Cara Pujuk Lelaki

11 Cara Pujuk Lelaki Merajuk

Lelaki merajuk? Alamak, jangan ingat perempuan saja yang sering merajuk! Lelaki pun pandai merajuk. Jadi, jika lelaki kesayangan anda merajuk, sama ada suami atau boyfriend, boleh cuba cara pujuk lelaki merajuk yang dikongsikan di bawah untuk memujuk si dia.

Cara Pujuk Lelaki Merajuk

Ini adalah cara nak pujuk lelaki merajuk.

1. Menunjukkan kasih sayang dan perhatian yang tulus

Ini adalah cara yang paling mudah dan efektif untuk memujuk lelaki. Menunjukkan kasih sayang dan perhatian yang tulus kepada dia akan membuat dia merasa dihargai dan diperlukan.

Ini boleh dilakukan dengan cara yang sederhana seperti menghantar Whatsapp pada waktu malam, buatkan air untuk suami atau menyiapkan makanan untuk dia. Untuk yang dah berkahwin, boleh berikan ciuman atau pelukan buat suami supaya dia lupakan rajuknya.

2. Berbincang hati ke hati

Sekiranya si dia merajuk tapi masih boleh berbicara dengan anda, cuba cari punca masalah. Tanya sebab dia merajuk. Berbincang secara baik dengannya. Elakkan berbincang sehingga bergaduh.

Cuba untuk memahami sebab-sebab yang menyebabkan dia merajuk. Mungkin inilah masa untuk anda lebih memahami isi hatinya.

3. Meminta maaf dan mengalah

Mengalah tidak bererti kalah. Dalam sebuah perhubungan, memohon maaf adalah lebih baik untuk menjernihkan keadaan. Tidak kiralah siapa yang benar, siapa yang salah.

Apa yang penting perhubungan anda dan si dia dapat diperbaiki. Jika si dia tidak bersama anda, cara pujuk lelaki merajuk jarak jauh, hantarkan Whatsapp dengan ucapan maaf kepadanya.

Atau sekiranya dia berada bersama anda, berikan kad ucapan dengan kandungan maaf beserta kata-kata indah.

Moga si dia lembut hati memaafkan anda.

4. Beri masa pada pasangan

Ada lelaki jenis yang tak makan pujuk. Makin dipujuk, makin menjadi rajuknya. Biarkan dia sejuk sendiri. Jangan ganggu dia seketika.

Bila nampak dia dah sejuk, baru tegur dan tanyalah kenapa dia merajuk. Lebih baik anda mengetahui puncanya agar kejadian yang sama tidak terjadi lagi.

Ataupun jika dia jenis yang memang tak boleh dipujuk, tunggu sehingga dia yang tegur anda dahulu. Berikan dia masa untuk bertenang.

5. Masak makanan kegemarannya

cara pujuk lelaki merajuk

Walaupun merajuk, biasanya si dia tetap akan makan terutama masakan isteri. Cuba pujuk hatinya dengan memasak makanan kegemarannya. Pujuk hatinya juga dengan buat air kegemarannya.

Sudah tentu dia suka dan terharu dengan tindakan anda.

6. Buat lawak

Jika anda pandai melawak, boleh berikan ayat manis atau pick-up line buat si dia. Ini cara nak pujuk lelaki merajuk melalui Whatsapp atau chat.

Tak kisahlah dia balas atau tidak, yang penting usaha anda akan dilihatnya. Moga dengan membaca ayat kelakar atau romantic dari anda membuatkan hatinya terbuka kembali.

7. Buat kejutan

Cara nak pujuk lelaki tawar hati, anda boleh berikan hadiah. Sudah tentu kejutan hadiah dari anda membuatkan dia terharu. Siapa yang tak suka dapat hadiah kan..

Jika tak tahu nak beli hadiah apa, lihat senarai hadiah untuk lelaki ini. Ini juga cara pujuk lelaki merajuk jarak jauh. Hantarkan hadiah kepadanya melalui khidmat kurier.

8. Berbual seperti tiada apa yang berlaku

Adakalanya si lelaki akan sejuk sendiri apabila anda buat macam tiada apa yang berlaku. Ajak berbual atau tegur seperti biasa. Dia pun tak jadi nak merajuk panjang.

9. Ajak lakukan perkara yang disukainya

Untuk buatkan dia lupa tentang rajuknya, apa kata ajak dia lakukan perkara yang disukainya. Dengan melakukan aktiviti, pasti dia akan sejuk sendiri dan melupakan rajuknya.

10. Menangis

Anda boleh cuba gunakan air mata untuk memujuk lelaki. Mungkin tangisan kesedihan anda mampu meruntuhkan rajuknya.

Namun, tak semua lelaki lembut hati dengan tangisan wanita!

11. Merajuk

Bila dia merajuk, anda pun merajuk sama. Tentu dia rasakan rajuknya tidak menjadi. Tunggu sajalah siapa yang pujuk siapa nanti.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.