dapur gas terbaik

11 Dapur Gas Terbaik di Malaysia 2024

Bagi pasangan yang baru berkahwin atau nak pindah rumah baru, dapur gas antara barang keperluan rumah yang wajib dimiliki. Sama seperti peti ais dan juga mesin basuh. Namun begitu, ramai yang pening nak pilih dapur gas terbaik untuk kegunaan rumah.

Kini, anda boleh pergi ke kedai jual dapur gas secara online saja. Tak perlu lagi pergi ke kedai fizikal. Jimat masa dan tenaga. Untuk itu, dalam artikel ini saya akan senaraikan dapur gas terbaik buat pilihan anda.

Jenis Dapur Gas

Sebelum itu, anda perlu tahu jenis dapur gas yang nak dibeli.

1. Dapur Gas Kaca

Ini dapur yang diperbuat daripada tempered glass. Mudah dipanggil sebagai dapur gas kaca. Designnya tampak lebih moden dan bergaya.

Ramai memilih dapur gas kaca kerana ia mudah untuk dicuci tanpa perlu menggosok kuat pada dapur.

2. Dapur Gas Stainless Steel

Ini pula adalah dapur gas yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Anda akan lihat permukaan dapur licin dan berkilat.

Dapur jenis ini agak murah berbanding dapur gas kaca.

Ia juga sangat kuat dan boleh tahan lama. Namun, bergantung juga cara anda memakainya dan menjaga permukaan dapur.

3. Dapur Elektrik

Induction cooker atau dapur elektrik ini pula beroperasi menggunakan tenaga elektrik. Jadi, anda tak perlu risau gas habis ketika memasak.

Cuma, anda kena ready makan kat luar ketika ketiadaan elektrik.

4. Dapur Gas Mini

Bagi anda yang selalu travel atau camping, dapur gas mini menjadi pilihan sebab senang nak dibawa.

Dapur Gas Terbaik di Malaysia

Sekarang, mari kita lihat dapur gas terbaik untuk pilihan anda.

1. Dapur Gas Rinnai Rinnai RB-713N-S

dapur gas rinnai

Harga: RM777

Kelebihan

  • Tahan lasak
  • Mudah nak dibersihkan

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Rinnai merupakan jenama dapur gas terbaik di Malaysia. Ia terkenal dengan dapur gas stainless steel terbaik yang tahan lasak dan tahan lama.

Jenama nombor 1 dari Jepun ini sering menjadi pilihan untuk mereka yang pentingkan kualiti.

Permukaan dapur gas 3 tungku ini adalah dari stainless steel yang tahan karat. Ia menggunakan sistem pencucuhan bateri yang membolehkan anda mula memasak dengan cepat.

Dapur gas Rinnai ini mengeluarkan api jenis cincin dua untuk memberikan kepanasan menyeluruh ke atas masakan dan makanan pun cepat masak.

Rekaan tungku kecil di tengah-tengah memudahkan anda untuk memasak menggunakan kuali atau periuk kecil.

dapur gas rinnai

Selain itu, bahagian bawah tungku dapur ini telah ditutup bagi memudahkan anda lap jika tertumpah minyak atau kuah.

dapur gas rinnai

Rinnai turut memberikan tungku tinggi tambahan supaya mudah anda meletakkan kuali ketika menggoreng.

Dapur gas 3 tungku Rinnai ini mendapat sambutan hangat dari mereka yang nak pindah rumah baru walaupun harganya yang agak mahal.

Anda yang memilih untuk memiliki dapur ini akan dapat 2 tahun jaminan jika ada sebarang kerosakan.

2. Dapur Gas Elba EGH-G8522G(BK)

 

dapur gas elba

Harga: RM305

Kelebihan

  • Mudah dibersihkan
  • Warna gelap

Kekurangan

  • Tiada child lock

Ini pula adalah dapur gas kaca dari Elba. Dapur gas tempered glass berwarna hitam yang buatkan kekotoran di dapur tersembunyi.

Menggunakan sistem pencucuhan automatik dengan bateri.

Dapur gas 2 tungku Elba ini memudahkan anda masak 2 lauk serentak. Masakan pun cepat masak dengan nyalaan api 3 cincin yang kuat.

Dalam tempoh setahun, sebarang kerosakan dengan dapur gas ini anda boleh hubungi terus pihak Elba.

3. Dapur Gas Butterfly BGC-30A

dapur gas terbaik

Harga: RM88

Kelebihan

  • Tahan lasak
  • Kuat
  • Kegunaan kenduri, komersial

Kekurangan

  • Berat
  • Rekaan tak menarik

Ini pula dapur gas kenduri. Anda tentu biasa nampak orang gunakan dapur ini ketika nak masak untuk kenduri atau orang panggil rewang. Ia diperbuat dari cast iron.

Dapur gas tekanan rendah ini menggunakan pencucuhan automatik. Ianya kuat untuk menyokong periuk atau kuali masakan yang berat.

1 tahun waranti disediakan pihak pengeluar jika ada kerosakan dapur gas.

4. Dapur Gas Milux MGH-S633M

dapur gas terbaik

Harga: RM288.99

Kelebihan

  • Rekaan moden
  • Agak murah
  • Api kuat
  • Mudah nak lap

Kekurangan

  • Warna terang, kekotoran nampak jelas

Dapur gas Milux ini diperbuat dari stainless steel yang tahan karat. Dengan nyalaan api Tornado, masakan anda cepat dimasak dan menjimatkan penggunaan gas.

Rekaannya nampak style dan mudah untuk dibersihkan. Ia menggunakan pencucuhan bateri yang mudah untuk hidupkan api.

Tungkunya juga kukuh untuk menahan periuk yang berat.

Jenama dapur gas terbaik buatan Malaysia ini menawarkan 1 tahun waranti untuk sebarang kerosakan. Yang penting dapur gas ini lulus SIRIM.

Harga dapur gas ini juga boleh tahan murah berbanding jenama yang lain.

5. Dapur Elektrik Panasonic KY-R727RL

dapur gas terbaik

Harga: RM1099

Kelebihan

  • Child lock
  • Rekaan moden
  • Masakan cepat masak
  • 9 tahap kuasa pemanasan
  • Memasak tanpa api
  • Selamat
  • Mudah nak bersih

Kekurangan

  • Mahal

Dapur gas elektrik Panasonic ini memiliki ciri-ciri moden dan terkini. Ia direka dengan permukaan kaca yang tahan lasak dan dilengkapi dengan paparan digital.

Dengan sentuhan jari ke panel dapur elektrik Panasonic anda boleh mengawal suhu dan tahap kepanasan.

Anda juga tidak perlu risau terlupa nak tutup dapur kerana ia ada fungsi automatik off.

Selain itu, anda boleh tetapkan masa masakan. Setelah timer tamat, dapur automatik akan tertutup.

Jika suhu periuk terlalu panas, dapur elektrik akan automatik mengawal suhu.

Sesuai dengan harganya, dapur ini terdapat pelbagai fungsi termasuk child lock. Anda hanya perlu menyentuh dapur untuk 3 saat untuk on atau off kan control panel.

Dari segi waranti, Panasonic memberikan 1 tahun jaminan untuk sebarang kerosakan pada dapur elektrik.

6. Dapur Gas Pensonic PGC-26N

dapur gas terbaik

Harga: RM59

Kelebihan

  • Tahan lasak
  • Api kuat

Kekurangan

  • Rekaan tradisional

 

Dapur gas murah Pensonic yang mendapat kelulusan SIRIM ini merupakan dapur yang tahan lasak.

Ia juga mendapat jaminan 1 tahun dari Pensonic jika ada sebarang kerosakan.

Dengan harganya yang murah, dapur gas terbaik ini pilihan terbaik untuk anda yang mempunyai bajet rendah tapi inginkan dapur 2 tungku. Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang baru berkahwin.

7. Dapur Gas Kaca Faber 3B/76BK

dapur faber

Harga: RM415

Kelebihan

  • Harga murah
  • Tempered glass berkualiti
  • Mudah dibersihkan
  • Rekaan nampak moden

Kekurangan

  • Tiada child lock

Dapur gas 3 tungku ini menggunakan pencucuhan bateri. Diperbuat dari tempered glass yang berkualiti tinggi, dapur gas kaca Faber ini kukuh dan tahan lasak.

Dengan warna hitam, kekotoran di dapur gas tidak terlalu jelas di mata. Sesuai untuk kaum ibu yang sibuk dan tak sempat untuk terus membersihkan dapur selepas memasak. Ia juga senang nak dibersihkan tanpa perlu menggosok kuat permukaan dapur.

1 tahun waranti disediakan pihak Faber untuk sebarang kerosakan.

8. Dapur Gas Zanussi Malaysia ZGB750

dapur gas zanussi malaysia

Harga: RM355

Kelebihan

  • Waranti kaca 5 tahun
  • Senang nak bersih
  • Warna gelap tak nampak kotor

Kekurangan

  • Tiada child lock

Dapur gas kaca 2 tungku keluaran Zanussi ini antara dapur gas kaca terbaik. Diperbuat dari tempered glass yang berkualiti. Menggunakan pencucuhan bateri yang bolehkan nyalaan api dengan cepat.

Masakan serentak dalam satu masa dengan dapur 2 tungku jimatkan banyak masa anda.

Anda juga tak perlu risau jika tempered glass pecah atau rosak, sebab ada tempoh jaminan yang panjang. Hubungi saja Zanussi Malaysia untuk claim warranty.

Untuk kerosakan lain Zanussi berikan tempoh jaminan setahun jika ada kerosakan.

9. Dapur Gas Morgan MBH-SB162

dapur morgan

Harga: RM355

Kelebihan

  • Rekaan moden
  • Dengan injap keselamatan
  • Mudah nak dibersihkan

Kekurangan

  • Tiada child lock

Dapur gas stainless steel jenama Morgan ini tampak simple tapi tetap menarik dengan warnanya. Ia menggunakan pencucuhan jenis bateri supaya cepat anda boleh memasak.

Dapur gas Morgan ini mempunyai ciri keselamatan yang mana injap akan terus putuskan gas sekiranya terdapat kebocoran gas atau nyalaan api yang besar.

Permukaan dapur gas Morgan ini senang untuk diselenggara dan dibersihkan jika ada tumpahan minyak atau kuah.

Morgan juga menyediakan 1 tahun tempoh jaminan untuk dapur gas terbaik mereka ini.

10. Dapur Gas Singer GS900SP

dapur singer

Harga: RM145.20

Kelebihan

  • Tahan lama
  • Tahan karat
  • Api besar

Kekurangan

  • Rekaan tradisional

Dapur gas Singer ini mempunyai 2 tungku yang menggunakan sistem pencucuhan automatik. Jadi mudah dan cepat untuk anda gunakan.

Badannya diperbuat daripada keluli yang tahan karat. Walaupun rekaan style dapur lama, dapur gas stainless steel ini boleh tahan lama. Jimat duit anda.

Penanggung kuali jenis besi enamel yang kuat dan kukuh supaya kedudukan periuk stabil ketika memasak. Ia juga boleh ditanggalkan untuk memudahkan anda membersihkan dapur.

Api dapur gas Singer ini kuat yang mempercepatkan tugas memasak anda di dapur.

11. Dapur Elektrik PerySmith PS2310

dapur perysmith

Harga: RM109

Kelebihan

  • Mudah dibersihkan
  • Rekaan moden
  • Permukaan tak panas bila disentuh
  • Kaca kuat dan tahan calar
  • 8 fungsi masakan siap tersedia
  • Ada child lock
  • Boleh tetap masa masakan (timer)
  • Cepat panas
  • Ringan
  • Tempoh jaminan 2 tahun

Kekurangan

  • Boleh masak 1 hidangan untuk 1 masa
  • Hanya boleh gunakan periuk yang boleh dimasak atas dapur elektrik

Buat yang tak memiliki ahli keluarga yang ramai, nak masak pun tak banyak, dapur elektrik PerySmith ini adalah dapur elektrik terbaik.

Walaupun harganya murah berbanding jenama yang lain, kualiti dan fungsi dapur elektrik ini tetap tidak mengecewakan. Rata-rata yang dah pakai dapur ini mengatakan dapur ini cepat panas, jadi nak masak pun cepat.

Panelnya diperbuat daripada kaca kristal yang tahan panas dan tak calar. Permukaannya juga tak panas bila disentuh membuatkan anda lebih selesa untuk memasak.

Nak bersihkan pun senang. Semua kekotoran mudah tertanggal tanpa perlu gosok kuat.

Dapur elektrik yang comel dan ringan ini mudah untuk anda bawa ke mana saja. Anda juga tak perlu risau soal gas habis bila pakai dapur elektrik.

Cuma untuk masak atas dapur elektrik ini anda perlu gunakan periuk jenis stainless steel. Periuk seramik tak boleh.

Sebarang kerosakan ke atas dapur elektrik ini, anda boleh tuntut waranti dalam masa 2 tahun.

Akhir Kata

Memandangkan dapur gas yang dibeli nak pakai lama, saya amat sarankan anda beli dapur yang bukan hanya melihat kepada harga. Tapi juga kepada kualiti dapur gas itu.

Hal ini penting terutamanya untuk dapur gas kegunaan rumah. Supaya dapur gas yang anda beli dapat bertahan lama dan tidak perlu ditukar dalam tempoh yang singkat.

Setelah melihat ke semua senarai dapur gas terbaik, yang mana satu menjadi pilihan anda?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.