khemah camping terbaik

Khemah Camping Terbaik di Malaysia

Anda sedang mencari khemah camping terbaik?

Jika dulu berkhemah merupakan aktiviti yang sering dilakukan diluar. Tapi, sebenarnya anda boleh juga berkhemah kat rumah.

Lagi seronok dapat berkhemah bersama keluarga. Dapat luang masa bersama dan kuatkan ikatan silaturrahim.

Tak kira di mana pun anda nak berkhemah, tentunya inginkan khemah camping yang bagus.

Jadi, kali ini saya kongsikan khemah camping terbaik untuk memudahkan anda membuat pembelian.

Khemah ini boleh didapati secara online. Tak perlu keluar rumah. Tunggu saja barang sampai.

Khemah Camping Terbaik

Berikut adalah senarai khemah camping yang bagus.

1. Khemah Double Layer untuk 3-4 Orang

khemah keluarga

Harga: RM120


  • Mudah dipasang
  • Kalis ais
  • Luas
  • 2 pintu, 2 tingkap
  • Saiz: 215 x 215 x 142cm

Khemah camping kalis air ini sesuai untuk anda yang nak berkhemah bersama anak-anak atau kawan. Saiznya yang agak besar, boleh muat untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak bawah 10 tahun.

Apa yang penting, khemah ini ada 2 lapisan. Jika berkhemah waktu tengahari, tak terasa sangat terik matahari masuk ke khemah. Nak berkhemah musim hujan pun tak bimbang sebab khemah ini kalis air.

Lagi menarik, dari dalam khemah anda boleh tengok bintang di waktu malam melalui tingkap khemah. Pintu khemah pun ada 2, tak berebut nak keluar.

Duduk dalam khemah tak terasa susah nak bernafas sebab khemah ini direka dengan rekaan pengudaraan yang baik.

Ada khemah camping yang susah nak pasang, ambil masa yang lama untuk pasang saja. Tapi, dengan khemah ini dalam masa beberapa minit boleh siap. Tarik dan khemah akan terbuka. Nak tutup pun senang.

Untuk simpanan, turut disediakan beg. Jadi mudah untuk anda bawa ke mana saja.

Khemah ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan khemah keluarga yang selesa, mudah dan kemas.

2. Khemah Camping Tinggi untuk 1 orang

khemah camping tinggi

Harga: RM49.90


  • Senang pasang
  • Mudah ditutup
  • Ringan
  • Saiz: 120*120*190cm

Ini pula khemah camping tinggi. Selalu digunakan untuk menyalin pakaian.

Dalam khemah siap ada tali untuk sangkut baju. Juga ada poket untuk letak beg kecil.

Khemah ini siap ada perlindungan UV. Jadi tak risau kulit anda rosak akibat sinaran UV.

Zip disediakan dari bahagian luar dan dalam khemah.

Nak pasang pun cepat dan mudah. Bila nak tutup pun tak susah. Khemah ini ringan serta senang untuk dibawa.

Kalau anda nak gunakan khemah camping tinggi ini untuk solat, boleh dapatkan yang saiz besar sikit. Muat untuk 2 orang dan boleh solat dalam tu.

3. Khemah Camping Keluarga untuk 8-12 orang

khemah keluarga

Harga: RM452.69


  • 3 bilik
  • Ruang yang besar
  • 2 lapisan
  • Kalis air
  • 3 pintu, 1 tingkap
  • Saiz: 430 X 305 X 200cm

Ini khemah camping yang sangat luas dan selesa. Boleh memuatkan sehingga 12 orang. Sesuai untuk anda yang memiliki keluarga yang besar.

Walaupun bersaiz besar, khemah ini senang untuk dipasang. Khemah camping ini terdapat 2 lapisan. Lapisan atas sebagai penutup atas khemah serta melindungi dari panas matahari dan hujan.

Walaupun khemah kalis air, tapi, air boleh masuk melalui zip di tingkap tepi. Anda kena pasang lapik atas yang lebar sikit baru selamat dari air masuk ke dalam khemah.

Bila buka lapisan atas, anda boleh melihat bintang di waktu malam melalui jaring atas khemah.

Khemah juga ada 3 pintu supaya senang nak keluar. Ada 1 tingkap berjaring di bahagian tepi. Jadi tiada masalah pengudaraan dan nyamuk pun tak boleh masuk bila pintu ditutup.

Rekaan khemah ini ada 2 bilik. Tapi, anda boleh buka bilik ini untuk dijadikan satu bilik supaya lebih luas.

Nak berdiri pun boleh dalam khemah ini. Sebab bukaan dalaman khemah agak tinggi dalam 230cm. Jadi boleh solat dalam khemah.

Zip disediakan di bahagian dalam dan juga luar khemah. Nak simpan khemah tak payah pening sebab diberikan sekali beg.

4. Khemah untuk 4-5 orang

khemah camping terbaik

Harga: RM239


  • Senang dipasang
  • Perlindungan UV
  • Mudah disimpan dan dibawa
  • Ringan
  • 2 pintu & 2 tingkap
  • Saiz: 280 x 200 x120cm

Untuk yang ingin berkhemah dalam 5 orang, ini adalah khemah camping terbaik bagi anda.

Khemah kalis air ini didatangkan dengan 2 pintu serta 2 tingkap berjaring. Jadi, pengudaraan dalam khemah agak baik. Nyamuk pun tak boleh masuk dengan tingkap berjaring.

Nak tutup dan pasang khemah pun tak berapa susah. Beg khemah turut disediakan supaya mudah untuk anda simpan khemah setelah digunakan.

5. Khemah untuk 1 orang

khemah camping yang bagus

Harga: RM38.90


  • Mudah dipasang
  • Perlindungan UV
  • Kukuh
  • Saiz: 190x 100cm

Ini pula khemah camping terbaik untuk duduk seorang. Senang nak pasang dan nak tutup. Dah siap pakai boleh simpan dalam beg yang disediakan.

Bahagian atas khemah jenis berjaring supaya anda boleh bernafas dengan selesa dan mengelakkan nyamuk dari masuk ke dalam khemah.

Atap khemah ada bumbung kecil untuk melindungi anda dari terik matahari dan hujan.

Khemah camping ini ada 1 pintu saja. Sesuai untuk anda yang tinggal seorang.

6. Khemah 2 pintu untuk 3-4 orang

Harga: RM148


  • Senang pasang
  • Ringan
  • 2 pintu
  • Saiz: 200x180x130cm

Ini pula khemah camping bagi anda yang nak berkhemah bersama anak-anak di kawasan rumah. Diperbuat dari material yang kalis air.

Khemah ini boleh memuatkan dalam 3 hingga 4 orang. Nak pasang dan tutup pun mudah.

Siap ada tingkap khemah supaya anda sentiasa selesa bernafas dalam khemah ini.

Pelapik bahagian atas khemah bila tidak digunakan boleh juga dijadikan sebagai pelindung panas matahari (atap).

Barang Yang Diperlukan Ketika Camping

Anda nak berkhemah, ada beberapa lagi barang yang diperlukan selain khemah.

1. Meja Lipat Aluminium

Jika ada meja ni boleh duduk berborak di luar khemah sambil minum kopi. Meja boleh dilipat, mudah nak masukkan dalam kereta.

Bahagian tengah meja ada lubang untuk letak payung. Kalau hari panas sangat atau hujan, boleh buka payung.

Harga: RM138.02


2. Dapur gas mini

Nak memasak masa camping? Guna saja dapur mini portable. Tak perlu lagi dah masak atas kayu api.

Harga: RM29.90


3. Lampu / kipas

Bila berkhemah tentunya gelap di waktu malam. Untuk itu, ada lampu sangat penting. Kipas pula supaya boleh tidur dengan selesa pada waktu panas.

Nak senang pakai saja yang 2 in 1 macam kat bawah ni. Yang ini pakai bateri atau USB cable. Senang nak bawa masuk hutan.

Harga: RM33.39



4. Hammock

Ini kalau ada memang seronok. Boleh bersantai sambil menikmati pemandangan sekeliling. Tenang fikiran.

Hammock corak jalur ini ada beberapa saiz. Pilih ikut berat badan anda supaya boleh tampung bila anda duduk/baring.

Harga: RM9.50


5. Flysheet

khemah camping terbaik

Pelapik atau dikenali sebagai flysheet ini ada pelbagai kegunaan. Selain sebagai penutup bahagian atas khemah, supaya air hujan tak masuk dalam khemah, kegunaan lain seperti:-

  • Buat alas bahagian bawah khemah
  • Sebagai tikar untuk duduk
  • Dijadikan atap pelindung (shelter) dari panas matahari/hujan
  • Kain penutup kereta (bila tak guna untuk khemah)

Harga: RM51.41 (Saiz: 450 x 300cm)


6. Bekas Memasak Makanan Aluminium

Ini antara yang penting perlu ada jika nak bercamping di hutan. Selain guna untuk masak makanan, boleh jadikan sebagai pinggan atau mangkuk. Tak perlu nak angkut banyak pinggan mangkuk.

Harga: RM18.89


Penutup Kata

Semoga senarai di atas memudahkan anda membuat pilihan khemah camping yang sesuai untuk kegunaan anda.

Selamat berkhemah!

Makluman

Harga yang dipaparkan adalah harga semasa artikel ini ditulis. Harga dan stok mungkin berubah mengikut penjual

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.