elba 9kg Condenser Dryer ED-H9151C(WH)

mesin dryer

Selain mempunyai kapasiti cucian sehingga 9kg, mesin ini juga membuat pengeringan secara pemeluwapan iaitu menggunakan termostat untuk menyejukkan udara di dalam mesin.

Jadi, ia lebih selamat dan fleksibel. Malah, ianya juga mempunyai 15 program pengeringan.

Mesin ini juga memiliki kekunci keselamatan kanak-kanak. Dengan ciri keselamatan dan fungsi pengeringan yang pelbagai, anda tidak akan menghadapi masalah lagi ketika mahu mengeringkan pakaian anda.


7. LG Dryer TD-C8066WS (8KG)

mesin pengering baju

Harga mesin pengering baju yang bernilai RM2188.00 ini mampu mencuci sehingga 8kg pada satu masa.

Mempunyai jaminan selama 12 bulan. Pintunya pula bewarna hitam dan menggunakan ‘touch button’ untuk mengendalikan pengoperasian.

Mesin ini juga mempunyai spin speed iaitu high dan normal. Diaplikasikan dengan tiga tahap buzer.

Selain melakukan pengeringan secara pemeluwapan, mesin ini juga mempunyai sistem cucian secara dua hala dan bercirikan diagnosis pintar serta mempunyai sensor pengeringan.

8. Haier Heat Pump Dryer HD90-A2979

mesin pengering baju

Pengering pakaian jenama Haier ini mampu memuatkan sehingga 9kg pada satu masa.

Mempunyai waranti selama 2 tahun. Pengering jenis haba ini bertindak anti-bakteria, pengeringan songsang, dan jimat tenaga sehingga 50%.

Ianya juga mempunyai 14 program menggunakan sistem digital yang hanya perlu disentuh pada skrin.

Selain mempunyai sensor dry, ianya juga merupakan dryer heat pump terbaik dan jaminan waranti untuk motor selama 12 tahun.

9. Mesin Pengering Baju Panasonic NH-E80JA1WMY

 

dryer

Mesin ini berkapasiti 8kg dan mempunyai tempoh waranti selama 12 bulan dan merupakan antara salah satu dryer terbaik.

Mempunyai frekuensi motor yang tetap, dryer ini juga menggunakan pengering jenis ventilasi. Ciri pengeringnya pula jenis eco dan mempunyai kelajuan putaran 54RPM.

Mempunyai 4 pilihan mengering iaitu 60 minit, 120 minit, 220 minit dan auto sensing-dry. Ianya juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan.

10. Daema Tumble Dry Cloth Dryer DWD-1001BC (10KG)

dryer

Pengering baju jenama ini mempunyai kuasa mengering sehingga sehingga 2000W dan merupakan dryer machine terbaik.

Mempunyai dua arah putaran dan Auto-stop pengeringan. Masa mengering pula sehingga 150 minit.

Ianya juga mempunyai 8 pilihan pemprograman. Ciri keselamatannya pula akan berhenti dengan cepat apabila pintu dibuka semasa proses pengeringan berlaku.

11. Xiaomi 2 IN 1 Washer Dryer (7KG)

dryer washer

Berupaya menghapus sehingga 99.99% bakteria. Mesin pengering ini mempuyai waranti selama 2 tahun.

Dilengkapi dengan motor pemacu generasi baharu untuk pengoperasian senyap, kebolehpercayaan dan kecekapan. Mesin ini juga mempunyai 22 mod cucian dan pengeringan.

Sebanyak 16 mod cucian boleh didapati terus pada panel hadapan, manakala bakinya pula boleh dikawal melalui aplikasi yang khusus. Mesinnya juga mempunyai bunyi yang rendah iaitu 50db sahaja. Ianya mengambil masa selama 1 jam masa mencuci dan pengeringan.

Sistem higienis menghilangkan bau hapak dan juga kedutan pada pakaian. Kawalan Aplikasi Pintar membolehkan anda beroperasi atau memantau cucian anda di mana sahaja, pada bila-bila masa, dan kawalan suara xiaoai mampu mengawal mesin ini dari jarak jauh.

12. Midea Heat Pump Dryer MDK-1088HP (10KG)

mesin pengering baju

Mesin pengering baju 10kg ini mempunyai jaminan waranti selama 2 tahun oleh pengilang. Dilengkapi motor berfrekuensi tetap ianya juga menggunakan kaedah pengeringan secara pemeluwapan.

Ciri pengering anti-bakteria dan pengeringan segera.

Kebersihan cucian kering selepas pengeringan selesai, iaitu dram dalam akan kekal pada suhu yang sama selama lebih daripada 30 minit untuk memastikan pensterilan yang berkesan.

Teknologi pam haba kering dengan lebih cekap dan cepat.

Kapasiti besar menyebarkan pakaian secara merata, dan aliran udara yang kuat juga mampu untuk menghilangkan segala kedutan.

Mesin ini juga dapat mengelakkan pakaian daripada berpintal dan menjadikan pakaian lembut dan gebu serta membolehkannya dipakai serta-merta.

Anda juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Pengeringan pam haba mengawal suhu dalam dua arah untuk mengekalkan suhu udara di bawah 50 darjah dan memberikan perlindungan untuk fabrik gentian gred tinggi.

Kenapa Perlu Ada Mesin Pengering Baju?

Bagi anda yang tinggal di rumah bertingkat pula pasti menghadapi masalah untuk mengeringkan pakaian kerana ruang jemuran yang terbatas.

Apatah lagi jika ingin menjemur selimut, cadar atau langsir. Selain itu juga, mesin ini amat sesuai untuk anda yang tidak suka menyidai baju.

Walaupun terdapat kedai dobi layan diri, kadang kala anda perlu menunggu giliran bila terlalu ramai yang menggunakan mesin dryer. Lagipun, ia juga membuang masa dan tenaga kita. Lebih senang jika ada mesin pengering baju di rumah sendiri.

Oleh itu, mesin pengering baju wajib ada di setiap rumah dan penting kerana :

1. Tiada Pengaruh Cuaca

Baju boleh dikeringkan pada bila-bila masa kerana mesin tidak memerlukan cuaca.

2. Pengeringan Lebih Cepat

Menjemur secara manual mengambil masa yang lama untuk kering tetapi dengan menggunakan mesin pengering baju ianya hanya mengambil masa setengah jam sahaja untuk pengeringan.

3. Pakaian Bebas Bakteria

Menjemur juga mampu mengundang bakteria pada pakaian anda. Cuaca berangin mampu menerbangkan serangga dan hinggap pada jemuran anda.

4. Membantu Meringankan Beban

Sebagai wanita, pasti berasa penat kerana perlu melakukan kerja banyak tugas di rumah. Dengan adanya mesin pengering baju ini, lebihan masa yang ada, anda dapat manfaatkan untuk rehatkan diri sebentar. Tidak perlu lagi mengejar waktu dan cuaca untuk pastikan pakaian anda telah kering sempurna.

Malah, dengan mesin pengering ia tidak berlaku malah pakaian anda akan lebih terpelihara warnanya.

Kesimpulan

Mesin pengering baju kini telah menjadi keperluan yang amat penting di setiap rumah. Fungsinya juga dapat membantu meringankan kerja mencuci anda.

Selain itu ia juga menjimatkan masa dan tenaga. Anda tidak perlu risau lagi jika kediaman anda tidak mempunyai ampaian.

Bagi yang tinggal di rumah bertingkat pula mesin pengering ini menjadikan kediaman anda lebih cantik kerana tiada baju yang bergayutan di balkoni rumah. Anda juga tidak perlu risau cucian anda diterbangkan angin.

Malah, dengan mesin pengering pakaian ini anda tidak akan mengalami masalah lagi apabila hari hujan. Jadilah pembeli dan pengguna bijak. Buat pilihan tepat supaya anda tidak membazirkan wang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.