Mesin Rumput Terbaik

7 Mesin Rumput Terbaik di Malaysia (2023)

Tengah mencari mesin rumput terbaik?

Bagi yang ada rumput di halaman rumah tentunya ingin memastikan rumput sentiasa terjaga dan tak panjang. Kebiasaannya kita upah orang untuk potong rumput. Tapi, nak upah orang setiap bulan bila dijumlahkan setahun boleh dapat sebijik mesin rumput. Jadi, lebih baik beli mesin rumput dan potong sendiri.

Lebih jimat dan memastikan laman di rumah anda sentiasa rapi dan cantik. Tapi, mesin rumput apa yang sesuai digunakan di rumah anda? Untuk itu, dalam topik kali ini saya akan kongsikan senarai mesin rumput terbaik.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Mesin Rumput

Tempoh hayat bateri

Jika anda gunakan mesin rumput bateri, anda perlu tahu berapa lama bateri mesin rumput anda mampu bertahan. Sekiranya laman rumah anda luas, anda perlukan mesin rumput bateri yang bertahan dalam tempoh masa yang panjang.

Jika tidak, anda perlu caj semula bateri sehingga penuh sebelum boleh meneruskan kerja memotong rumput.

Sebagai alternatif, anda boleh membeli bateri tambahan. Bila bateri habis, tukarkan dengan bateri lain dan boleh terus sambung memotong rumput. Tak perlu masa yang lama tunggu bateri penuh.

Jenis mesin rumput

Ada beberapa pilihan mesin rumput. Antaranya mesin rumput bateri, mesin rumput tolak, mesin rumput tanpa wayar atau mesin rumput galas yang menggunakan minyak.

Untuk mesin rumput di rumah sendiri biasanya hanya menggunakan mesin rumput tolak atau mesin rumput bateri.

Bajet

Berapa wang yang anda sanggup belanja untuk mendapatkan satu mesin rumput. Mesin rumput bateri lebih jimat berbanding mesin rumput minyak.

Ini kerana anda tak perlu nak beli minyak setiap kali nak potong rumput.

Tujuan

Apa tujuan anda beli mesin rumput. Untuk kegunaan rumah sendiri ataupun memberikan khidmat potong rumput di rumah orang.

Jika anda berikan khidmat potong rumput, anda perlu dapatkan mesin rumput berkuasa tinggi.

Mesin Rumput Terbaik

Berikut adalah mesin rumput terbaik di pasaran.

1. 288V Mesin Rumput Bateri Tanpa Wayar (Cordless)

mesin rumput terbaik

Mesin rumput bateri 288V ini mampu bertahan selama 2 jam 30 minit. Menggunakan teknologi yang berasal dari Jerman, mesin rumput ini mempunyai motor yang berkuasa tinggi.

Bateri mesin rumput pula menggunakan bateri yang boleh dicas semula. Tempoh caj bateri mengambil masa lebih kurang sejam.

Mesin rumput bateri terbaik ini tidak menggunakan wayar. Jadi anda tak perlu risau wayar terbelit semasa memotong rumput. Kerja memotong rumput juga jadi lebih mudah dan pantas.

Panjang mesin rumput boleh dilaraskan mengikut ketinggian anda. Satu lagi, mesin rumput bateri ini tak mengeluarkan bunyi yang kuat. Jadi tak bimbang mengganggu jiran bila potong rumput di hujung minggu.

3 jenis bilah dibekalkan dengan pembelian mesin rumput ini. Anda boleh guna bilah mengikut keperluan anda.

Mesin rumput ini agak ringan. Tak jadi masalah jika nak digunakan oleh orang perempuan.

Setiap pembelian mesin rumput, anda ditawarkan 1 tahun tempoh jaminan jika berlaku kerosakan dengan mesin rumput bateri ini.

Kelebihan

  • Bateri tahan lama
  • Bunyi tak kuat
  • Saiz yang kecil
  • Boleh laras ikut ketinggian
  • Ringan
  • Senang nak pegang

Kekurangan

  • Tiada jenama

2. Mesin Rumput Bateri BLACK +DECKER STC1820EPCF 18V

mesin rumput terbaik

Jenama mesin rumput Black + Decker memang tak asing lagi. Salah satu jenama yang sering memberikan kualiti terbaik. Mesin rumput Black + Decker mampu memotong rumput dengan cepat dan mempunyai mod turbo.

Mod turbo sesuai digunakan untuk rumput yang susah nak dipotong. Bagi rumput biasa, anda boleh gunakan mod eco.

Dengan berat 2.6kg, mesin rumput ini sesuai digunakan oleh orang lelaki.

Bateri masin rumput boleh dicaj semula dan mengambil masa 5 jam. Setiap bateri yang dicaj penuh boleh dipakai dalam 30 minit. Jadi, sesuai untuk laman rumah yang kecil.

Panjang mesin ini boleh dilaraskan mengikut ketinggian anda.

Tempoh jaminan selama 12 bulan bagi mesin rumput Black + Decker ini.

Kelebihan

  • Jenama dikenali
  • Ada mod turbo
  • Ketinggian boleh laras
  • Kelajuan boleh laras
  • Pemegang mudah laras

Kekurangan

  • Tempoh caj semula yang lama

3. Mesin Rumput Tanpa Wayar Europa HILT E20GC

mesin rumput terbaik

Mesin rumput terbaik seterusnya dari jenama Europa HILT. Menggunakan teknologi dari Itali, motor mesin rumput ini mampu memotong rumput dengan laju dan kuat.

Apa yang menarik mesin rumput ini tidak bergegar bila digunakan. Bunyi pun tak kuat hingga mengganggu jiran tetangga.

Tempat pemegang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Nak simpan pun mudah, sebab saiznya yang kecil.

Panjang mesin rumput ini juga boleh dilaraskan. Binaan mesin rumput Europa HILT ini nampak kukuh dan mampu bertahan lama. Sesuai dengan harganya.

Untuk laman yang luas anda boleh pilih bateri 4.0Ah ataupun ambil extra bateri. Penggunaan mesin rumput ini tidak disarankan melebihi 30 minit bagi mengelakkan overheat.

Pengecasan semula bateri mengambil masa dalam 1 jam. Tempoh jaminan selama 6 bulan diberikan untuk produk ini.

Kelebihan

  • Panjang boleh laras
  • Pemegang boleh laras
  • Motor yang kuat
  • Tempoh caj semula pantas

Kekurangan

  • Tempoh jaminan singkat

4. Mesin Rumput Tanpa Wayar WORX WG-163E 20V

mesin rumput terbaik

Jenama mesin rumput Worx adalah antara mesin rumput terbaik di Malaysia. Mesin rumput mempunyai pemegang yang selesa dan boleh diubah mengikut keselesaan anda.

Dengan berat 2.4kg, mesin rumput ini lebih berat dari mesin jenama lain. Mesin rumput ini sesuai digunakan untuk laman rumah yang kecil dengan kapasiti bateri 2.0Ah.

Jika laman rumah anda luas, sebaiknya ambil 2 bateri. Senang nak tukar bila bateri habis.

Panjang mesin rumput boleh dilaraskan mengikut ketinggian anda. Tempoh jaminan 6 bulan untuk bateri dan 1 tahun untuk kerosakan lain.

Kelebihan

  • Pemegang boleh laras
  • Ada jaminan untuk bateri
  • Panjang boleh laras

Kekurangan

  • Bateri tak tahan lama

5. Mesin Rumput Bateri Godziillar Q9 21V QET2140BC

Mesin rumput cordless Q9 ini direka dari teknologi German. Bagi anda selesa memotong rumput, panjang mesin ini boleh dilaraskan mengikut ketinggian.

Direka khas untuk kegunaan rumah, mesin rumput ini juga ringan untuk dibawa. Bateri boleh digunakan dalam 30 minit jika dicaj penuh.

Sangat sesuai untuk potong rumput di laman rumah saiz sederhana.

Tempoh jaminan yang diberikan adalah selama 6 bulan.

Kelebihan

  • Panjang boleh laras
  • Kedudukan motor boleh ubah mengikut kegunaan
  • Ringan

Kekurangan

  • Tempoh waranti singkat
  • Tiada manual disediakan

6. Mesin Rumput Tolak HUSQVARNA LC19


Buat yang lebih selesa dengan mesin rumput tolak, jenama mesin rumput Husqvarna antara pilihan terbaik. Bukan saja boleh memotong rumput, tapi juga mengumpul rumput yang telah dipotong. Senang kerja anda. Tak perlu menyapu selepas siap potong rumput. Ruang mengumpul rumput juga boleh tahan besar.

Anda juga boleh menetapkan ketinggian rumput yang hendak dipotong. Mesin rumput tolak dengan enjin 161cc ini mampu memotong rumput dengan lancar. Kapasiti minyak sebanyak 1 liter. Berbeza dengan mesin rumput bateri, mesin ini tidak memerlukan anda caj semula bateri. Hanya perlu menambah minyak.

Tempoh jaminan selama 3 bulan untuk setiap pembelian mesin rumput tolak Husqvarna.

Kelebihan

  • Siap kumpul rumput yang telah dipotong
  • Pemegang boleh lipat supaya mudah disimpan
  • Boleh laras ketinggian rumput yang nak dipotong
  • Binaan kukuh dan mampu bertahan lama

Kekurangan

  • Agak berat
  • Tempoh jaminan singkat

7. Mesin Rumput Galas Mitsubishi TB43


Jenama mesin rumput Eiko menggunakan enjin Mitsubishi yang diperbuat dari Japan. Mesin rumput galas ini perlukan minyak untuk beroperasi. Kekuatan enjin 43cc. Sesuai untuk potong rumput di rumah sendiri atau mengambil upah potong rumput di rumah orang.

Tempoh jaminan selama 1 tahun.

Kelebihan

  • Enjin yang kuat
  • Kurang gegaran

Kekurangan

  • Bunyi agak kuat

Akhir Kata

Dengan adanya mesin rumput bateri kerja memotong rumput rumah anda jadi lebih mudah. Rumput di halaman rumah pun sentiasa cantik terjaga.

Selain itu, tak perlu lagi nak upah orang. Jimat duit. Sekali beli mesin rumput, boleh pakai bertahun. Cuma perlu keluarkan tenaga nak potong rumput.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.