Hadiah Hari Guru

29 Hadiah Hari Guru Bajet

Bila tiba 16 Mei setiap tahun, anak-anak yang bersekolah mula sibuk mencari hadiah hari guru. Tambahan lagi sambutan Hari Guru akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai ibu bapa, anda juga terlibat sama dalam memilih hadiah untuk guru anak. Sebab ibu bapalah yang akan mengeluarkan duit kan..

Tapi, jangan risau.. Kebanyakan hadiah untuk cikgu dalam senarai di bawah pada harga bajet memandangkan yang memberi hadiah masih lagi bersekolah.

Jika anda masih tercari-cari hadiah apa nak bagi untuk cikgu anak, di sini saya senaraikan hadiah hari guru.

Malah, ia juga boleh diberikan sebagai hadiah persaraan atau hadiah perpisahan guru.

Idea Hadiah Hari Guru

Berikut adalah senarai hadiah untuk guru.

1. Botol air

hadiah hari guru

Botol air memang berguna untuk cikgu di sekolah. Senang untuk bawa air masak ketika mengajar di kelas.

Ia sesuai untuk dijadikan hadiah hari guru lelaki ataupun hadiah hari guru perempuan.

2. Lunch Box

hadiah hari guru

Bekas makanan atau lunch box sudah tentu sangat berguna untuk cikgu. Senang nak bekalan makanan ke sekolah.

Lagi best, lunch box Tupperware siap boleh panas dalam microwave. Ada bahagian berasingan untuk nasi, lauk dan juga buah.

3. Custom Jute Bag / Tote Bag


Jute bag ataupun tote bag ini boleh tulis nama di atasnya. Anda boleh tulis nama guru dan pastinya hadiah ini nampak lebih spesial.

4. Buku Nota

hadiah hari guru

Hadiah untuk guru buku nota 360 muka surat. Berguna buat apa catitan apa saja yang terlintas di fikiran cikgu. Buku tebal dengan cover keras ini disalut kulit PU faux yang lembut dan sedap dipegang.

Terdapat dalam beberapa pilihan warna. Sesuai untuk diberikan sebagai hadiah untuk guru perempuan mahupun hadiah untuk guru lelaki.

5. Pokok Bunga Hiasan

hadiah hari guru

Berikan pokok bunga hiasan siap pasu kepada cikgu tersayang sebagai hadiah hari guru.

Boleh diletakkan di meja guru atau sebagai hiasan di rumah cikgu nanti. Bunga pun cantik dengan pelbagai warna pilihan. Antara hadiah hari guru murah tapi cantik.

6. Mug siap nama guru

hadiah hari guru

Mug ini boleh letakkan nama guru sekali. Rekaan serta tulisan yang comel. Sesuai dengan pemberian dari anak murid yang juga super comel. Sudah tentu akan diingati oleh guru. Harga pun mampu milik.

7. Sudu dan garfu

hadiah hari guru

Set sudu beserta garfu siap dalam kotak. Sesuai untuk yang mencari hadiah hari guru bajet.

Untuk nampak lebih spesial, tampal riben dan letakkan kad ucapan kecil pada kotak.

8. Pen


Hadiah untuk guru sebatang pen siap dengan kotak dan juga reben. Pen yang sudah tentu akan digunakan oleh cikgu untuk menanda kertas.

Selain itu, boleh juga diberi sebagai hadiah hari persaraan ataupun hadiah untuk guru berpindah. Tanda ingatan buat cikgu yang telah mendidik anak murid dengan penuh dedikasi.

9. Canvas Pouch


Bekas pensil jenis kanvas siap tulisan comel yang berkisar tentang guru. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk guru sempena Hari Guru. Ada 4 pilihan warna beg iaitu hitam, putih, kelabu dan pink.

10. Set box


Buat yang ada bajet lebih, boleh berikan set box ini. Hadiah untuk cikgu set box ini nampak istimewa buat guru tersayang. Terdapat dalam warna pink dan juga biru.

Dalam setiap set mengandungi tuala, napkin, tumbler dan juga kotak. Siap sekali diberikan 1 beg kertas.

Bukan saja sesuai diberikan untuk hari guru, tapi juga boleh diberikan sebagai hadiah perpisahan (hadiah untuk guru bersara atau hadiah untuk guru berpindah).

11. Pen Bunga Ros


Seterusnya hadiah hari guru bajet, sebatang pen bunga ros dengan tulisan ‘Terima Kasih Cikgu’ ataupun ‘Thank You Teacher’.

Pen ini ada 2 warna, merah dan juga hitam. Hadiah untuk guru yang murah. Boleh diberikan kepada ramai cikgu.

12. Key chain acrylic


Keychain menarik dengan pelbagai ucapan untuk guru ini sangat sesuai dijadikan hadiah hari guru. Walaupun kecil, cukup sebagai tanda murid menghargai pengorbanan guru mereka selama ini.

Diperbuat dari material acrylic yang tahan lasak serta dakwat yang kekal.

13. Key chain zink alloy


Ini pula keychain yang diperbuat dari zinc alloy dengan warna perak. Siap tertulis ucapan ringkas untuk cikgu. Boleh cikgu letak di beg mereka.

14. Hiasan Meja Kecil

Seterusnya, hadiah hari guru berupa hiasan meja kecil. Hadiah unik dengan rekaan kartun ini ada pilihan kartun guru lelaki, guru perempuan bertudung, guru perempuan tidak bertudung dan juga ustaz.

Tentu menarik bila cikgu letak hiasan meja ini di bilik guru nanti. Harga pun murah.

15. LED Artificial Flowers with Soap

Sebagai meraikan hari guru, apa kata berikan hadiah bunga tiruan siap dengan bear serta lampu LED. Bunga tiruan ini diperbuat dari sabun. Jadi bau pun wangi.

16. Medal

Jika selalunya cikgu yang mengalungkan medal pada anak murid, kali ini murid pula yang berikan medal kepada cikgu. Sebagai tanda menghargai usaha cikgu mendidik dengan penuh keikhlasan.

Tentunya medal dengan tulisan, “Best Teacher In The World” mampu mengukir senyuman di bibir cikgu anda.

17. Magnet Peti Sejuk

Magnet peti sejuk dengan tulisan dan ukiran kartun ini agak menarik untuk diberikan sebagai hadiah hari guru. Dengan rekaan yang cantik dan warna yang terang, sudah tentu magnet peti sejuk ini sangat disukai cikgu.

18. Sejadah Gebu dan Beg

Kepada yang ada bajet lebih, anda boleh berikan sejadah gebu kepada cikgu. Sejadah ini siap diberikan sekali dengan beg kain.

Sesuai untuk diberikan kepada guru kelas atau guru kesayangan anda.

19. Pewangi Kereta De Xandra


Walaupun nama pewangi kereta, tapi wangian De Xandra ini boleh diletakkan di mana saja yang anda inginkan bau yang wangi. Sama ada di meja, almari ataupun kereta.

20. Penanda buku atau penunjuk mengaji

hadiah hari guru

Penunjuk mengaji dengan material acrylic ini boleh juga dijadikan sebagai penanda buku. Antara contoh hadiah hari guru yang unik, menarik serta berguna kepada cikgu. Sama ada digunakan ketika mengaji ataupun sebagai penanda buku.

21. Tasbih Digital LED

hadiah hari guru

Buat yang mencari hadiah hari guru bajet, boleh dapatkan tasbih digital LED ini. Harga yang murah dan sangat bermanfaat kepada penerima.

Tasbih ini dilengkapi dengan lampu LED dan didatangkan dengan pelbagai warna pilihan.

22. Sejadah Travel

hadiah hari guru

Hadiah untuk guru seterusnya ini sememangnya sangat berguna buat guru Muslim. Mudah untuk dibawa ke mana saja bagi menunaikan solat.

Sejadah nipis dengan ukuran 105cm x 60cm didatangkan sekali dengan porch bag. Jadi senang nak simpan selepas digunakan. Nak masukkan dalam handbag pun mudah dengan saiznya yang comel.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan warna dan corak yang boleh dipilih.

23. Surah Al-Kahfi dan Terjemahan

hadiah hari guru

Surah Al-Kahfi dan terjemahan ini siap dengan kulit buku jenis glossy. Kandungan dalam surah ini telah disemak serta diluluskan penerbitan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

Jadi anda tidak perlu bimbang dengan kesalahan ayat yang terkandung dalam surah ini. Selain Surah Al-Kahfi, dalamnya terdapat juga kebaikan membaca Surah Al-Kahfi, dan Surah Al-Fatihah dan terjemahan.

24. Al-Mathurat

hadiah hari guru

Dalam buku Al-Mathurat ini turut terkandung zikir pagi dan petang yang menjadi amalah Rasulullah s.a.w. Semoga anda juga mendapat pahala apabila penerima membaca buku yang anda berikan ini dan beramal dengannya.

25. Kipas Tangan

hadiah hari guru

Kipas manik labuci ini ada pelbagai warna pilihan dengan harga yang berpatutan. Sesuai dijadikan hadiah untuk guru wanita. Bila tengah panas di sekolah, boleh gunakan kipas pemberian anda ini.

26. Artificial Lucky Grass Decoration

hadiah hari guru

Bagi yang mencari hadiah hari guru kedai Eco, anda boleh berikan kepada cikgu bunga hiasan. Sesuai untuk menghiasi meja cikgu di sekolah. Hadiah yang simple tapi cantik.

Bunga ini juga didatangkan dengan beberapa warna seperti pink, ungu, kuning dan putih.

27. White Castle Butter Cookies

hadiah hari guru

Selain barangan, anda juga boleh berikan makanan untuk hadiah hari guru. Antaranya seperti biskut tin White Castle. Dah siap dalam tin yang lawa. Nak lagi cantik, anda letakkan riben dan juga kad ucapan pada tin.

Ini pun antara hadiah hari guru yang boleh anda dapatkan di kedai Eco. Murah dan berbaloi.

28. Mug Starbucks

hadiah untuk guru

Buat guru yang teristimewa, apa kata hadiahkan cawan Starbucks ini buat mereka. Cawan kopi jenis seramik ini ada pelbagai warna untuk anda pilih.

29. Lampu Meja

hadiah hari guru

Hadiah hari guru seterusnya ini boleh didapati di Daiso. Anda boleh berikan hadiah untuk guru lampu meja.

Lampu comel ini boleh diubah kemalapan mengikut kecerahan yang anda inginkan. Cuma perlu beli bateri berasingan untuk menyalakan lampu.

Akhir Kata

Guru merupakan insan penting yang menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Tidak salah sesekali di hari istimewa memberikan sesuatu hadiah kepada cikgu sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka selama ini.

Jika kewangan menjadi masalah, cukup sekadar buat kad ucapan sendiri yang menyatakan ucapan terima kasih kepada cikgu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.