7 Smart TV Murah Terbaik di Malaysia 2024
Smart tv semakin mendapat perhatian ramai pada masa kini. Dibandingkan di awal kemunculannya, harga smart tv boleh tahan mahal. Kini, harga smart TV murah dan tidak jauh beza dengan tv biasa.
Jika anda sedang bercadang untuk membeli TV baru, sememangnya artikel ini untuk anda.
Apa itu Smart TV?
Smart TV adalah tv yang membolehkan anda sambung internet dan muat turun aplikasi. Nak tengok video, dengar radio, main game, semuanya boleh dilakukan dengan smart TV. Tak perlu nak tengok video di laptop atau komputer lagi.
Anda boleh muat turun Youtube, Netflix, Viu dan tonton di skrin tv yang besar bersama keluarga.
Kelebihan Smart TV
Ramai yang suka Smart TV tapi apa sebenarnya kelebihan Smart TV?
1. Senang nak digunakan
Bagi yang baru pertama kali nak gunakan smart TV, anda tak perlu risau sebab tetapan smart TV tidak rumit. Tak perlu tengok guide pun boleh terus guna. Navigasi menu juga mudah difahami.
2. Banyak pilihan jenama dan model
Disebabkan populariti smart TV semakin meningkat, banyak syarikat pengeluar TV yang mengeluarkan smart TV. Anda boleh memilih dari pelbagai jenama dan juga model yang ada di pasaran.
Persaingan ini juga menjadi punca harga smart TV murah dan mampu dimiliki oleh ramai orang.
3. Boleh sambung internet
Ini yang menjadikan smart TV disukai ramai. Sebab boleh sambungkan internet. Jadi anda boleh layari internet dari TV sahaja.
4. Muat turun aplikasi
Kebanyakan smart TV menyediakan pelbagai aplikasi yang boleh anda muat turun seperti Netflix, Youtube. Namun, aplikasi smart TV tidak sebanyak aplikasi android TV yang boleh dimuat naik dari Google Play Store.
Beza Smart TV dan Android TV
Sebelum saya berikan senarai Smart TV murah dan terbaik, jom kita ketahui apa perbezaan Smart TV dan Android TV.
Umumnya, android TV boleh jadi smart TV. Tapi smart TV tak boleh jadi android TV. Kerana aplikasi smart TV yang terhad berbanding android TV.
Untuk lebih jelas, lihat perbandingan di bawah.
Perbezaan |
Smart TV |
Android TV |
Sistem Operasi |
Bergantung kepada pengeluar TV seperti WebOS (LG), Tizen OS (Samsung) |
Android (kemaskini dari Google) |
Sokongan Aplikasi |
Terhad (Tidak semua aplikasi boleh dimuat turun) |
Banyak (Muat turun dari Google Play Store) |
Senang/sukar didapati di pasaran |
Senang nak dapat di pasaran kerana banyak pengeluar dari pelbagai jenama |
Sukar nak didapati di pasaran kerana hanya beberapa jenama yang mengeluarkan android TV seperti Sharp, Philips, Sony |
Secara amnya, kedua-dua jenis TV ini memerlukan sambungan internet untuk anda muat turun aplikasi dan juga untuk memainkan aplikasi yang dah dimuat turun.
Contohnya, anda dah muat turun Netflix, tapi tiba-tiba sambungan wifi bermasalah. Jadi anda takkan dapat menonton Netflix di TV.
Sebelum memiliki smart TV atau android TV, pastikan sambungan internet yang kuat di rumah supaya tidak mengganggu tontonan.
Smart TV Murah Terbaik di Malaysia
Berikut adalah senarai smart tv murah dan berkualiti yang anda boleh dapatkan di pasaran. Kini, anda tak perlu keluar rumah untuk beli tv. Boleh buat pembelian secara online dan tunggu smart tv sampai ke depan pintu rumah anda.
Saya senaraikan smart TV dari pelbagai saiz. Sebab ada yang nak skrin yang besar melebihi 50 inci dan anda juga yang cukup sekadar saiz 32 inci.
1. LG UN70 Smart TV 65UN7000PTA (65 inci)
Harga: RM2959
Buat anda yang suka TV bersaiz besar, smart TV LG ini bersaiz 65 inci. Cukup besar untuk memenuhi dinding ruang tamu anda.
Model ini datang dengan resolusi skrin real 4K Ultra High Definition (UHD) dan kualiti gambar video High Dynamic Range (HDR). Senang cerita memang gambar dan video yang anda tonton akan nampak cantik kecuali untuk aplikasi Youtube.
Gambar yang dipaparkan juga 4 kali lebih real dari resolusi full HD.
Smart TV LG ini menggunakan sistem operasi Simple Smart dan processor jenis Quad Core 4k yang membuatkan warna serta gambar lebih terang dan jelas.
Turut disediakan 3 port HDMI dan juga 2 port USB di bahagian tepi smart TV.
Untuk LG Smart TV dengan saiz melebihi 30 inci, anda dapat jaminan selama 2 tahun (in home). Jika ada kerosakan pihak LG akan datang servis di rumah. Senang kan tak perlu nak hantar sendiri kepada pengeluar untuk tuntut waranti.
Namun jaminan ini tak termasuk remote control. LG hanya cover 6 bulan waranti untuk remote control. Jadi, anda perlu menjaga remote control sebaik mungkin supaya anak-anak tak main dan rosak.
Dengan harga, spesifikasi dan saiz sebegini, ini adalah smart TV murah yang terbaik untuk anda.
2. Samsung Smart TV AU7000 (50 inci)
Harga: RM2164
Samsung smart TV 50 inci ini menggunakan sistem operasi Tizen dan processor crystal 4K. Ia turut menyokong resolusi 4K UHD serta HDR.
Gambar dan video yang dihasilkan memang nampak cerah dan cantik dengan Crystal Processor dari Samsung ini.
Anda juga boleh memaparkan skrin laptop dan telefon di smart TV Samsung untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas. Untuk mirror telefon ke smart TV, lebih mudah jika anda menggunakan telefon jenis Samsung Galaxy.
3 port HDMI dan 1 port USB disediakan untuk smart TV ini.
Waranti pula, 2 tahun (on-site: servis di rumah) disediakan jika ada sebarang kerosakan. Untuk remote control hanya 6 bulan jaminan.
3. Sony Smart TV KDL-50W660G (50 inci)
Harga: RM1729
Seterusnya adalah Smart TV murah jenama Sony yang menjadi pilihan hati ramai. Bukan saja kerana harganya yang berpatutan tapi juga spesifikasi terbaik yang disediakan Sony.
Smart TV Sony ini menyediakan paparan Full HD untuk memberikan anda gambar video yang jelas dan terang.
Selain itu, dengan smart TV ini anda boleh menonton Youtube dengan mudah. Tak perlu tekan sana sini.
Sebaliknya, anda hanya perlu tekan satu butang di remote control dan Youtube akan terus terpapar di depan mata anda.
Buat yang suka bermain PS4, TV HDR ini memberikan anda paparan warna yang terang dan juga bunyi yang sedap didengar dengan teknologi ClearAudio+. Ini menambahkan lagi keseronokan ketika bermain game.
Terdapat 2 port HDMI dan juga 2 port USB disediakan untuk smart TV ini. Dilengkapi X-Protection PRO, anda tak perlu risau nak menonton TV sewaktu tengah kilat dan petir.
Dari segi jaminan, Sony memberi 2 tahun jaminan untuk smart TV ini.
4. Smart TV Hisense 43E6F (43 Inci)
Harga: RM1529
Jenama TV yang berasal dari China ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Hisense menawarkan smart TV murah dengan kualiti yang hampir setanding jenama popular lain.
Smart TV Hisense ini didatangkan dengan 4K UHD. Gambar dan video yang tonton sememangnya sangat jelas dan cantik. Warnanya juga terang.
Turut mempunyai game mode untuk mengurangkan lag semasa anda bermain games. Jadi, jika anda suka main game di TV, smart TV Hisense ini adalah pilihan terbaik untuk anda.
Anda juga boleh mengawal TV dari smartphone. Hanya muat turun aplikasi RemoteNow. Dan anda boleh on dan off TV, pilih siaran TV dan pelbagai fungsi lain hanya dari smartphone.
Smart TV Hisense ini dilengkapi dengan 3 port HDMI dan 2 port USB. Untuk jaminan, Hisense juga menyediakan 2 tahun waranti bagi smart TV mereka ini.
5. Skyworth Smart TV 50UB5100 (50 inci)
Harga: RM1599
Ini antara smart TV murah dengan saiz yang besar pada harga bawah RM1700.
Skyworth merupakan satu lagi jenama dari China. Jenama ini masih lagi agak asing di Malaysia. Jika anda tidak kisah tentang jenama tapi inginkan saiz TV yang besar, smart TV Skyworth adalah pilihan yang bijak.
Menyediakan paparan 4K UHD dengan sistem operasi Smart+. Anda boleh menonton Netflix dengan paparan gambar yang cantik.
Port HDMI ada 3 dan port USB ada 2 disediakan untuk smart TV ini.
Tak perlu nak risau jika smart TV rosak dalam tempoh 2 tahun kerana Skyworth menawarkan jaminan dalam tempoh itu.
6. Philips Smart TV 55PUT6654 (55 inci)
Harga: RM2399
Smart TV Philips 50 inci ini memaparkan gambar dan warna yang cantik dengan 4K UHD. Sistem operasi yang digunakan Philips adalah Saphi.
Dengan menekan 1 butang anda boleh mengakses ke icon menu. Memang mudah nak guna smart TV Philips ni.
Untuk port pula, HDMI ada 3 dan port USB ada 2. Dari segi bunyi, smart TV Philips mengeluarkan bunyi yang sedap didengar dengan Dolby sound premium.
Tempoh jaminan selama 2 tahun dari pihak Philips jika ada sebarang kerosakan pada smart TV anda.
7. Realme Android TV (32 inci)
Harga: RM799
Smart TV Realme ini menggunakan sistem operasi Android. Jadi anda boleh muat turun aplikasi dari Google Play Store. Dari segi kualiti gambar, smart TV Realme ini menggunakan teknologi Chroma Boost. Walaupun gambar tak secantik 4K UHD, ia masih boleh diterima dengan harga yang begitu rendah.
Untuk bunyi pula smart TV murah ini menggunakan Dolby audio. Anda juga boleh pindah fail dan gambar dengan menggunakan bluetooth. 3 port HDMI disediakan untuk smart TV ini.
Jaminan diberikan selama 1 tahun dari Realme Malaysia.
Kesimpulan – Smart TV Murah Terbaik di Malaysia
Harga smart TV banyak bergantung kepada saiz TV yang anda pilih. Jika bajet kecil anda boleh dapatkan smart TV 32 inci yang berharga bawah RM1000.
Sekarang anda dah tahu smart TV murah yang boleh anda dapatkan di pasaran. Smart TV mana yang jadi pilihan hati anda? Cuba kongsikan.
Makluman
Harga yang dipaparkan adalah harga semasa artikel ini ditulis. Harga dan stok mungkin berubah mengikut penjual