Bismillah 5

Kelebihan Bismillah 5 (Pendinding & Syifa)

Pernahkah anda dengar Bismillah 5? Apa sebenarnya Bismillah 5 dan khasiatnya? Jom kita ketahui tentang ayat Bismillah 5.

Selain Bismillah 5, terdapat juga Bismillah 3, Bismillah 4, Bismillah 6, Bismillah 7, Bismillah 9 dan Bismillah 20.

Bismillah 5 merupakan ayat pendinding diri dan juga penyembuh (syifa) segala penyakit. Mengamalkannya akan memberi manfaat buat diri, melindungi dari sihir dan segala penyakit.

Ia dinamakan Bismillah 5 kerana permulaan setiap ayat bermula dengan Bismillah. Juga dikenali sebagai Bismillah Syifa.

Ayat Bismillah 5

Berikut adalah ayat Bismillah 5.

bismillah 5

Bismillah 5 Rumi dan Terjemahan

Di bawah ini adalah bacaan dalam rumi serta maksudnya.

Bacaan Bismillah 5 rumi

  1. Bismillaahir rohmaanir rohiim,
  2. Bismillaahisy syafi,
  3. Bismillaahil kaafi,
  4. Bismillaahil mu’aafi,
  5. Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim.

Maksud atau Terjemahan Bismillah 5

Ini pula adalah Bismillah Lima dan maknanya.

  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
  3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
  4. Dengan nama Allah Yang Memberikan Kesihatan Yang Baik
  5. Dengan nama Allah Yang Tidak Memudaratkan oleh segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi; dan Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Kebaikan dan Kelebihan Bismillah 5

Ada banyak kelebihan Bismillah Lima. Berikut adalah khasiat Bismillah 5:-

  1. Mengelakkan diri dari mereka yang berniat jahat
  2. Terpelihara dari bahaya
  3. Menghalang jin dan syaitan dari mendekati
  4. Penawar dari pelbagai bisa dan racun
  5. Mengubati penyakit gila meroyan
  6. Penawar sakit bisa tulang
  7. Mengurangkan bengkak serta benjol
  8. Penawar dari santau dan sihir
  9. Juga untuk merawat penyakit yang tidak diketahui asbabnya.

Cara atau Kaedah Merawat

  1. Letak tangan di bahagian yang sakit.
  2. Baca ayat Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Mesti dibaca dengan khusyuk dan hati yang ikhlas.
  3. Setelah itu, hembus pada segelas air dan minum.
  4. Sapu juga pada bahagian yang sakit ataupun sapu di seluruh badan.
  5. Bagi anggota yang tak boleh disentuh kerana sakit atau sukar, letakkan saja tangan pada anggota lain dengan iktikad anggota itu adalah anggota yang sakit.

Untuk Kes Kecemasan

Ketika kecemasan, boleh dibacakan terus Bismillah 5 dengan meletakkan tangan di tempat yang sakit. Sekiranya kepala anak benjol akibat terhantuk, tuam dengan ais sambil membaca Bismillah 5.

Ketika membaca Bismillah 5, baca juga selawat ke atas Nabi s.a.w. Sertakan doa kepada Allah agar diberi kesembuhan dari penyakit. Doa penawar segala penyakit.

Amalan Bismillah 5

Ayat Bismillah Lima boleh dibaca sebagai doa dengan menyebutnya sebelum makan atau minum sesuatu ubat. Hendaklah diamalkan Bismillah 5 serta Bismillah 6 dengan membaca sebanyak 33 kali setiap kali selepas solat.

Jika anda amalkan dengan istiqomah (konsisten), ia mampu menolak santau dalam makanan dan minuman. Bekas makanan atau minuman berisi santau akan pecah dengan sendiri bila dipegang pengamal Bismillah 5.

Baca dengan yakin dan hanya kepada Allah tempat kita bergantung dan meminta pertolongan. Sesungguhnya Dia Maha Mengasihani dan Maha Memberi Pertolongan.

Akhir Kata

Bismillah Syifa merupakan ayat yang terbukti berkesan melindungi diri dan menyembuh segala penyakit. Apapun, semuanya adalah dengan izin Allah.

Baca ayat lima pendinding diri ini, fahami maksudnya dan amalkan setiap hari. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda dan keluarga.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.