doa tenangkan hati

9 Doa Tenangkan Hati dan Perasaan

 Di saat hati gundah gulana, berdoalah kepada Tuhan Yang Esa agar hati tenang. Apa jua permasalahan yang datang, sentiasa berbalik kepada Allah. Hanya kepada Dia kita meminta dan memohon pertolongan. Bagi posting kali ini saya akan kongsikan doa tenangkan hati dan fikiran.

Seperti yang kita semua ketahui, doa merupakan senjata orang Mukmin. Maka, pintalah kepada Allah dengan berdoa untuk tenangkan hati.

Doa Tenangkan Hati

Berikut adalah bacaan doa penenang hati ataupun ayat penenang hati berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Amalkan selalu terutama di saat hati dilanda masalah.

1. Doa Penenang Hati (Hadis Riwayat Tirmidzi)

doa tenangkan hati

Bacaan dalam Bahasa Arab: Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

2. Doa Tenangkan Hati Sahih Bukhari

doa tenangkan hati

Doa dalam Bahasa Arab: Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

3. Doa Ketenangan Hati (Sahih Bukhari)

doa tenangkan hati

Doa dalam Bahasa Arab: Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh.

4. Doa Tenangkan Hati Sahih Ibnu Hibban

doa tenangkan hati

Doa dalam Bahasa Arab: Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

5. Surah untuk Tenangkan Hati (Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)

doa tenangkan hati

Doa dalam Bahasa Arab: Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

6. Doa Penenang Hati Surah Al-Imran Ayat 173

Doa dalam Bahasa Arab: Hasbunallah wanikmal wakil

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami

7. Doa Tenangkan Hati dan Perasaan Surah Taha Ayat 25-28

Doa dalam Bahasa Arab: Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

8. Doa Penenang Hati Surah Al-Baqarah Ayat 250

doa penenang hati

Doa dalam Bahasa Arab: Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin.

Maksudnya: Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.

9. Selawat

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kita diunjurkan untuk berselawat kepada baginda tanda mengingati Rasulullah s.a.w. Banyak kelebihan berselawat dan antaranya adalah dijauhi dari perkara yang menyedihkan atau membimbangkan.

Rasulullah bersabda kepada Ubai bin Ka’ab RA ketika beliau berkata beliau akan jadikan masa berdoanya dengan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, ” Jika demikian terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkan, sama ada perkara dunia mahu pun akhirat dan diampunkan dosamu.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad & At-Tirmizi)

Cara Mengatasi Rasa Gelisah dan Berdebar

Setelah membaca doa tenangkan hati, anda boleh lakukan perkara di bawah untuk hilangkan rasa berdebar.

1. Ambil wuduk

Sebagai seorang Muslim, pergantungan kita kepada Allah s.w.t. Ambil wuduk, basahkan muka dan anggota wuduk. InsyaAllah anda akan berasa tenang selepas mengambil wuduk.

2. Buat teknik pernafasan untuk tenangkan diri

Cuba belajar teknik pernafasan untuk memfokuskan fikiran dan menenangkan badan anda. Ia juga dapat melepaskan energi negatif yang ada dalam diri anda.

3. Minum air sejuk

Anda juga disaran untuk minum air sejuk supaya menyejukkan minda serta melancarkan peredaran darah dalam badan.

4. Bersenam

Anda boleh bersenam untuk mengeluarkan peluh. Tubuh yang aktif mengeluarkan peluh akan mengeluarkan hormon endorfin yang baik untuk ketenangan fikiran.

Akhir Kata

Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pasti ada turun naiknya. Ada kalanya kita dilanda ujian yang membuatkan hati tidak tenang. Apa saja dugaan yang datang, lihat dari sudut yang positif.

Bacalah doa penenang hati dan mohon dengan rasa rendah hati kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan urusan kita.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.