13 Tanda Lelaki Suka Kita Dalam Diam
Sepanjang hidup korang, pernah ter’crush’ dekat sapa-sapa tak? Dan dalam banyak-banyak tanda lelaki suka kita, yang mana satu korang rasa paling tepat dan boleh dipercayai? Kalau nak ikutkan tanda-tanda lelaki sukakan kita, ada banyak sebenarnya.
Tanda-tanda itu pulak, korang perlu tahu ye ada perbezaan-perbezaannya! Perbezaan yang macam mana tu?
Sebenarnya, ada lelaki yang tunjukkan tanda sukakan kita bukan disebabkan rasa cinta tau, tetapi lebih kepada tanda sayangkan sahabat atau rakan yang paling akrab dengan mereka. Jadi, perlu perhati betul-betul, jangan pula tersalah sangka! Merana jiwa nanti.
Dan kalau korang nak tahu apakah tanda lelaki suka kita dalam diam dan dalam masa yang sama wujudnya perasaan cinta, korang boleh lihat tanda-tanda yang telah saya kongsikan di bawah ini!
Tanda Lelaki Suka Kita
Semua tanda-tanda ini menunjukkan bahawa lelaki itu bukan sahaja sukakan kita tetapi sudah pun menaruh hati dengan kita. Jom lihat!
1. Pandang Jauh
Kebiasaannya, tanda paling ketara yang korang boleh lihat adalah pandangan si dia. Tambah-tambah lagi kalau korang tak pernah kenal pun antara satu sama lain. Dari jauh, setiap tingkah laku korang akan diperhatikan. Inilah tanda lelaki suka kita melalui pandangan.
Menariknya, setiap kali korang membalas pandangan tersebut, si dia cepat-cepat alihkan pandangannya.
Sama juga kalau saling kenal mengenal, sewaktu berdepan si dia akan menatap wajah anda sepenuh hati tetapi tika anda memandangnya, si dia pasti akan cepat-cepat mengalihkan pandangan.
Dekat sini korang sudah boleh rasa sedikit kelainanlah! Mesti dapat rasa tanda lelaki suka kita dari jauh.
2. Cuba Untuk Menegur
Bermula dari pandang-memandang, langkah yang seterusnya adalah dengan menyapa. Kalau korang berada sekumpulan dengan rakan wanita lain, si dia akan menyapa anda dengan mengajukan beberapa soalan yang di mana korang akan rasa setiap soalan tu “Eh, asal tak tanya si Enon je, dorang kan kawan!” atau “Bukan bidang aku ni, bidang si Enon lah, asal mamat ni tanya aku pulak?”.
Atau ketika anda berseorangan, secara tiba-tiba si dia yang tidak anda kenali datang menyapa! Kebiasaannya soalan yang diajukan adalah soalan simple atau basic saja dan hanya satu atau dua soalan sahaja yang akan ditanya.
Manakala kalau korang berdua adalah kawan, si dia pula akan sering bertanya bermacam jenis soalan dan soalan yang paling kerap ditanya adalah apakah aktiviti harian korang pada hari tersebut. Menariknya lagi, si dia akan terus ingat apakah aktiviti yang korang selalu buat!
3. Mendekatkan Diri
Setelah berjaya bercakap dengan korang, langkah yang seterusnya adalah mendekatkan diri. Korang boleh lihat, percakapan anda berdua buat pertama kali akan mengatur pertemuan dan perbicaraan buat kali yang seterusnya.
Si dia akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk berada dekat dengan anda bukan sahaja disebabkan rasa rindu tetapi lebih kepada memastikan anda sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
Kalau ketika bekerja, mungkin dengan cara meminjam pen atau hendak fotostat kertas. Kalau di luar, mungkin kalian berdua akan bertemu di kedai yang sama atau melakukan apa-apa aktiviti di tempat yang sama.
Tapi yang pastinya, dalam seminggu ada sahaja si dia di mana anda berada walaupun tanpa apa bicara tetapi masih lagi kekal dengan senyumannya yang manis!
4. Mengambil Berat
Walaupun tidak rapat, si dia kerap bertanya khabar dan mengambil berat. Malah, setiap soalan yang diajukan akan disertakan dengan suara yang bergetar serta gerak geri yang lembut dengan pandangan mata yang redup.
Korang boleh lihat segala rasa kerisauan dan keikhlasan akan jelas terpancar dari pandangan matanya. Si dia mungkin belum berani meluahkan perasaan, tapi mengambil berat merupakan tanda lelaki suka kita tapi malu.
5. Kerap Buat Panggilan
Dari seorang yang asing, mula berkawan dan akhirnya akan saling berhubung tanpa ada sebarang batas waktu. Antara tanda-tanda jelas si dia sukakan anda adalah dengan membuat panggilan akhir sebelum dirinya tidur walaupun hanya sekadar untuk berbual kosong.
Itu menunjukkan bahawa anda sudah pun menjadi salah seorang, iaitu orang yang terpenting dalam hidupnya! Selain buat panggilan, si dia juga selalu whatsapp. Ini tanda lelaki suka kita melalui whatsapp. Ada saja yang ditanya. Kadang tu kita rasa macam soalan tak penting tapi ada je yang dia nak mesej.
6. Mengetahui Perubahan Mood Anda
Anda tidak perlu bercerita mengenai apa pun, si dia sudah tahu apakah perasaan anda pada hari tersebut. Sama ada anda sedang bersedih, gembira atau dalam keadaan yang sangat tertekan. Anda boleh lihat dengan jelas bagaimana cara si dia melayan anda, pasti akan berbeza tingkahnya mengikut mood anda yang nyata berbeza!
Paling best, layanan si dia walaupun mungkin sedikit kasar disebabkan title anda berdua yang tidak jelas tetapi masih ada kelembutan yang hanya anda sendiri boleh melihat dan merasainya!
7. Sikap Keterbukaan
Sikap keterbukaannya semakin menyerlah contoh sewaktu menjawab panggilan. Si dia akan terus menjawabnya di hadapan anda atau si dia akan memberitahu siapakah yang telah menelefonnya. Malah, anda juga akan diperkenalkan terus kepada rakan-rakan serta ahli keluarganya.
Kebanyakan perkara akan diberitahu terus kepada anda tanpa ada sebarang rahsia yang tersembunyi. Bahkan, dengan caranya itu membuatkan kepercayaan anda semakin tinggi terhadapnya tanpa wujud sebarang rasa yang tidak baik.
Apa yang pasti, jika hanya sekadar seorang kawan perlu ke anda dimaklum mengenai semua perkara?
8. Selalu Belikan Sesuatu
Ke mana sahaja si dia pergi, pasti akan membawa pulang sesuatu buat anda dan yang paling ketara adalah makanan! Ya, si dia akan buat anda tersenyum gembira dengan makanan yang dibawa tambah-tambah lagi jika ia berupa makanan kegemaran anda!
Kalau sebulan sekali belikan makanan, mungkin hanya kawan, tetapi kalau setiap hari? Pasti ada sesuatu! Selain itu, dia juga suka berikan anda hadiah. Apa saja hadiah sebagai kejutan yang buatkan hari anda bertambah ceria.
9. Diberi Keutamaan
Jika dalam apa-apa keadaan, anda orang pertama yang akan diberi perhatian dan keutamaan.
Sebagai contoh, jika ada jamuan di pejabat atau mana-mana majlis si dia pasti akan kerap bertanya jika anda memerlukan sebarang bantuan atau terus memberi pertolongan kepada anda walau tanpa dipinta!
10. Tidak Memuji Wanita Lain
Jika rakan-rakan lelaki lain akan memuji wanita cantik di hadapan anda, si dia pula hanya tersenyum dan langsung tidak menyahut atau mengiyakan rakan-rakan yang lain.
Malah, hal tersebut langsung tidak menarik minat si dia bahkan tumpuannya akan lebih tertumpu kepada diri anda, itu tandanya yang si dia sedang menjaga hati anda dari terluka!
11. Pandangan Orang Sekeliling
Kadang-kadang kita tak perasan pun yang si dia sebenarnya dah sukakan kita melainkan orang sekeliling katakannya kepada kita. Paling menarik dan tepat sekali kalau si dia yang mendengarnya hanya tersenyum manis dan langsung tak nafikan hal tersebut!
Tambah-tambah lagi kalau rakan-rakannya yang memberitahu anda hal tersebut, memang si dia benar-benar menyukai anda. Apa yang perlu anda tahu, susah bagi seorang lelaki ini untuk cakap yang dia sukakan seseorang melainkan dia sudah benar-benar ‘tangkap cintan’ dengan anda!
12. Cemburu
Cemburu! Siapa yang tak cemburu kan bila insan yang kita sayang dan cintai memandang yang lain dan teruja bercerita mengenainya!
Boleh lihat dengan jelas wajah si dia menahan rasa cemburu tatkala anda memuji kekacakan lelaki lain dan berharap untuk memilikinya. Si dia pasti akan terdiam dengan wajah yang sedih mendengar anda berceloteh mengenai jejaka lain.
13. Mengambil Berat Tentang Ahli Keluarga
Paling penting, dalam banyak-banyak tanda, tanda utama adalah si dia sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan bukan sahaja anda seorang tetapi turut melibatkan ahli keluarga anda!
Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui tingkah lakunya. Si dia akan berusaha untuk turut serta dalam setiap sesuatu yang melibatkan keluarga anda terutama ketika ada di antara ahli keluarga yang sedang sakit.
Bukan itu sahaja, ia juga turut disertakan dengan kudrat serta wang ringgit tanpa ada pertanyaan sama ada anda memerlukannya atau tidak!
Penutup Kata
Lengkap sudah 13 tanda lelaki suka kita yang telah dijelaskan di atas. Berapa banyak tanda-tanda yang anda lihat dan baca sebentar tadi ada pada seseorang? Kalau semua tanda-tanda yang saya jelaskan itu ada, mesti anda seronok kan?
Saya doakan semoga sinar cinta itu mula menguasai diri anda dan anda berdua kekal berbahagia hingga ke jinjang pelamin dan jannah Allah S.W.T.
Semoga dengan segala perkongsian di atas, membawa beribu makna dalam hubungan yang akan terbina kelak.