Hantaran Tunang Untuk Lelaki

14 Idea Hantaran Tunang Untuk Lelaki 2024(Simple & Berguna)

Anda bakal bertunang? Sedang mencari hantaran tunang untuk lelaki? Sudah tentu buat si gadis yang akan bertunang akan mencari hantaran tunang terbaik buat bakal tunang.

Untuk itu, kali ini saya akan kongsikan senarai barang hantaran tunang untuk lelaki. Tak perlu lagi pening nak fikir apa yang perlu diisi dalam dulang hantaran tunang untuk lelaki.

Sebaiknya hantaran tunang nanti adalah sesuatu yang berguna (akan digunakan pihak lelaki) seperti manisan dan makanan. Kebiasaannya hantaran tunang simple tidak seperti hantaran kahwin.

Berapa Hantaran Tunang Untuk Lelaki

Hantaran tunang untuk lelaki biasanya dalam 5 ataupun 7. Senang cerita jika pihak lelaki berikan hantaran tunang untuk perempuan sebanyak 3 dulang, balasan hantaran tunang untuk lelaki pula adalah 5 dulang. Andai kata pihak lelaki berikan 5, pihak perempuan balas 7 dulang.

Beza Hantaran Tunang dan Nikah

Selain berbeza dari segi nombor, yang mana jumlah dulang hantaran nikah biasanya 5 atau lebih dari pihak lelaki. Dulang hantaran nikah lebih banyak dari dulang hantaran tunang.

Barang hantaran nikah juga lebih mahal dari hantaran tunang. Hantaran bertunang simple dan barang yang diberi harganya tidaklah terlalu mahal. Kenapa begitu?

Sebab baru bertunang. Jika diberi barang terlalu mahal, andai kata putus di tengah jalan, anda juga yang rugi.

Apapun bergantung kepada bajet anda. Jika anda rasakan anda mampu dan mempunyai bajet yang cukup sampai berkahwin nanti, tidak salah untuk berbelanja lebih ketika bertunang.

Perlu diingat, jangan hanya mementingkan gaya sehingga susah di kemudian hari (selepas mendirikan rumahtangga). Apa yang penting adalah kehidupan selepas berkahwin. Di mana lebih banyak belanja yang diperlukan selepas berumahtangga.

Contoh Hantaran Tunang Untuk Lelaki

Berikut adalah idea barang hantaran tunang untuk lelaki.

1. Hantaran Tunang Manisan Baklava

hantaran tunang untuk lelaki

Ini memang hantaran tunang untuk lelaki simple. Anda boleh berikan manisan Baklava. Dah siap kotak. Anda cuma perlu gubah saja supaya nampak lebih cantik.

Dalam setiap kotak mengandungi 24 keping manisan. Baklava merupakan manisan yang popular di Timur Tengah dan Turki. Selain itu, manisan ini kering dan boleh tahan lama.

2. Cup Cake

hantaran tunang untuk lelaki

Seterusnya, anda boleh letak cup cakes dalam dulang hantaran tunang untuk lelaki. Jika pandai buat sendiri, boleh buat sendiri. Jimat kos.

Kalau tak pandai buat, boleh tempah. Serahkan saja kepada yang arif. Apa yang penting rasa yang sedap serta rekaan yang menarik. Barulah meriah dulang hantaran tunang dari pihak perempuan.

3. Kain pelikat Gajah Duduk

hantaran tunang untuk lelaki

Tak perlu yang mahal untuk dijadikan hantaran tunang. Cukup sekadar sehelai kain pelikat. Ini contoh hantaran tunang simple. Memang antara barang yang dipakai lelaki.

Anda boleh dapatkan kain pelikat secara online di Shopee ataupun Lazada. Dihantar terus ke rumah. Jimat masa dan tenaga nak keluar pergi shopping.

4. Baju Melayu Nikah

hantaran tunang untuk lelaki

Seterusnya, hantaran tunang untuk lelaki sepasang baju Melayu premium Duchess. Cutting slim fit yang buatkan si pemakai tampil handsome bergaya.

Kain baju Melayu jenis tak panas, tak kedut serta jahitan pun kemas. Siap sekali diberi percuma butang baju Melayu serta kotak.

Baju Melayu ini boleh digunakan untuk hari pernikahan nanti. Sesuai dijadikan hantaran tunang jika kedua-dua pasangan sudah setuju warna tema baju nikah yang akan dipakai nanti.

5. Kain Sampin Songket Majestic

hantaran tunang untuk lelaki

Tak lengkap baju Melayu tanpa kain sampin songket. Sampin nikah Majestic keluaran Songket Dunia ini sangat cantik dan eksklusif. Sesuai dipakai di hari pernikahan digayakan dengan baju Melayu putih ataupun krim.

Yang lagi best, kain songket ini ditenun dan bukannya printed. Harga pun murah, berbaloi sungguh kalau beli.

6. Kek / Brownies

hantaran tunang untuk lelaki

Ini pula hantaran tunang makanan. Anda boleh berikan kek ataupun brownies. Brownies lebih tahan lama dan tak cair. Sesuai jika tunangan anda orang jauh.

Untuk kek, anda boleh berikan kek Secret Recipe. Boleh pilih yang jenis tahan lama sikit. Sebaiknya beli kek pada hari pertunangan. Cuma perlu tempah dulu untuk elakkan risiko tak dapat kek.

7. Hantaran Tunang Coklat

hantaran tunang untuk lelaki

Seterusnya merupakan hantaran bertunang yang wajib ada sama ada hantaran tunang untuk lelaki ataupun hantaran tunang untuk perempuan. Anda boleh berikan coklat Ferrero Rocher, Hersheys Kisses, Dairy Milk, Kinder Bueno, Artisan Coklat atau Kit Kat.

Jika anda tak makan coklat, boleh diberikan kepada anak-anak kecil yang hadir meraikan hari bahagia anda nanti. Dah selesai majlis bertunang, anak-anak kecil pasti gembira dapat coklat dan gula-gula.

8. Al-Quran Tagging Al-Amin

hantaran tunang untuk lelaki

Buat bakal ketua keluarga, pengetahuan yang kukuh tentang agama adalah sangat penting. Berikan Al-Quran serta terjemahan yang siap ditagging agar mudah untuk dia mendalami ilmu Al-Quran sebelum mendirikan rumah tangga.

Tagging ini berkaitan doa serta sirah agar senang untuk pembaca memahami kandungan yang dibaca. Al-Quran Al-Amin adalah khas edisi lelaki yang tampil dengan beberapa warna.

Lagi penting Al-Quran keluaran Humaira ini mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JAKIM.

9. Sejadah Travel Iktikaf Alif x Jovian

Hantaran untuk lelaki seterusnya ini sangat berguna apabila si dia berada di luar atau bekerja. Mudah dibawa dalam beg kecil yang disediakan.

Senang digunakan ketika solat di surau ataupun singgah di mana-mana. Ada 3 pilihan warna untuk sejadah Iktikaf Alif.

Siap kotak eksklusif diberikan dengan setiap pembelian. Boleh diletak sekali dalam dulang. Hias dengan reben, siap dah satu dulang!

10. Hantaran Tunang Untuk Lelaki Campuran Kekacang dan Buah-buahan Kering


Campuran kekacang dan buahan kering sesuai dijadikan sebagai snack sihat. Tersedia dalam balang boleh diletakkan terus dalam dulang hantaran tunang.

11. Kek tapak kuda


Kek tapak kuda yang mempunyai pelbagai pilihan perasa sesuai dijadikan hantaran bertunang. Rasa pun sedap dan keknya pun lembut sangat.

Ada 2 pilihan saiz, 5 inci dan 10 inci.

Ia mampu bertahan selama 1 hingga 2 minggu jika diletakkan dalam chiller. Jika letak dalam freezer boleh tahan sehingga 6 bulan.

12. Famous Amos Red Heart (170g)


Biskut Famous Amos dalam tin berbentuk hati warna merah sangat sesuai dijadikan hantaran tunang untuk lelaki. Ada 4 pilihan perasa dari original chocolate, chocolate chip pecan, chocolate macadamia dan double choco pecan.

13. Pulut Kuning


Nak bagi kelainan, anda boleh berikan pulut kuning berhias. Biasanya orang bagi kek. Tapi kali ini, tukar dengan pulut kuning. Enak dimakan dengan rendang ayam.

Siap hiasan telur puyuh, buah, tomato ceri dan juga salad. Pasti terangkat keluarga pihak lelaki menjamu selera seisi keluarga.

14. Chocojar 400ml


Seterusnya, anda boleh berikan Chocojar sebagai hantaran untuk lelaki. Boleh tahan lama dan tak perlu simpan dalam peti sejuk.

Senang, dan tak perlu risau makanan rosak di hari pertunangan.

Akhir Kata

Terdapat banyak jenis hantaran bertunang yang boleh anda berikan untuk bakal tunang. Tetapkan bajet terlebih dahulu dan kemudian pilih barang hantaran dari senarai di atas.

Dah siap beli barang, tiba masanya untuk buat gubahan hantaran tunang untuk lelaki. Untuk makanan yang tak tahan lama, siapkan dulang dan hiasan saja. Bila hari bertunang tiba, baru letak makanan di atas dulang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.