10 Serum Terbaik di Watson (2023)
Apabila anda memikirkan tentang penjagaan kulit, perkara pertama yang terlintas di fikiran mungkin ialah pencuci muka, pelembap dan pelindung matahari. Tetapi bagaimana dengan serum muka? Serum sering diabaikan tetapi ia antara yang penting dalam rutin penjagaan kulit yang baik. Untuk posting kali ini, saya akan kongsikan serum terbaik untuk kulit muka anda.
Apakah Itu Serum Muka?
Bagi anda yang tak pernah guna serum, jom kita kenali apa itu serum muka. Serum adalah sejenis produk penjagaan kulit yang direka untuk melindungi kulit daripada matahari dan faktor persekitaran yang lain. Serum biasanya produk berasaskan minyak yang disapu pada kulit dalam lapisan nipis sebelum tidur.
Kebaikan Serum Muka?
Kelebihan serum wajah adalah ia boleh membantu untuk meminimumkan kedutan dan garis-garis halus. Ia boleh membantu memperbaiki tekstur dan tona kulit.
Selain itu, serum boleh membantu untuk meningkatkan pengeluaran kolagen, yang boleh menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda dan lebih anjal. Penggunaan serum muka boleh membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
Cara Pemakaian Serum Wajah
Untuk memanfaatkan serum anda sepenuhnya, ikuti cara pemakaian serum ini:
- Mulakan dengan membersihkan dan melembapkan kulit anda. Serum berfungsi paling baik apabila digunakan pada kulit yang bersih, jadi pastikan anda mencuci muka anda sebelum menggunakannya.
- Pilih serum yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit berminyak, cari serum yang bebas minyak; jika anda mempunyai kulit kering, pilih serum penghidratan.
- Sapukan serum ke muka dan leher anda dengan gerakan membulat lembut. Pastikan untuk mengelakkan mata dan bibir.
- Biarkan serum meresap selama beberapa minit sebelum memakai solekan atau pelindung matahari.
Jenis-Jenis Serum Muka
Terdapat banyak jenis serum muka di pasaran. Berikut adalah jenis serum yang terdapat di pasaran. Anda boleh mencuba serum yang bersesuaian dengan masalah kulit anda.
- Serum untuk anti penuaan. Nak nampak muda remaja sentiasa, cuba serum anti penuaan.
- Serum bagi kulit berjerawat dan sensitif.
- Nak kulit cerah? Pakai serum yang mencerahkan muka.
- Kulit selalu kering? Guna serum yang melembapkan kulit.
Bila Waktu Untuk Pakai Serum?
Serum adalah produk penjagaan kulit yang disapu pada muka dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh digunakan sebagai pelembap atau sebagai sebahagian daripada rejimen rawatan untuk jerawat, rosacea atau keadaan kulit yang lain.
Serum perlu disapu pada muka selepas membersihkan muka dengan pencuci muka dan sebelum menggunakan produk lain, seperti pelembap atau sunblock.
Serum Muka Terbaik Di Malaysia 2022
Berikut adalah senarai serum terbaik. Dan anda boleh dapatkan serum terbaik di Watsons.
1. L’Oreal Revitalift Crystal Micro Essence (65ml)
Serum terbaik jenama L’Oreal Revitalift Crystal Micro Essence ialah sejenis serum yang menggunakan teknologi revitalift kristal. Ia dapat membantu melembapkan dan meningkatkan kesegaran kulit.
Serum muka yang bagus ini juga dapat membantu untuk mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah.
Serum kulit LOreal adalah pilihan yang tepat jika anda sedang mencari serum muka terbaik. Jika anda konsisten menggunakan serum ini, kulit anda akan kelihatan lebih sihat, licin, anjal, lembut, kelihatan lebih muda, dan berseri.
2. NUTOX Youth Restoring Advanced Serum Concentrate (30ml)
Serum NUTOX Youth Restoring Advanced Concentrate ialah serum konsentrat yang diperkaya dengan Bird Nest dan actigenic. Ia berfungsi untuk mempercepatkan pengeluaran kolagen dan elastin.
Serum Nutox ini adalah serum terbaik untuk kulit sensitif. Ia dapat membantu mencerahkan, menyamarkan garis halus dan kedutan serta meningkatkan keseluruhan tekstur kulit.
Serum muka jenama antarabangsa ini sering menjadi pilihan wanita berumur 30 tahun ke atas. Walaupun harganya agak mahal berbanding serum lain, namun hasilnya terbukti mampu memberikan kepuasan pada si pemakai.
3. SOMEBYMI AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum (50ml)
SOMEBYMI AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum ialah serum terbaik untuk jerawat. Dengan penyelesaian 3-in-1 yang mengandungi AHA, BHA dan PHA yang berkesan untuk membersihkan kulit dari sel kulit mati dan kotoran, mengecilkan pori-pori, dan menjadikan kulit lebih halus dan lembut.
Ia juga berfungsi untuk merawat jerawat dan parut jerawat. Anda akan mendapatkan kulit yang sihat dan cantik dalam masa 30 hari sahaja!
Apa yang lagi menarik, serum Somebymi bukan saja boleh digunakan pada kulit wajah, tapi juga pada badan.
4. Serum Wardah C-Defense dengan Vitamin C (17ml)
Jenama Wardah yang berasal dari Indonesia ini antara serum terbaik Watson. Serum ini mengandungi Vitamin C, Aloe Vera dan Biosaccharide. Serum muka yang kaya dengan antioksidan ini mampu membuatkan kulit wajah anda kelihatan muda dan berseri.
Ia juga mudah menyerap ke lapisan kulit untuk memastikan kulit anda anjal, lembut dan bebas dari jerawat.
5. Eucerin Pro Acne Super Serum (30ml)
Bagi yang mencari serum terbaik untuk jerawat, Eucerin Pro Acne antara serum terbaik untuk parut jerawat. Ia juga adalah serum terbaik untuk mengecilkan pori. Mengandungi 100% asid natural.
Sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitive. Serum Eucerin berkesan menghilangkan kesan parut jerawat dan menjadikan kulit wajah anda lembut, bersih dan berseri.
6. Serum Muka Bio-Essence 24k Bio-Gold Rose Gold Water (30ml)
Anda tentunya tidak mahukan kulit wajah yang kusam dan tak bermaya. Dengan serum Bio-Essence 24k Bio-Gold, kulit muka ada menjadi berseri, anjal dan nampak lebih menawan.
Jika anda memakai serum Bio-Essence ini dengan konsisten, ia mampu melambatkan penuaan pada kulit wajah. Hasilnya muka anda kelihatan muda sentiasa walaupun telah berumur.
Ia juga antara serum terbaik untuk mengecilkan liang pori serta melembabkan kulit dengan kandungan ekstrak rose Jepun.
7. Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Concentrate (70ml)
Serum Hada Labo HA Supreme Cera adalah serum terbaik untuk kulit kusam atau kering. Ia mengandungi asid hyaluronic untuk memastikan wajah anda sentiasa lembap.
Penyerapan yang mendalam ke dalam kulit wajah membuatkan muka anda sentiasa terasa lembut dan tidak kering.
8. Naruko Tea Tree Blemish Clear Brightening Serum (30ml)
Serum terbaik di Malaysia seterusnya ialah jenama Naruko. Ia sesuai untuk kulit berminyak. Mengandungi Australian tea tree oil dan Manuka Oil untuk mengawal kandungan minyak dalam kulit muka.
Serum Naruko juga mampu mengecilkan pori wajah serta mengurangkan masalah jerawat. Kulit muka jadi bersih, cerah dan berseri dengan mengamalkan serum Naruko.
9. Serum Muka Clinelle Purifying (20ml)
Serum Clinella fokus untuk menghilangkan cela pada wajah dengan membuang sel-sel kulit mati, bitnik hitam, jerawat dan jeragat. Ia juga menutupi liang pori.
Serum ini tidak berminyak mampu membuatkan kulit muka kekal lembap dan sentiasa kelihatan bermaya. Untuk anda yang menghadapi masalah kulit muka, ini adalah serum terbaik untuk gunakan.
10. Garnier Sakura White Serum (30ml)
Serum Garnier Sakura White kaya dengan Sakura Jepun yang terkenal dengan fungsinya mencerah, melembutkan dan melembabkan kulit. Ia juga mampu menyerap ke kulit dengan lebih cepat.
Anda akan nampak hasilnya selepas 7 hari. Kulit kelihatan berseri, bersih dan kemerahan.
Akhir Kata
Kini, anda dah tahu serum terbaik di Malaysia. Anda boleh pilih serum mengikut kulit muka dan masalah yang anda hadapi.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, serum merupakan produk penjagaan muka yang penting untuk menjadikan wajah anda bersih, muda, cerah dan berseri.
Apa salahnya melabur sikit untuk serum terbaik bagi mendapatkan kulit wajah yang anda idamkan. Pastinya berbaloi!