10 Jenama Jam Tangan Wanita Terbaik di Malaysia (2023)
Anda mencari jenama jam tangan wanita terbaik? Sama ada bagi tujuan pakai sendiri, hadiah untuk isteri, hadiah untuk ibu, hadiah untuk kekasih, hadiah untuk kekasih ataupun hantaran untuk perempuan. Jika ya, anda berada di tempat yang betul.
Jam tangan semestinya sesuatu yang penting. Bukan saja untuk melihat waktu tapi juga sebagai aksesori yang menambah gaya seorang wanita. Terdapat banyak pilihan jam tangan perempuan di pasaran, sampai rambang mata dibuatnya.
Jadi, dalam artikel ini saya senaraikan jenama jam tangan wanita terbaik. Apa yang penting, beli jam tangan wanita original supaya dapat tahan lama serta ada tempoh jaminan. Jika anda juga nakkan jenama jam tangan lelaki terbaik, lihat di sini.
Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Jam Tangan Wanita?
1. Jenama
Buat yang mementingkan jenama, anda tentu memilih jam tangan wanita berjenama. Kenapa jenama penting? Kerana ia menentukan sama ada jam tangan wanita original ataupun tidak.
Anda mungkin sanggup membeli jam tangan tiruan semata-mata kerana harga yang jauh lebih murah. Namun, anda perlu tanya diri anda adakah kepuasan yang sama anda rasai jika beli jam tangan original.
2. Tempoh jaminan
Jam tangan wanita original biasanya ada tempoh jaminan. Jika sebarang kerosakan selepas pembelian, anda boleh hantar untuk repair secara percuma.
3. Perkhidmatan selepas jualan (After sales service)
Ada jenama jam tangan terbaik yang menawarkan after sales service. Contohnya seperti Swatch yang menawarkan penukaran percuma bateri jam seumur hidup. Ia sangat menjimatkan berbanding anda kena tukar sendiri bateri jam setiap tahun.
Jadi, sebelum beli jam tangan, lihat dulu apa yang ditawarkan untuk anda.
4. Jam tangan jenis bateri/automatik
Jika anda tak suka tukar bateri jam tangan, anda boleh beli jam tangan automatik. Selain tak perlu tukar bateri, anda juga dapat jimat dari membeli bateri setiap tahun.
Namun begitu, jam automatik tidak akan berfungsi jika lama tak pakai. Jadi, anda perlu betulkan dahulu tetapan jam sebelum pakai.
5. Jenis cermin jam tangan
Ada 3 jenis cermin jam tangan iaitu:-
- Acrylic crystal – mudah calar
- Mineral crystal – tahan calar dari acrylic crystal
- Sapphire crystal – sangat tahan calar
Jika anda suka jam tangan yang tahan lasak dan tidak calar, pilihan kristal sapphire adalah yang terbaik. Sapphire crystal biasa dipasang pada jam tangan mahal. Ini kerana harganya juga lebih mahal berbanding cermin jenis lain.
6. Jam tangan digital vs jam tangan analog
Untuk anda yang lebih suka jam tangan yang memaparkan nombor, pilihan anda tentunya jam tangan digital.
Bagi yang selesa melihat jarum jam, jam tangan analog untuk anda.
7. Water Resistant
Ada jam yang boleh bertahan bila kena air, boleh bawa berenang dan ada yang kena air terus mati. Jadi, jika anda jenis nak bawa jam berenang, tengok dulu jam tu jenis water resistant ataupun tidak. Tak lupa juga, berapa kedalaman air yang jam tu mampu bertahan.
8. Jenis tali
Ada pelbagai jenis tali jam. Antaranya seperti jenis stainless steel, kulit, getah dan kanvas. Buat pilihan mengikut kesesuaian kulit tangan anda.
Sekarang, anda dah tahu kriteria yang perlu dilihat sebelum membeli jam tangan. Kini masanya untuk saya dedahkan jam tangan perempuan terkini.
Jenama Jam Tangan Wanita
Berikut merupakan jam tangan perempuan terbaik di Malaysia
1. Fossil ES2811
Jam tangan wanita Fossil antara yang popular di pasaran. Bukan saja rekaan yang cantik, malah antara jenama jam tangan wanita mampu milik. Jam tangan wanita branded ini dibuat dari cermin jenis mineral.
Anda boleh dapatkan jam tangan wanita Fossil ini secara online dengan 2 tahun tempoh jaminan.
2. Tissot Classic Dream Lady T1292102201300
Jam tangan buatan Switzerland ini boleh dikategorikan jam tangan mahal. Dibuat dari cermin jenis Sapphire, kacanya mampu bertahan dari tekanan serta tidak calar. Ia juga water resistant sehingga 50 meter.
Selain waktu, jam tangan wanita Tissot ini memaparkan juga tarikh. Sangat sesuai buat anda yang selalu terlupa tarikh!
Tempoh jaminan selama 24 bulan diberikan oleh pihak Tissot.
3. Bonia Cristallo Gold Women Elegance BNB10581-2255S
Bonia merupakan jenama fesyen mewah antarabangsa. Jam Bonia perempuan buatan Malaysia ini menampilkan rekaan eksklusif dan elegan buat wanita.
Walaupun rekaan nampak eksklusif, jam tangan Bonia ini berharga tidak sampai RM600. Diperbuat dari cermin jenis Sapphire, anda tak perlu risau cermin calar ketika memakai jam ini.
Jam ini juga water resistant sehingga 3 ATM serta lengkap dengan paparan tarikh. Tempoh jaminan hanya diberikan selama 1 tahun oleh pihak Bonia.
4. Giordano Classic Sapphire Crystal Glass DB5291Mesh-WH
Jam tangan analog jenama Giordano ini diperbuat dari cermin jenis Sapphire crystal. Ia water resistant sehingga 30 meter.
Rekaan jam yang nampak simple. Jam tangan wanita Giordano ini bolehe dikira murah dengan cermin tahan calar. Anda juga dapat 1 tahun jaminan jika beli jam tangan ini.
5. Jam tangan wanita Q&Q A212
Jenama jam tangan wanita Q&Q yang berasal dari Jepun ini diperbuat dari material resin. Dengan harga di bawah RM100, ia siap dengan hari serta tarikh.
Cermin jam pula dari jenis mineral crystal. Tempoh jaminan selama 12 bulan untuk pembeli jam tangan wanita ini.
6. Swatch Redbaya GR405
Untuk yang sukakan tali jenis silikon, jenama jam tangan wanita Swatch adalah buat anda. Jam jenis analong dengan paparan nombor ini turut memaparkan tarikh.
Jam warna merah hati ini sesuai buat wanita aktif yang gemarkan rekaan yang simple. 24 bulan tempoh waranti diberikan Swatch untuk pembeli jam mereka.
7. Jam Tangan Wanita Skechers SR6231
Bagi peminat jam tangan wanita jenis digital, ini adalah untuk anda. Jenama Sketchers menawarkan warna rose gold serta jaminan selama 24 bulan.
Dengan cermin jenis mineral crystal, jam tanga ini juga water resistant sehingga 30 meter.
Selain waktu, ada juga fungsi lain seperti tarikh, hari, lampu, stopwatch, timer di jam tangan wanita original ini.
8. Elle Grand Palais Watch ELL21043
Jam tangan perempuan Elle ini membuatkan anda tampil bergaya dan menawan. Dengan rekaan yang cantik serta trendy, Elle memberikan 24 bulan tempoh jaminan.
9. Casio General LQ-139AMV-1E
Jenama jam tangan wanita Casio ini diperbuat dari tali dan cermin jenis resin. Tampil dengan warna gelap, ia sesuai untuk mereka yang aktif
18 bulan tempoh jaminan diberikan oleh Casio untuk pengguna mereka.
10. Solvil et Titus W06-03036-001
Jenama jam tangan wanita Solvil et Titus merupakan jenama jam yang berasal dari Swiss. Jam tangan wanita jenis analog ini diperbuat dari kaca Sapphire yang tahan lasak dan anti calar.
Bagi yang suka tali jam jenis kulit, mungkin jam ini untuk anda. Selain memaparkan waktu, jam ini juga siap ada paparan tarikh. Ia juga water resistant sehingga 3 ATM.
Jenama jam tangan yang kini dimiliki oleh usahawan Hong Kong ini menawarkan tempoh jaminan selama 6 bulan. Agak singkat berbanding jam tangan wanita branded yang lain. Namun begitu, untuk harga di bawah RM400, Solvil et Titus adalah satu pilihan yang terbaik. Walaupun rekaan agak simple, tapi tetap nampak elegan.
Akhir Kata: Jenama Jam Tangan Wanita Terbaik
Sememangnya terdapat banyak jenama jam tangan wanita terbaik di Malaysia. Semoga senarai jam tangan perempuan di atas membantu memudahkan anda membuat pilihan.
Pilihlah mengikut citarasa serta bajet anda. Dah tau nak jam tangan yang mana? Kongsikan di ruang komen.