Slow Juicer Terbaik Malaysia 2024
Anda yang suka buat jus minuman, tentunya mencari slow juicer terbaik supaya mudah nak buat jus kegemaran.
Jadi, di sini saya akan kongsikan mesin slow juicer terbaik di Malaysia.
Beza Slow Juicer vs Blender
Bagi anda yang tertanya-tanya apa beza slow juicer dan blender, disini saya terangkan perbezaannya.
Jika anda gunakan blender untuk buah jus minuman, anda perlu potong buah kecil-kecil sebelum masuk ke dalam blender. Selain itu, hampas perlu ditapis sebelum jus boleh diminum.
Berbeza dengan gunakan slow juicer, anda boleh masukkan terus sebiji buah oren atau epal ke dalam mesin slow juicer. Tapi bergantung juga dengan saiz slow juicer yang anda pilih.
Slow juicer akan tapis siap-siap semua hampas dan air yang keluar dari slow juicer boleh terus diminum. Ia menggunakan teknik ‘cold press’ yang mana mengekalkan khasiat buah-buahan dalam jus.
Kiranya jika guna slow juicer bukan saja jimat banyak masa tapi juga dapat khasiat jus minuman yang terbaik untuk anda. Memang sangat berbaloi untuk anda yang selalu buat jus. Terutama yang mengamalkan diet sihat.
7 Slow Juicer Terbaik Malaysia
Tanpa membuang masa, berikut adalah senarai slow juicer terbaik.
1. Kuvings Reliable Ryan B1700
Spesifikasi
- 76mm luas tiub masuk buah/sayur
- Safety lock
- Rekaan comel
- 2 tahun jaminan
Kelebihan
- Senyap
- Boleh masuk buah tanpa perlu potong
- Mudah dibuka untuk cucian
- Jimat ruang untuk penyimpanan
- Mengekalkan tekstur dan khasiat jus buah tanpa perasa tambahan
Kekurangan
- Harga agak mahal
Kuvings antara jenama slow juicer terbaik Malaysia. Berbaloi dengan harga, slow juicer Kuvings menggunakan teknik cold press untuk memastikan anda dapat rasa dan khasiat jus yang sebenar tanpa sebarang bahan perasa.
Slow juicer Kuvings juga mengeluarkan lebih banyak fiber untuk membantu penghadaman. Jus yang dihasilkan dari slow juicer Kuvings dapat bertahan lebih lama berbanding juicer lain.
Reka bentuknya yang kecil tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan. Ia juga tidak mengeluarkan bunyi serta getaran yang kuat semasa beroperasi.
Untuk proses cucian, ia senang dibuka dan dipasang balik. Sangat memudahkan kerja anda!
Tempoh jaminan yang lama sehingga 2 tahun memang melegakan jika ada sebarang kerosakan.
2. Slow juicer Hurom H200
Spesifikasi
- Tempat masuk buah/sayur yang luas
- Jaminan (1 tahun alat ganti/10 tahun motor)
Kelebihan
- Tak perlu potong kecil buah dan sayur
- Senang nak buka dan pasang
- Mudah nak cuci
- Rasa jus sebenar
Kekurangan
- Harga mahal
Jenama slow juicer terbaik dari Korea ini memberikan perbezaan dari segi rekaan. Berbeza dengan mesin slow juicer lain, tempat hampas berada sekali dalam mesin jus. Jadi, tak bimbang hampas meleleh keluar.
Dengan mega hopper, anda boleh masukkan sekaligus buah-buahan yang nak dibuat jus tanpa perlu potong. Senang dan jimat masa anda!
Mesin ini juga mampu menghasilkan jus berkhasiat dengan mengekalkan nutrisi buah-buahan dan sayur-sayuran. Memang sesuai untuk anda yang inginkan minuman yang sihat.
Ia juga direka mudah untuk dibuka dan dipasang supaya senang untuk anda cuci mesin selepas digunakan.
Tempoh jaminan untuk motor slow juicer Hurom sangat panjang sehingga 10 tahun. Ini membuktikan keyakinan Hurom dengan kualiti terbaik mesin mereka.
3. Panasonic MJ-L700KSK
Spesifikasi
- 75mm luas tiub masuk buah
- Saiz mesin yang kecil
- Safety lock
- 1 tahun jaminan
Kelebihan
- Jimat ruang letak mesin
- Tak perlu potong buah
- Mengekalkan nutrisi buah/sayur
- Boleh masukkan sayur atau buah yang kecil semasa mesin sedang berputar
Kekurangan
- Tempoh jaminan agak pendek
Panasonic slow juicer antara jenama slow juicer terbaik dan murah. Antara mesin slow juicer yang boleh didapati dengan harga bawah RM1000.
Selain menghasilkan jus yang berkhasiat, slow juicer Panasonic ini juga senang untuk dicuci.
Semasa mesin tengah berputar, anda boleh menambah buah atau sayuran kecil tanpa perlu buka penutup mesin.
Jika penutup dibuka semasa mesin berputar, mesin akan automatik terhenti atas faktor keselamatan.
Saiznya yang agak comel tidak memerlukan ruang letak yang besar.
4. Slow juicer Philips HR1889/71
Spesifikasi
- 70mm luas tiub masuk buah
- Tempat hampas dalam mesin
- Quick Clean Technology
- 2 tahun jaminan
Kelebihan
- Mudah dibuka dan pasang
- Senang nak cuci
- Tak perlu potong buah
- Mengekalkan rasa dan khasiat jus buah
- Rekaan yang moden
- Hampas tak menitis keluar
Kekurangan
Antara slow juicer murah dengan harga bawah RM500. Sesuai untuk anda yang mementingkan khasiat jus minuman terbaik serta rekaan mesin yang moden.
Tempat hampas berada dalam mesin dapat mengelakkan hampas tertumpah keluar.
Rekaan tiub masuk buah yang agak luas memudahkan anda masuk buah tanpa perlu potong. Jimat masa dan tenaga.
Ia juga direka supaya senang untuk dicuci selepas digunakan.
5. Tefal Slow Juicer ZC420E65
Spesifikasi
- 45mm luas tiub masuk buah
- Panel touch screen
- 4 tetapan program
Kelebihan
- Mudah dicuci
- Mengekalkan khasiat jus
Kekurangan
- Tiub masuk buah agak kecil
Ini pula slow juicer terbaik dan murah dari Tefal. Menampilkan easy clean teknologi, mesin jus buah ini senang untuk dibuka serta menjimatkan masa anda untuk mencuci.
Tampil dengan rekaan berbeza dari pesaing, slow juicer Tefal menampilkan paparan panel touch skrin. Anda boleh memilih dari 4 fungsi tetapan yang disediakan.
Slow juicer Tefal turut menggunakan kaedah cold press supaya jus yang dihasilkan mengekalkan rasa dan nutrisi yang diinginkan tanpa bahan perasa.
Cuma satu kekurangan slow juicer ini, iaitu saiz bukaan tiub masuk buah yang kecil. Kalau anda tak kisah untuk potong buah atau sayur kecil-kecil sebelum masuk ke dalam mesin, maka tiada masalah untuk dapatkan mesin ini.
6. Riino slow juicer SJE006
Spesifikasi
- 1 tahun jaminan
- Lulus SIRIM
- Saiz yang kecil
Kelebihan
- Bunyi tak bising
- Senang cuci
- Kadar nutrisi jus minuman yang maksimum
Kekurangan
- Hampas tidak berapa kering
Riino, slow juicer murah terbaik di pasaran. Sesuai untuk anda yang mempunyai bajet kecil.
Slow juicer jenama tempatan ini bukan saja menghasilkan jus minuman yang berkhasiat tapi juga boleh buat aiskrim atau yogurt.
Mesin slow juicer Riino ini berputar perlahan dan tidak berbunyi bising ketika beroperasi. Namun begitu, hampas dari mesin ini begitu kering. Anda boleh ulang lagi untuk mendapatkan hampas yang betul-betul kering supaya tidak membazir.
7. Birkeshire Slow Juicer SJ-150S-M
Spesifikasi
- Lulus SIRIM
- 1 tahun jaminan
- Safety lock
- Cold press technology
Kelebihan
- Murah
- Mudah pasang
- Senang cuci
- Senyap
- Rasa dan nutrisi jus dikekalkan
Kekurangan
- Perlu ulang perahan banyak kali hingga hampas kering
- Ruang tiub masuk buah yang kecil
Slow juicer murah jenama Birkeshire ini boleh anda dapati pada harga bawah RM200. Menggunakan teknologi cold press untuk menghasilkan jus minuman yang bernutrisi tinggi.
Walaupun harga murah, slow juicer Birkeshire ini beroperasi dengan bunyi yang perlahan supaya tidak mengganggu ketentraman isi rumah anda.
Ia juga direka dengan rekaan yang compact agar tidak memakan ruang letak yang besar.
Untuk dapatkan perahan maksima, anda perlu mengulangi proses perahan beberapa kali sampai hampas betul-betul kering. Buah-buahan seperti epal perlu dipotong kecil sebelum dimasukkan dalam mesin.
Birkeshire slow juicer boleh dikatakan slow juicer murah dan terbaik yang berbaloi dengan harganya.
Kesimpulan
Jika anda inginkan slow juicer terbaik dan jimat masa, tentunya perlu slow juicer yang berharga lebih RM400. Namun begitu, kalau bajet menjadi kekangan, cukup dengan slow juicer berharga bawah RM300. Cuma anda perlu kerja lebih sikit untuk potong buah dan ulang perahan sehingga hampas benar-benar kering bagi dapatkan hasil jus yang maksimum.
Semoga perkongsian ini membantu anda membuat pilihan slow juicer.
Happy shopping!