5 Treadmill Murah dan Berkualiti (Terbaik Malaysia 2024)

Atas faktor masa dan kekangan kerja anda mungkin tak berkesempatan untuk ke gym. Jadi, cara lain untuk kekal fit adalah dengan menyediakan treadmill di rumah. Nak beli yang mahal mungkin jadi kekangan dari segi bajet. Tapi, anda jangan risau, ada pelbagai jenis treadmill murah dan berkualiti yang terdapat di pasaran.

Mana Nak Beli Treadmill?

Anda boleh beli treadmill online. Pilih, bayar dan tunggu barang sampai ke rumah. Tempat beli treadmill paling mudah adalah di Lazada dan juga Shopee.

Yang bestnya anda boleh beli treadmill secara ansuran dengan menggunakan kad kredit seperti Maybank dan juga Public Bank. Zero interest pulak tu. Anda boleh pilih untuk buat ansuran selama 6/12/18 bulan.

Dah ada treamill di rumah nanti tiada lagi alasan tak sempat untuk exercise. Anda boleh lakukan senaman pada bila-bila masa yang anda suka.

Tips Beli Treadmill

Suka untuk saya kongsikan beberapa tips untuk dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan membeli treadmill.

1. Ruang letak treadmill

Treadmill akan mengambil sedikit ruang di rumah anda. Jadi, sebelum anda beli, anda perlu tahu di mana tempat yang sesuai untuk letakkan treadmill ini nanti.

Jika ruang rumah anda terhad, lebih praktikal untuk beli treadmill yang boleh lipat setelah dipakai. Ia akan lebih menjimatkan ruang.

Letakkan treadmill di kawasan yang tidak mengganggu perjalanan anda dan isi rumah. Bimbang nanti dah beli tak tahu pula nak letak dekat mana. Jadi, pastikan ada ruang kosong di rumah anda!

2. Bajet

Walaupun anda mencari treadmill murah, saya tidak sarankan anda beli treadmill yang terlalu murah (bawah RM500) kerana bimbang ia tidak tahan lama. Tetapkan bajet yang sesuai untuk dapat treadmill yang berkualiti, tahan lasak dan boleh bertahan lama.

Jika anda beli treadmill yang terlalu murah, anda perlu siap sedia bajet untuk membaiki treadmill bila rosak.

3. Motor Horsepower

Horsepower yang tinggi sesuai untuk anda yang selalu menggunakan treadmill. Ini kerana, horsepower yang tinggi akan memberikan kesan yang lebih baik kepada aktiviti senaman anda.

Berat badan yang lebih akan memerlukan treadmill dengan horsepower yang lebih tinggil.

4. Tempoh waranti

Pilih jenama treadmill yang memberikan tempoh jaminan yang panjang terutama untuk motor dan bingkai. Ini akan memudahkan anda jika berlaku kerosakan motor kelak.

5. Jenama treadmill

Terdapat pelbagai jenama treadmill di pasaran. Jenama treadmill terbaik tentunya menjanjikan kualiti serta servis yang terbaik. Namun, harga juga boleh tahan mahal.

Jika anda boleh berkompromi dari segi kualiti, tiada masalah untuk dapatkan treadmill murah dengan jenama yang tidak dikenali.

6. Ukuran treadmill

Seeloknya cari treadmill dengan lebar 40 cm dan panjang 115 cm supaya anda boleh berlari atau berjalan dengan selesa di atas treadmill.

7. Program treadmill

Lihat juga adakah treadmill memiliki program berkomputer yang menunjukkan kadar denyutan jantung, kalori, masa dan lain-lain. Lebih mudah untuk anda memantau aktiviti senaman dan jumlah kalori yang dibakar jika treadmill ada sistem berkomputer.

Treadmill Murah dan Berkualiti

Berikut merupakan senarai treadmill murah yang berbaloi untuk anda miliki. Treadmill yang dicadangkan di bawah berharga bawah RM2500. Terpulang untuk anda buat pilihan berdasarkan bajet yang anda tetapkan.

1. ADSports AD509 (3.0HP)


Spesifikasi

  • 50 cm lebar platform larian
  • 3.0 horsepower motor
  • Perubahan level secara manual
  • 12 program senaman
  • Kunci keselamatan
  • Pemegang treadmill ada sensor kadar denyutan jantung
  • 2 tahun jaminan
  • Boleh menampung berat sehingga 100kg

Kelebihan

  • Boleh dilipat
  • Banyak program senaman
  • Boleh gunakan USB MP3
  • Paparan panel dalam Bahasa Inggeris
  • Senang pasang

Kekurangan

  • Tiada roda. Agak sukar untuk alih

Ini adalah antara treadmill murah dan berkualiti. Dengan harga bawah RM1000 anda boleh dapatkan treadmill 3.0 HP.

Paparan panel dalam Bahasa Inggeris memudahkan anda untuk memahami tetapan treadmill serta memantau nilai kalori yang terbakar.

Walaupun treadmill murah, kualiti treadmill ini hampir setanding dengan treadmill mahal di pasaran.

Bunyi pun tak kuat. Tak ganggu orang di rumah ketika anda melakukan senaman.

Jika anda risau treadmill mengambil ruang yang besar di rumah, jenama treadmill AdSports ini boleh dilipat selepas digunakan. Jadi, ianya menjimatkan ruang.

Dengan 2 tahun jaminan sekiranya terdapat kerosakan akibat pembuatan, anda boleh mendapatkan treadmill ini tanpa rasa was-was.

Nak pasang pun senang, jadi tiada masalah nak beli secara online.

2. Treadmill 2.0 HP


Spesifikasi

  • 40 cm lebar running belt
  • 2.0 horsepower motor
  • 12 program sedia ada
  • Paparan LCD
  • 100 kg maximum berat yang boleh ditampung

Kelebihan

  • Treadmill pelbagai fungsi
  • Senang untuk disimpan (boleh lipat)
  • Bunyi tak kuat
  • Kelajuan boleh diubah
  • Tempat larian yang agak lebar

Kekurangan

  • Tiada roda. Agak leceh untuk alih

Untuk yang mencari treadmill murah dan tak kisah dengan horsepower yang rendah, ini adalah treadmill terbaik buat kegunaan di rumah. Dengan harga di bawah RM800, ini adalah antara treadmill mampu milik bagi anda yang mempunyai berat bawah 100kg.

Walaupun harganya agak murah, ia mempunyai pelbagai fungsi senaman serta paparan LCD untuk memudahkan anda memantau aktiviti di treadmill.

Dengan penggunaan treadmill yang konsisten anda pasti mampu mengurangkan berat badan.

Bunyi yang agak perlahan membolehkan anda melakukan senaman pada bila-bila masa di rumah tanpa mengganggu penghuni lain yang sedang tidur.

3. TR500 Vigor Fitness


Spesifikasi

  • 40 cm lebar running belt
  • 3.5 horsepower motor
  • Perubahan level secara manual
  • Tampung berat sehingga 110kg
  • Sensor denyutan nadi
  • 12 program sedia ada
  • Skrin LCD
  • 1 tahun jaminan

Kelebihan

  • Mudah untuk alih kerana ada roda
  • Boleh dilipat
  • Ada speaker. Boleh dengar lagu sambil exercise
  • Bunyi tak kuat
  • Tali larian jenis tak licin

Kekurangan

  • Bunyi speaker perlahan

Bagi anda yang mahu treadmill murah dengan horsepower yang tinggi, jenama treadmill Vigor Fitness adalah pilihan terbaik. Walaupun treadmill murah, Vigor Fitness tidak berkompromi dari segi kualiti.

Selain menjimatkan ruang kerana boleh dilipat untuk disimpan, anda juga boleh alihkan treadmill dengan mudah. Ini kerana ia memiliki roda.

Treadmill dengan paparan LCD siap sedia 12 program senaman untuk pilihan anda.

Jika bosan ketika berlari, anda boleh sambungkan treadmill dengan handphone. Mainkan saja lagu kegemaran anda di treadmill.

Running belt jenis yang tak licin membuatkan anda boleh berlari dengan selesa.

Horsepower yang tinggi membolehkan anda memecut sehingga 12km sejam.

4. Kemilng M7 Multi Function Treadmill

treadmill murah

Spesifikasi

  • 42cm lebar running belt
  • 3.0 horsepower
  • Boleh tampung berat 150kg
  • 2 tahun jaminan (motor saja)
  • Skrin digital
  • Paparan skrin: time, distance, speed
  • Manual adjustable speed

Kelebihan

  • Boleh mainkan lagu dari phone dengan speaker
  • Tak makan ruang letak yang besar
  • Running belt yang luas
  • Pelbagai fungsi termasuk urutan perut dan dumbbell

Kekurangan

  • Bunyi agak bising pada running belt

Memiliki berat melebihi 100kg agak sukar untuk cari treadmill yang sesuai. Namun, dengan treadmill murah jenama Kemilng M7 ia mampu menampung berat sehingga 150kg.

Ia juga mempunyai sensor untuk mengukur denyutan nadi di pemegang treadmill.

Dengan luas running belt 42cm, anda boleh berjalan ataupun berlari dengan selesa tanpa bimbang terkeluar dari platform.

Paparan LCD yang simple tidak mengganggu fokus anda untuk berlari.

Treadmill boleh lipat ini memudahkan anda melakukan aktiviti senaman tanpa perlu keluar rumah.

5. Johnson Fitness Horizon T101

treadmill murah

Spesifikasi

  • 2.5 horsepower
  • 50cm running area
  • 124kg max load
  • 35 program sedia ada
  • Paparan LED
  • Manual incline
  • 2 tahun general warranty / 10 tahun warranty motor

Kelebihan

  • Boleh lipat
  • Ada bluetooth speaker
  • Bunyi motor yang perlahan
  • Program sedia ada yang banyak
  • Tak goyang masa lari

Kekurangan

  • Agak berat.

Buat anda yang nak rasa seperti bersenam di gym, jenama treadmill Johnson T101 adalah yang terbaik. Bukan saja platform larian yang luas, tapi juga stabil ketika berlari.

Treadmill ini juga menyediakan 35 program sedia ada. Antara program terbanyak berbanding treadmill lain.

Tempoh jaminan motor sehingga 10 tahun membuktikan keyakinan pengeluar dengan treadmill ini.

Sambil berlari anda boleh dengar lagu yang terpasang dari bluetooth speaker. Tidaklah bosan ketika bersenam.

Ia juga ada tempat untuk letak tablet. Boleh anda menonton rancangan kegemaran sambil jogging atau berlari.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, memiliki treadmill berkualiti ini memang berbaloi walaupun harga melebihi RM2000.

Kesimpulan – Treadmill Murah dan Berkualiti

Memiliki treadmill di rumah bukan saja membantu anda memiliki badan yang sihat, tapi juga memudahkan anda melakukan aktiviti kecergasan pada bila-bila masa.

Semoga anda terus istiqamah dalam menjalani gaya hidup yang sihat!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.