jenama minyak zaitun

Jenama Minyak Zaitun Yang Boleh Diminum Terbaik di Malaysia

Minyak zaitun sangat popular dalam bidang kesihatan, kecantikan dan juga masakan. Ini kerana, terdapat banyak kebaikan minyak zaitun jika diamalkan. Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan jenama minyak zaitun terbaik di pasaran. Minyak zaitun yang saya senaraikan di bawah adalah minyak zaitun untuk minum dan bukannya minyak zaitun untuk masak.

Khasiat Minyak Zaitun

Begitu banyak khasiat minyak zaitun bila diminum secara konsisten. Jadi, saya akan terangkan apa kebaikan minyak zaitun untuk diri anda.

  1. Mencegah penyakit jantung. Sepertimana yang dikatakan oleh Dr Norman, minyak zaitun mampu menjaga kesihatan jantung anda. Mengamalkan pengambilan minyak zaitun sebanyak 1 sudu sehari mampu mengurangkan 15% risiko menghidapi penyakit jantung.
  2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah. Dengan menggantikan minyak zaitun dalam diet harian anda, ia mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  3. Mencegah diabetes.
  4. Mengelakkan strok.
  5. Mengurangkan risiko kanser.
  6. Mencantikkan kulit.
  7. Melancarkan sistem penghadaman.
  8. Mengatasi penyakit Alzheimer.
  9. Melembutkan tahi telinga.
  10. Menurunkan berat badan.
  11. Mengurangkan masalah sembelit.
  12. Melancarkan tekanan darah.
  13. Menstabilkan hormon.
  14. Bersifat anti-radang yang tinggi. Elok untuk mengurangkan masalah radang sendi.
  15. Mengurangkan stress.
  16. Mencegah penyakit kronik kerana sifat anti-oksidan yang tinggi.
  17. Menguatkan tulang.

Jenis Minyak Zaitun Terbaik di Malaysia

Ada 5 jenis minyak zaitun yang biasa terdapat di pasaran:-

  1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
  2. Virgin Olive Oil (VOO)
  3. Light Olive Oil
  4. Extra Light Olive Oil
  5. Pomace Olive Oil

Minyak zaitun terbaik merupakan EVOO dan harganya juga paling mahal. Ini kerana EVOO melalui proses perahan secara semula jadi tanpa melibatkan pemanasan serta mampu mengekalkan paling banyak nutrisi asal buah zaitun. Oleh itu, EVOO adalah minyak zaitun yang paling sesuai untuk diamalkan bagi tujuan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi.

Cara Minum Minyak Zaitun

Adalah disarankan untuk minum 2 sudu teh minyak zaitun sehari bagi mencegah diri anda dari penyakit. Bagi orang dewasa, anda boleh mengambil 1 hingga 2 sudu sehari ketika perut kosong pada waktu pagi dan malam.

Jika anda tak suka minum terus, anda boleh masukkan minyak zaitun dalam makanan atau jadikan sebagai salad dressing.

Namun begitu, selain mengamalkan minyak zaitun, anda perlu jaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Barulah badan anda sentiasa sihat.

Tips Mendapatkan Khasiat Terbaik Dari Minyak Zaitun

  1. Minyak zaitun yang telah dibuka penutup hanya boleh seeloknya dihabiskan dalam tempoh 3 bulan. Ini kerana minyak zaitun akan teroksida dan mula melepaskan radikal bebas apabila penutup telah dibuka.
  2. Elakkan minyak zaitun dari terdedah dengan cahaya matahari.
  3. Jauhkan minyak zaitun dari suhu yang tinggi seperti api atau alat pemanas.

Jenama Minyak Zaitun Untuk Minum

Sekarang, mari kita lihat jenama minyak zaitun untuk minum.

1. Olivie Plus 30x Extra Virgin Olive Oil


Minyak zaitun Olive House yang diimport dari El-Borouj, Morocco antara jenama minyak zaitun terbaik. Melalui ujian yang dilakukan, minyak zaitun Olive House mempunyai 30 kali ganda lebih antioksidan berbanding extra virgin olive oil yang lain. Jadi, khasiat yang terkandung dalam minyak zaitun ini juga yang terbaik.

Khasiat yang tinggi dalam minyak zaitun Olivie kerana buah zaitun yang terhasil dari pokok yang tumbuh di kawasan padang pasir berbatu. Disebabkan tumbuh di kawasan yang sukar, pokok zaitun mengeluarkan antioksidan yang tinggi sebagai mekanisme pertahanan diri. Oleh itu, minyak zaitun Olive House ini mampu memberikan khasiat yang tinggi.

Ia bebas dari lemak trans serta tinggi vitamin D dan E. Minyak zaitun Olivie Plus 30x Olive House ini juga mendapat pengiktirafan dari USDA sebagai makanan organik yang bebas dari pencemaran serta bahan kimia.

Selain itu, ia juga mendapat sijil makanan organik dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jenama minyak zaitun terbaik ini juga mendapat status halal dari Institut Halal Morocco yang diiktiraf JAKIM.

Minyak zaitun Olivie Plus 30x mempunyai rasa kelat dan lebih pahit berbanding minyak zaitun biasa.

Produk Olive House ini juga dikatakan dapat membantu masalah kulit kering dan melembapkan kulit.

2. Minyak Zaitun PONS Premium Organic Extra Virgin Oilve Oil

jenama minyak zaitun

Jenama minyak zaitun Pons yang berasal dari Spain ini antara minyak zaitun terbaik di pasaran. Minyak zaitun Pons dihasilkan dari buah zaitun organik yang dipetik pada awal musim dan diproses dalam masa 4-8 jam selepas dipetik. Kandungan asid minyak zaitun organik Pons lebih rendah iaitu sebanyak 0.21%.

Ia mendapat pengiktirafan makanan organik dari EU, USDA dan CCPAE. Rasanya lebih segar serta khasiatnya (antioksidan & vitamin) lebih tinggi berbanding minyak zaitun premium traditional.

Minyak zaitun ini sesuai diminum terus atau digunakan untuk rawatan. Selain itu, boleh digunakan dalam masakan, makanan ataupun untuk sapuan di kulit.

3. Minyak Zaitun Al Ard Extra Virgin Olive Oil

jenama minyak zaitun

Jenama minyak zaitun untuk minum seterusnya adalah Al Ard. Minyak zaitun terbaik di pasaran ini didatangkan dalam 3 saiz botol (100ml, 250ml, 500ml).

Ia mempunyai kadar kandungan asid kurang dari 0.5%.

Minyak zaitun Al Ard berasal dari pokok zaitun tua di Palestin yang berusia sehingga 500 tahun. Buah zaitun dipetik di awal musim dan diproses pada hari yang sama bagi menjaga kualiti minyak zaitun yang terhasil.

4. Minyak Zaitun Ramallah

jenama minyak zaitun

Minyak zaitun Ramallah juga antara jenama minyak zaitun terbaik di pasaran. Mempunyai kadar keasidan di bawah 0.5%, premium extra virgin olive oil memberikan khasiat sama seperti minyak zaitun premium yang lain.

Minyak zaitun ini diimport dari Palestin. Ia bukan saja boleh diminum tapi juga sesuai untuk sapuan pada kulit dan rambut. Selain untuk ditambah dalam makanan. Rasanya tidak pahit, cuma sedikit kelat.

5. Minyak Zaitun Laleli Extra Virgin Olive Oil

jenama minyak zaitun untuk diminum

Minyak zaitun untuk diminum seterusnya adalah jenama minyak zaitun Laleli. Jenama minyak zaitun terbaik ini berasal dari Turki.

Buah zaitun yang dipetik untuk menghasilkan minyak hanya dari buah yang bersaiz lebih dari 16mm. Ia dipetik ketika awal musim.

Kadar keasidan minyak zaitun Laleli kurang dari 0.5%.

6. Minyak Zaitun Al-Noor Extra Virgin

jenama minyak zaitun

Jenama minyak zaitun Al-Noor mempunyai kadar keasidan kurang dari 0.8%.

Buah zaitun yang diambil dari pokok yang berusia hampir 500 tahun. Ia diproses mengikut piawaian International Olive Oil Council.

Mempunyai 2 saiz botol iaitu 250ml atau 500ml. Antara jenama minyak zaitun yang paling murah.

7. Minyak Zaitun Balsari

jenama minyak zaitun

Minyak zaitun Balsari adalah minyak zaitun extra virgin yang diperbuat di Turkey. Kebaikan minyak zaitun ini sama seperti minyak zaitun yang lain.

Ia mempunyai pelbagai saiz botol. Dari 250ml, 500ml, 750ml dan 1 liter.

Akhir Kata

 

Minyak zaitun sememangnya terbukti secara saintifik tentang khasiatnya. Ia juga antara makanan sunnah.

Semoga dengan mengamalkan minyak zaitun, kesihatan anda sentiasa baik. Pilihan jenama minyak zaitun untuk minum di atas hanya dari minyak zaitun extra virgin.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.