Jenama Oven Yang Paling Bagus – Terbaik Malaysia 2023
Anda tercari-cari jenama oven yang paling bagus? Nak buat kek, roti, panggang ayam. Tapi, apa jenama oven terbaik di Malaysia. Yang berkualiti, tahan lama dan harga berpatutan.
Untuk itu, dalam artikel ini saya akan kongsikan jenama oven terbaik supaya mudah untuk anda buat pilihan.
Beza microwave dan oven
Mungkin ada yang keliru antara microwave dan oven. Jadi saya terangkan secara ringkas apa beza microwave dan oven dari segi fungsinya atau kegunaannya.
Kegunaan microwave atau ketuhar gelombang mikro adalah untuk memanaskan atau nyah beku makanan. Senang untuk panaskan lauk yang dah siap masak.
Jika gunakan microwave anda tak perlu nak panas lauk guna periuk atau kuali. Cukup dengan guna bekas yang boleh masuk dalam microwave.
Fungsi oven atau ketuhar pula berfungsi untuk membakar atau memanggang. Contohnya nak panggang ayam atau bakar kek.
Jenis Oven
Terdapat 3 jenis oven di pasaran:-
1. Built-in Oven
Oven jenis ini sesuai untuk semua jenis pembakaran. Jadi, nak buat roti, biskut, kek..memang boleh pakai ketuhar ini. Cuma, anda perlu memusingkan loyang jika bakar biskut guna oven ini supaya biskut dapat pemanasan yang sekata.
Jika nak bakar kek pula, seeloknya guna 1 tingkat sahaja supaya kek anda masak dengan elok.
2. Oven with Fan
Ini pula, oven yang menggunakan kipas dalamnya untuk membakar kek, biskut dan roti. Kipas ini mampu memastikan udara panas sampai ke seluruh bahan masakan. Jadi, tiada masalah untuk gunakan 2 atau 3 tingkat sekaligus.
3. Microwave Oven
Fungsi Microwave Oven adalah 2 dalam 1. Ia boleh digunakan sebagai microwave dan juga oven. Sesuai untuk anda yang inginkan penjimatan ruang letak. Namun begitu, oven ini tidak sesuai untuk masak kek yang besar kerana bahagian tengah kek akan jadi kurang masak.
Bagi anda yang masak kek saiz kecil boleh menggunakan ketuhar jenis ini.
Jenama Oven Yang Paling Bagus
Berikut merupakan jenama oven terbaik di Malaysia.
1. Khind 40L Electric Oven OT4030
Ini adalah jenama oven buatan Malaysia yang mendapat pengiktirafan SIRIM. Dengan kapasiti 40 liter, sesuai untuk baking buat keluarga di rumah.
Oven Khind ini memiliki kipas supaya makanan boleh masak sekata. Mempunyai lampu di dalam oven, mudah untuk anda lihat masakan sudah masak ataupun belum.
Terdapat 4 rak boleh diletakkan sekaligus dalam oven ini.
Tempoh jaminan 2 tahun yang agak panjang, jadi anda tak perlu risau jika berlaku kerosakan dalam tempoh ini.
Kelebihan
- Ada lampu dalam oven
- Siap kipas
- Diiktiraf SIRIM
- Jaminan panjang (2 tahun)
Kekurangan
- Tiada
2. Pensonic 38L Electric Oven PEO-3804
Oven Pensonic jenis stainless steel ini, tahan lasak dan juga karat. Walaupun saiz yang boleh tahan besar, oven ini hanya menggunakan 1500w tenaga elektrik.
Dengan jaminan selama 1 tahun, anda membeli tanpa was-was. Selain itu, oven ini turut mendapat pengiktirafan SIRIM
Kelebihan
- Diiktiraf SIRIM
- Ada lampu dalam oven
- Tahan karat
- Ada banyak pilihan tetapan suhu oven
Kekurangan
- Tiada
3. MORGAN 21L ELECTRIC OVEN
Jenama oven Morgan ini siap loceng dengan timer selama 60 minit. Bila dah cukup masa 60 minit, loceng berbunyi berbunyi. Jadi anda akan alert bila masakan dah siap.
Ia turut dilengkapi dengan penunjuk cahaya ketika oven sedang berfungsi.
Anda boleh membuat pilihan untuk menggunakan pemanasan atas atau bawah atau kedua-duanya sekali.
Oven bersaiz comel dengan kapasiti 21 liter ini sesuai untuk anda gunakan buat biskut, kek atau bakar yang simple. Namun begitu, kurang sesuai untuk buat ayam golek.
Morgan menyediakan tempoh jaminan selama 1 tahun untuk oven ini.
Kelebihan
- Ada loceng
- Mudah digunakan
Kekurangan
- Tiada lampu dalam oven
4. KONKA 13L Oven
Buat peminat pink, oven yang comel dengan kapasiti 13 liter ini adalah untuk anda.
Walaupun sangat comel, oven ini mampu berfungsi dengan baik sama seperti oven yang lain. Ia mampu masak makanan dengan sekata menggunakan pemanasan atas dan bawah.
Suhu maksima oven boleh mencapai 230° celcius. Penunjuk cahaya akan menyala ketika oven digunakan.
Bahagian bawah oven mempunyai ruang supaya udara panas tidak terperap ketika oven sedang digunakan.
Konka menawarkan 12 bulan jaminan untuk oven ini.
Kelebihan
- Warna menarik
- Tempat pemegang kalis panas
- Mudah dibersihkan
- Tahan karat
- Tidak memerlukan ruang letak yang luas
Kekurangan
- Tidak diiktiraf SIRIM
5. Innofood 100L Electric Oven KT-CL100R
Untuk anda yang mencari oven berkapasiti besar, Innofood merupakan jenama oven terbaik untuk anda. Dengan kapasiti 100 liter, ia adalah pilihan terbaik untuk para baker. Sangat sesuai untuk mereka yang buat bisnes baking.
Innofood memberikan jaminan selama 1 tahun untuk oven ini. Oven siap dengan kipas ini memastikan makanan dapat masak sekata.
Ia juga mempunyai lampu dalam oven supaya mudah untuk anda lihat makanan yang sedang dimasak.
Kelebihan
- Ada lampu
- 60 minit timer dengan automatik shutoff
- Kapasiti besar
- Boleh ubah suhu atas & bawah secara berasingan
Kekurangan
- Perlu ruang letak yang besar
- Tiada pengiktirafan SIRIM
6. Russell Taylors Oven (120L) OT-120
Ini pula oven terbaik untuk bakar kek dan biskut dari Russel Taylors. Walaupun mempunyai kapasiti yang besar, harga yang ditawarkan antara yang termurah.
Untuk memastikan keselamatan anda ketika menggunakan oven ini, Russel Taylors turut mendapatkan pengiktirafan dari SIRIM.
Tempoh jaminan juga agak panjang (2 tahun). Jadi, anda tak perlu bimbang sekiranya oven rosak dalam tempoh jaminan.
Walaupun saiznya besar, oven ini tidak menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi boleh menjimatkan kos elektrik setiap bulan. Sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan oven bagi tujuan berniaga.
Kelebihan
- Tempoh jaminan panjang
- Ada SIRIM
- Tempat pemegang yang lebar
- Jimat elektrik
Kekurangan
- Makan ruang yang besar
7. Giselle Digital 10-in-1 Air Fryer Oven 23L KEA0340
Tampil dengan rekaan moden, oven Giselle antara jenama oven paling bagus. Air fryer oven dengan paparan panel digital memudahkan lagi kerja baking anda.
Dengan kapasiti 23 liter, oven terbaik ini menggunakan pemanasan udara panas untuk masak makanan seperti air fryer.
Selain fungsi oven, ia juga berfungsi sebagai air fryer. Tak perlu lagi beli air fryer, cukup beli satu oven saja. Jimat duit dan ruang letak di rumah.
Anda boleh memilih pilihan masakan dengan mudah dari 10 menu sedia ada. Hanya tekan dan tunggu makanan masak.
Giselle memberikan tempoh jaminan selama 2 tahun membuktikan keyakinan mereka dengan kualiti produk ini.
Kelebihan
- Tempoh jaminan panjang
- Ada SIRIM
- Rekaan moden
- Paparan panel digital
- 10 fungsi preset
- Jimat ruang dengan fungsi 2 in 1 (air fryer & oven)
- Ada lampu dalam oven
Kekurangan
- Tiada
8. The Baker Electric Oven (60L) ESM-60LV2
Oven terbaik dari The Baker mempunyai kapasiti 60 liter. Anda boleh set timer selama 120 minit dan tunggu sehingga loceng berbunyi.
Suhu oven boleh dilaras dari 90°c sehingga 250°c. Dengan adanya lampu dalam oven memudahkan anda melihat makanan yang sedang dimasak.
Pintu kaca 2 lapis untuk mengelakkan pintu pecah. Salah satu oven yang tahan lasak dengan kapasiti boleh tahan besar.
Tempoh jaminan yang diberikan hanya 1 tahun. Agak pendek berbanding pesaing yang lain.
Kelebihan
- Ada lampu dalam oven
- Pintu kaca 2 lapis – susah pecah
Kekurangan
- Tiada pengiktirafan SIRIM
9. Innofood CL120B (120L) Digital Electric Oven
Bagi peniaga kecil dari rumah yang perlukan oven kapasiti besar, jenama Innofood ini adalah untuk anda. Oven ini adalah terbaik untuk bakar kek dan biskut.
Kapasiti 120 liter memudahkan anda untuk baking dengan kuantiti yang banyak dan siap cepat.
Oven ini juga ada pelarasan suhu pemanasan atas dan bawah yang berasingan. Sangat mudah untuk anda sesuaikan mengikut kegunaan.
Tempoh waranti selama 1 tahun untuk oven ini. Dalam tempoh tersebut anda boleh menghubungi customer service Innofood dan mereka akan datang untuk ambil oven sekiranya ada kerosakan. Tapi, servis ini hanya untuk mereka yang buat pembelian dari kedai rasmi mereka.
Kelebihan
- Pintu kaca 2 lapis
- Suhu boleh mula dari 30°c
- Paparan digital LCD
- Ada fungsi preheat & preset
Kekurangan
- Tiada SIRIM
- Perlu ruang letak yang besar
Akhir Kata
Oven sememangnya barang penting di rumah terutama untuk mereka yang suka baking. Sama ada untuk suka-suka atau bisnes, pilihan saiz oven bergantung kepada keperluan anda.
Kesemua oven yang disenaraikan dalam artikel ini merupakan jenama oven yang paling bagus serta berkualiti.