Doa Masuk Tandas & Doa Keluar Tandas
Sebagai umat Islam sebelum masuk dan keluar tandas kita dianjurkan untuk membaca doa. Doa masuk tandas dan doa keluar tandas pendek saja. Senang untuk dihafal.
Doa ini mampu menghindarkan manusia dari diganggu syaitan. Anda boleh rujuk bacaan di bawah.
Doa Masuk Tandas dan Maksudnya
Doa msk tandas ringkas saja. InsyaAllah mudah dihafal. Berikut adalah doa sebelum masuk tandas.
Doa Masuk Tandas Rumi
Alloohumma Innii A’uu Zubika Minal Khubutsi Wal Khobaaitsi
Maksud Doa Masuk Tandas
Doa Keluar Tandas Rumi dan Jawi
Selepas selesai urusan dalam tandas, keluar dari tandas dan baca doa selepas keluar tandas.
Doa Keluar Tandas Rumi
Ghufra Nakalhamdulillaahil-lazii Az-haba ‘Annil-azaa Wa’aafaanii
Maksud Doa Keluar Tandas
Anda boleh tampal gambar doa msk tandas dan doa keluar tandas ini di pintu bilik air.
Selain baca doa masuk dan keluar tandas, ada beberapa lagi adab masuk tandas dan adab keluar tandas yang wajar diketahui.
Adab Masuk Tandas
Ini adalah adab masuk tandas.
1. Tidak membawa benda yang bertulis nama Allah atau kitab suci Al-Quran
Tandas adalah tempat kotor yang disukai syaitan. Oleh itu dilarang membawa kitab suci Al-Quran ataupun apa saja barang yang mengandungi ayat suci Al-Quran atau nama Allah.
2. Baca doa sebelum masuk tandas
Sebelum melangkah ke dalam bilik air, bacalah doa msk tandas seperti yang dikongsikan di atas. Ini adalah untuk memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam.
Semoga dengan membaca doa kita dijauhi dari diganggu kejahatan syaitan.
3. Memakai penutup kepala
Disunatkan memakai penutup kepala ketika di dalam tandas jika hendak membuang air besar ataupun kecil. Bagi yang perempuan mamakai tudung atau skaf.
Yang lelaki boleh memakai kopiah atau songkok.
4. Memakai selipar
Memandangkan tandas tempat yang kotor dengan najis. Seeloknya memakai selipar ketika berada dalam tandas. Ia untuk memastikan kaki bersih dari sebarang najis.
Jika tidak pakai selipar, kaki mungkin terpijak najis dan tanpa sedar boleh membawa najis ke dalam rumah.
5. Masuk tandas dengan kaki kiri
Untuk memasuki tandas, sunat untuk mendahulukan dengan kaki kiri.
Adab Ketika Di Dalam Tandas
1. Tidak membazir air
Berjimat cermat menggunakan air sewaktu buang air besar ataupun kecil. Ini kerana membazir adalah amalan syaitan.
2. Menggunakan tangan kiri untuk beristinjak
Istinjak adalah menyucikan diri selepas membuang air besar atau kecil. Hendaklah menggunakan tangan kiri ketika mencuci kemaluan dari najis.
Makruh jika gunakan tangan kanan melainkan dalam keadaan terpaksa.
3. Tidak bercakap di dalam tandas
Elakkan bercakap atau berborak semasa berada di dalam tandas. Ia adalah tempat yang kotor yang tidak sepatutnya berada lama di dalamnya.
Adab Keluar Tandas
Bukan saja ada adab masuk tandas dan adab semasa dalam tandas, nak keluar tandas juga ada adabnya.
1. Dahulukan dengan kaki kanan
Apabila keluar dari tandas mendahulukan kaki kanan. Ia sepertimana yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w. yang memulakan dengan anggota badan di bahagian kanan bila melakukan perkara yang baik.
2. Membaca doa keluar tandas
Selepas keluar dari tandas, baca doa keluar tandas seperti yang dinyatakan di atas.