11 Jenama Pressure Cooker Terbaik di Malaysia
Pressure cooker merupakan antara peralatan dapur yang moden, canggih dan ia adalah sangat penting bagi memastikan tugas memasak anda menjadi lebih mudah dan tidak membebankan. Memandangkan pressure cooker ini adalah alatan dapur yang wajib ada di setiap ruang dapur, oleh itu melalui perkongsian saya kali ini, saya akan kongsikan 10 jenama pressure cooker paling terbaik di Malaysia.
Jom ikuti perkongsian mengenainya di bawah ini!
Senarai Pressure Cooker Dengan Fungsi Canggih Yang Pelbagai
Berikut adalah jenama pressure cooker terbaik di Malaysia.
1. Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker PC-60
Pressure cooker Russel Taylors merupakan periuk tekanan tinggi yang mampu memberikan hidangan lazat serta memuaskan keinginan anda. Dengan kapasiti 6 liter pressure cooker Russel Taylors memudahkan semua urusan memasak anda agar lebih sempurna dengan pelbagai jenis makanan seperti rebusan, sup, bubur, kari, sayur-sayuran dan banyak lagi hidangan makanan yang sihat dan menarik.
Periuk pressure cooker terbaik ini mempunyai peranti pelepas tekanan automatik yang luar biasa bagi memastikan keselamatan semasa memasak dan pilihan untuk mengekalkan kehangatan pemakanan agar anda dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan sihat.
Periuk tekanan tinggi Russell Taylors PC-60 juga turut mempunyai pemasa yang mudah diprogramkan dan panel operasi sentuhan penderia yang sensitive.
Ia turut dilengkapi dengan reka bentuk dwi pemegang yang inovatif bersama penutup dalam yang boleh ditanggal. Periuk tekanan tinggi ini juga mudah dibersihkan serta senang untuk dikendalikan.
Paling penting, pressure cooker ini mempunyai pilihan kunci kanak-kanak bagi memastikan keselamatan sentiasa terjaga semasa periuk sedang digunakan.
2. Pressure Cooker Philips All-In-One HD2137/62
Pressure cooker terbaik yang seterusnya pula adalah periuk tekanan tinggi Philips yang mempunyai 9 sistem perlindungan keselamatan untuk memastikan anda boleh memasak tanpa perlu merasa bimbang.
Ia sangat tahan lasak dan tidak melekat serta menawarkan pengaliran haba yang lebih berkesan. Salutan emas Whitford yang berwarna khas adalah anti calar dan menjadikannya tidak melekat. Anda boleh memasak dengan perlahan menggunakan suhu tinggi & rendah sehingga 12 jam.
Selain itu, pressure cooker ini juga mempunyai reka bentuk tudung dalam yang boleh ditanggalkan dan mudah dibersihkan. Istimewanya, periuk tekanan ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan iaitu jika berlaku tekanan tinggi yang tidak normal di dalam periuk, wap akan dilepaskan secara automatik daripada injap tekanan untuk memastikan keselamatan.
Ia turut berfungsi untuk penyimpanan makanan panas secara automatik selama 12 jam serta boleh dipanaskan semula.
Di samping itu, terdapat pelbagai fungsi yang mudah digunakan seperti tumis, rebus, masak perlahan serta bakar. Anda juga boleh memasak dengan pantas tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam menyediakan hidangan kegemaran buat keluarga tersayang!
3. Pressure cooker Noxxa
Jenama pressure cooker terbaik seterusnya adalah Noxxa. Pressure cooker Noxxa dilengkapi sistem operasi ‘One-Touch-To-Cook’, iaitu anda boleh masak dengan memilih pilihan cara memasak yang telah tersedia.
Antaranya secara menggoreng, mengukus, masak perlahan, memanaskan semula makanan dan juga membakar kek dengan hanya menekan pilihan butang pada panel kawalan. Ia sangat menjimatkan masa serta tenaga.
Periuk tekanan tinggi Noxxa ini juga dapat menyediakan makanan berkhasiat untuk tempoh yang singkat dengan menggunakan fungsi tekanan.
Selain itu, pressure cooker terbaik ini juga tidak melekat di mana ia telah disalut dengan lapisan Dupont Teflon Platinum (gred makanan berkualiti tinggi yang digunakan di peringkat antarabangsa).
Selain 10 fungsi memasak, pressure cooker ini juga dilengkapi dengan ciri lain seperti boleh melihat tekanan memasak dalaman pada penunjuk LED, pemanasan boleh laras, kawalan suhu memasak, melewatkan proses memasak sehingga tempoh 24 jam.
Dengan menggunakan pressure cooker Noxxa, anda boleh menyediakan hidangan dengan cepat dan berkhasiat.
4. Periuk Tekanan Tinggi TEFAL
Jenama periuk tekanan tinggi Tefal mampu membuatkan tugas memasak lebih mudah dan 3x lebih pantas berbanding dengan cara memasak tradisional.
Dilengkapi teknologi mangkuk sfera eksklusif Tefal di mana ia memastikan hasil hidangan anda lebih lembut dan berair. Ia juga menggunakan tombol kawalan tunggal yang intuitif untuk perkakas yang mesra pengguna.
Pressure cooker terbaik Tefal ini berkapasiti 7.6 liter membolehkan anda memasak hidangan untuk keluarga yang besar. Masakan yang terhasil dari pressure cooker semestinya lebih lembut dan sedap. Periuk tekanan tinggi Tefal ini dilengkapi dengan 10 program memasak tanpa monitor.
5. Pressure cooker Giselle 6L
Pilihan pressure cooker terbaik yang seterusnya adalah Giselle. Ia mempunyai 22 menu pra-program iaitu anda boleh memasak nasi, tumis, daging, tulang rusuk, panggang, tendon, congee, yoghurt, goreng, sup, rebus dan pelbagai lagi.
Pressure cooker berkapasiti 6 liter ini juga membuatkan tugas memasak anda menjadi 70% lebih pantas daripada masakan konvensional. Ia juga mampu mengekalkan semua nutrien penting yang diperlukan dalam makanan.
Selain itu, pressure cooker terbaik ini turut mempunyai beberapa ciri-ciri menarik lain seperti memastikan makanan panas, periuk dalam jenis aluminium yang tahan lama, mudah digunakan serta menawarkan pengaliran haba yang lebih berkesan.
Ia juga hanya dengan menggunakan kuasa sebanyak 1000 watt yang mana tidak menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
6. Electrova Pressure Cooker Marble Coated Non-Stick Pot PC-01 (6L)
Pressure cooker jenama Electrova ini pula merupakan gabungan The USA Technology dan Mins London, The British European Design. Ia direka bentuk dengan lapisan merah matte hitam porsche dan teknologi USA yang sangat elegan dan menarik.
Pressure cooker ini dibina dengan 19 fungsi tersedia seperti memanggang, mengukus, mereneh dan lain-lain lagi menjadikan waktu memasak anda lebih singkat dan mudah. Ia turut menjimatkan masa memasak anda sebanyak 40% serta 30% kos elektrik.
Apa yang paling menarik dan sangat penting mengenai pressure cooker ini adalah ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti kunci keselamatan, peranti keselamatan anti-sekatan dan kawalan suhu.
7. Pressure cooker DESSINI ITALY
Periuk pressure cooker DESSINI yang berkapasiti 8 liter ini pula merupakan pressure cooker digital yang mempunyai menu yang telah diprogramkan. Sangat mudah untuk digunakan dengan hanya menekan butang pada paparan digital.
Tugas memasak bukan saja cepat tetapi ia juga membantu anda menyediakan pelbagai jenis makanan seperti rebusan, sup, bubur, kari, sayur-sayuran dan banyak lagi hidangan lain.
Periuk yang dalamnya mempunyai keluli anti karat yang tahan lama dan tidak melekat ini turut menawarkan pengaliran haba yang lebih berkesan dan efisien.
8. Periuk Tekanan Tinggi Kenwood
Periuk tekanan tinggi 6 liter dari jenama Kenwood ini pula boleh digunakan untuk memasak kari, rebusan dan hampir semua resipi. Ia boleh menyediakan sehingga enam hidangan nasi dan lebih enam belas cawan sup serta mengekalkan khasiat makanan tersebut.
Selain itu, ia turut dibina dengan reka bentuk yang cekap tenaga serta peranti had tekanan dan pelepasan tekanan.
9. AKIRO 4L Pressure Cooker
Periuk pressure cooker AKIRO merupakan jenama baharu yang berkualiti tinggi di mana ia diperbuat daripada aloi iaitu keluli tahan karat. Dengan kapasiti 4 liter memudahkan anda menyediakan hidangan untuk ahli keluarga yang ramai.
Ia turut didatangkan dengan injap penggera dan fungsi keselamatan seperti pemegang Bakelite dengan sistem kunci pemanasan untuk memastikan masakan yang anda siap dengan cepat dan selamat.
10. Periuk Tekanan Tinggi MMX Ewant G83
MMX Ewant merupakan jenama pressure cooker antarabangsa dengan R&D yang telah dilakukan di Jerman. Jenama ini memberi jaminan keselamatan semasa anda sedang menggunakan pressure cooker.
Ia direka dengan bentuk yang cantik disertai panel kawalan yang dilengkapi pemasa. Anggaran masak pula boleh melangkau sehingga 24 jam.
Anda juga boleh menggunakan fungsi keep warm bagi memastikan masakan yang telah dimasak kekal panas.
Periuk tekanan tinggi ini juga mempunyai kapasiti yang besar yang mana membolehkan anda memasak dalam kuantiti yang banyak, sehingga 8 liter sekali gus.
Reka bentuknya yang juga mesra pengguna turut mempunyai pelepasan tekanan kunci keselamatan dan mudah untuk digunakan oleh semua orang.
Menariknya, pressure cooker ini mengandungi 3x lapisan tidak melekat yang sangat tahan lama serta diperbuat daripada keluli tahan karat dengan gred makanan 304.
11. Primada Pressure Cooker
Jenama pressure cooker terbaik Primada ini berkapasiti 6 liter. Sesuai untuk keluarga yang besar atau untuk masak hidangan yang banyak. Dilengkapi dengan 9 menu yang tersedia. Hanya tekan butang untuk pilih jenis masakan yang diinginkan.
Anda juga boleh menetapkan tempoh waktu masakan. Selain itu, masakan yang telah dimasak boleh keep warm selama 24 jam.
Periuk tekanan tinggi ini juga mudah untuk dibersihkan dengan penutup bahagian atas boleh ditanggal. Primada menyediakan tempoh jaminan selama 2 tahun untuk periuk pressure cooker ini.
Akhir Kata
Sebelum membeli pressure cooker adalah penting untuk anda ketahui ciri-ciri yang dimiliki agar anda tidak tersalah langkah memilihnya.
Semoga dengan perkongsian saya tentang pressure cooker terbaik di atas membantu anda membuat pilihan yang bijak.