mesin basuh automatik

7 Mesin Basuh Automatik Terbaik di Malaysia 2024

Anda sedang merancang untuk tukar mesin basuh baru? Atau ini kali pertama nak beli mesin basuh? Jika ya, anda wajar pertimbangkan mesin basuh automatik. Dan sebaiknya anda membuat pilihan dari jenama mesin basuh terbaik di Malaysia.

Mesin basuh automatik merupakan barang keperluan rumah yang sangat penting. Sebagai ibu, dengan adanya mesin basuh automatik ia banyak membantu memudahkan kerja serta menjimatkan masa saya.

Jika dengan mesin basuh manual selepas siap mencuci saya perlu keluarkan baju untuk proses mengering.

Dengan mesin basuh automatik tetapan untuk mencuci sehingga mengering hanya perlu dilakukan di awal cucian.

Selepas itu saya boleh lakukan kerja lain seperti memasak sambil menunggu mesin basuh siap mencuci.

Mesin basuh automatik sangat penting terutamanya kepada ibu yang sibuk bekerja. Walaupun harga mesin basuh auto agak mahal dari mesin manual, tapi pada saya sangat berbaloi.

Sama seperti peti ais, mesin basuh juga adalah peralatan elektrik yang nak pakai lama.

Oleh itu, kita perlu memilih mesin basuh yang terbaik sebelum membuat pembelian.

Sebelum saya kongsikan mesin basuh automatik yang terbaik, jom kita kenali jenis mesin basuh yang ada di pasaran.

Jenis mesin basuh di pasaran

#1. Mesin basuh front load

Untuk mesin jenis ini, pintu untuk masukkan baju dibuka dari depan. Jadi mudah untuk masuk atau ambil baju.

Dengan rekaan cermin di pintu, anda boleh lihat ke dalam mesin ketika baju dicuci.

Kelebihan

  • Kurang guna air. Hanya guna ⅓ air dari top load
  • Jimat tenaga elektrik
  • Kurang guna sabun
  • Hasil cucian lebih bersih
  • Bahagian atas mesin basuh boleh letak barang
  • Lebih senyap berbanding top load
  • Jarang rosak

Kekurangan

  • Harga mahal
  • Tak boleh tambah baju bila dah mula cuci
  • Kos baik pulih yang tinggi

#2. Mesin basuh top load

Ini mesin yang selalu kita nampak. Pintu mesin berada di bahagian atas.

Kelebihan

  • Harga murah
  • Kos baik pulih yang rendah
  • Banyak pilihan model jenis ini di pasaran
  • Boleh berhenti seketika untuk masukkan baju walau mesin dah jalan

Kekurangan

  • Guna air yang banyak
  • Kos elektrik yang tinggi
  • Sukar nak ambil baju yang paling akhir dari dalam mesin bagi orang yang rendah
  • Hasil cucian tidak sebersih front load

Jenama Mesin Basuh Terbaik

Ini antara jenama mesin basuh terbaik di pasaran.

  1. LG
  2. Toshiba
  3. Hitachi
  4. Hisense
  5. Midea
  6. Samsung
  7. Electrolux
  8. Panasonic
  9. Sharp
  10. Haier
  11. Khind
  12. Elba

7 Mesin Basuh Automatik Terbaik

Anda dah tahu jenama mesin basuh terbaik. Kini, saya akan kongsikan pula model mesin basuh automatik terbaik untuk memudahkan anda membuat pilihan.

#1. Mesin Basuh Automatik Toshiba TW-BH85S2M

  • Kapasiti: 7.5kg
  • Jenis: Front load
  • Motor: Inverter
  • Waranti: 2 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Mesin basuh Toshiba 7.5kg ini mempunyai 16 program cucian. Dengan kapasitinya yang kecil sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga 2 hingga 3 orang.

Dilengkapi dengan teknologi Real Inverter, mesin basuh ini lebih senyap dan jimat tenaga.

Teknologi Greatwave dari mesin basuh Toshiba ini mengurangkan masalah warna baju luntur.

Dengan program Quick Wash, baju anda siap dibasuh dalam masa 15 minit sahaja. Sesuai bagi mereka yang selalu tak sempat nak cuci baju.

Dari segi rekaan, mesin basuh automatik Toshiba menyediakan paparan LED digital bagi control panelnya.

Mesin basuh automatik Toshiba berharga RM1222 semasa artikel ditulis.

#2. Haier HWM90-M826

mesin basuh automatik
  • Kapasiti: 9kg
  • Jenis: Top Load
  • Motor: Biasa
  • Waranti: 2 tahun (umum) / 6 tahun (motor)

Mesin basuh Haier berkapasiti 9kg ini sesuai bagi keluarga di bawah 4 orang. Direka khas untuk wanita berhijab, mesin basuh ini mempunyai program untuk cucian tudung.

Penutup pintu mesin dibuat dari tempered glass yang lembut untuk memastikan tiada bunyi kuat ketika menutup pintu mesin.

Mesin basuh ini juga menggunakan magic filter supaya semua kotoran dapat dikumpul dengan baik. Juga terdapat fungsi quick wash untuk cucian segera.

Anda boleh dapatkan mesin basuh automatik Haier ini pada harga RM719.

#3. Sharp ESX159

mesin basuh automatik
  • Kapasiti: 15kg
  • Jenis: Top Load
  • Motor: Biasa
  • Waranti: 1 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Bagi yang mempunyai ahli keluarga di bawah 5 ~ 6 orang, mesin basuh Sharp ini sesuai untuk keluarga anda. Fungsi quick wash dalam mesin ini membolehkan anda mencuci pakaian dengan cepat dan menjimatkan masa anda.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi child lock untuk melindungi anda dan anak anda dari sebarang kemalangan semasa mesin basuh sedang mencuci.

Sharp Intelligent Waterfall System memastikan pakaian dicuci dengan bersih tanpa meninggalkan kesan sabun di pakaian. Kesan sabun di pakaian boleh menyebabkan kulit gatal dan alergi.

Bagi memastikan prestasi mesin basuh automatik Sharp di tahap optimum, anda boleh menggunakan fungsi tub clean untuk bersihkan kotoran yang ada di drum.

Dari segi rekaan control panel mesin basuh Sharp ini nampak cool dengan menggunakan paparan LED digital.

Semasa artikel ini ditulis harga mesin basuh Sharp adalah RM1599.

#4. Mesin Basuh Samsung WA13T5360BV

mesin basuh samsung
  • Kapasiti: 13kg
  • Jenis: Top Load
  • Motor: Digital Inverter
  • Waranti: 2 tahun (umum) / 11 tahun (motor)

Bagi anda yang mementingkan penjimatan elektrik bagi jangka masa panjang, mesin basuh automatik Samsung ini dilengkapi teknologi digital inverter.

Ia bukan saja jimat tenaga sebanyak 40%, malah direka untuk tahan lebih lama dan lebih senyap berbanding motor biasa.

Anda mungkin pernah alami pakaian jadi berpintal dan rosak selepas cuci dengan mesin basuh. Tapi, dengan mesin basuh Samsung ini ianya dapat dielakkan.

Samsung menggunakan teknologi Wobble untuk memastikan pakaian dicuci dengan lembut dan bersih.

Baki sabun pun tiada yang tertinggal di pakaian dengan adanya magic dispenser pada mesin basuh ini.

Jika mesin basuh rosak, anda boleh tahu punca masalahnya dengan menggunakan aplikasi yang dimuat turun di handphone anda.

Ia turut memberitahu cara untuk menyelesaikan masalah mesin basuh anda itu. Jimat kos untuk panggil orang baiki.

Tapi, adakalanya ia tetap memerlukan yang pakar jika kerosakan teruk terjadi.

Selain itu, mesin basuh Samsung ini dilengkapi dengan eco tub clean. Anda boleh cuci mesin basuh dengan menggunakan fungsi ini.

Mesin juga akan mengeluarkan icon peringatan secara automatik di control panel apabila tiba masa untuk drum dicuci. Dengan ini, mesin basuh automatik anda akan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

RM1488, harga mesin basuh Samsung semasa artikel ditulis.

#5. LG TH2519SSAK

mesin basuh lg
  • Kapasiti: 19kg
  • Jenis: Top Load
  • Motor: Inverter
  • Waranti: 1 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, mesin basuh LG 19kg ini sangat sesuai digunakan. Malah, nak cuci toto pun boleh. Tak perlu lagi nak hantar ke dobi.

Dengan menggunakan TurboWash, anda dapat jimat tenaga dan juga air.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi lain seperti auto tub clean. Aplikasi Smart ThinQ membolehkan anda memantau dan melakukan cucian pada bila-bila masa dan di mana-mana saja anda berada.

Harga mesin basuh LG ini adalah RM2388. Anda boleh semak harga terkini di Shopee dan Lazada.

#6. Mesin Basuh & Pengering Elba EWDC-J1061IN(GD)

  • Kapasiti: 10kg (cucian) + 6kg (pengering)
  • Jenis: Front Load
  • Motor: Inverter
  • Waranti: 1 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Mesin basuh Elba ini dilengkapi dengan dryer (pengering). Jadi, lepas cuci baju boleh terus lipat.

Tak perlu nak sidai. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai ruang untuk menyidai baju.

Mesin basuh siap pengering juga jadi penyelamat ketika musim hujan.

Cuma kapasiti mesin dan dryer model Elba ini kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Selain jimat tenaga, mesin basuh Elba ini mempunyai design pintu yang luas. Mudah nak masukkan pakaian ke dalam mesin.

Ia juga menyediakan 16 program cucian. Antaranya termasuk cucian kotoran degil, quick wash (15 minit siap), cucian tangan untuk pakaian dalam, cucian tekstil bilik tidur, cucian hygiene+ untuk pakaian bayi, cucian pakaian sukan dan juga cucian drum untuk membuang kotoran dalam mesin basuh.

Anda juga boleh menetapkan untuk mesin basuh beroperasi pada waktu yang anda inginkan dengan menekan butang delay. Tetapan masa boleh dibuat sehingga 24 jam.

Walaupun mesin basuh automatik ini jenis front load, anda masih boleh menambah pakaian ketika mesin sedang berjalan. Namun, ia hanya boleh dilakukan di awal proses cucian. Ketika mesin sedang berpusing dengan air yang banyak serta suhu yang tinggi, adalah tidak selamat untuk membuka pintu mesin.

Mesin basuh automatik Elba siap dryer ini boleh anda dapatkan pada harga RM2460 semasa artikel ini ditulis.

#7. Mesin Basuh LG TwinWash F2721HTWV + Mini T2735NTWV

  • Kapasiti: 21kg (mesin basuh) + 12kg (dryer) + 3.5kg (mesin basuh mini)
  • Jenis: Front Load
  • Motor: Inverter
  • Waranti: 1 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Jika anda mempunyai bajet yang besar dan inginkan mesin basuh beserta pengering, ini adalah mesin basuh terbaik.

Mesin basuh automatik LG 21kg beserta dryer ini sesuai bagi yang ada isi rumah yang ramai. Fungsi dan rekaan canggih dari LG memang tidak mengecewakan.

Anda boleh lakukan cucian serentak di mesin basuh utama dan mesin basuh mini. Ia juga memudahkan untuk anda mengasingkan pakaian.

Cucian untuk pakaian bayi boleh gunakan mesin basuh mini dan pakaian yang lain di mesin basuh utama. Sekali cuci baju terus siap sampai kering. Anda hanya tinggal nak lipat!

Dengan ketinggian mesin ini anda tidak lagi perlu membongkok dan melutut untuk ambil atau masukkan pakaian. Ini boleh mengurangkan masalah sakit belakang dan sakit lutut.

Ia juga mempunyai fungsi untuk menambah pakaian dalam mesin basuh. Anda hanya perlu menekan butang add item dan dalam 3 saat, pintu mesin boleh dibuka.

Mesin basuh LG TwinWash ini dilengkapi dengan cucian wap. Ia boleh mengelakkan masalah alergi, pakaian juga lebih lembut serta mengurangkan kedutan pada baju.

Proses cucian hanya mengambil masa 49 minit dengan adanya TurboWash. Jimat masa anda!

Mesin basuh ini disertakan dengan 15 program basuhan.

Selain jimat penggunaan elektrik dengan motor inverternya, mesin basuh ini juga dapat jimat air jika menggunakan mod cucian EcoHybrid.

Bagi yang sukakan teknologi, anda boleh memantau serta melakukan cucian dari Smartphone anda. Hanya pastikan ada wifi.

Mesin basuh automatik LG ini berharga RM6999 termasuk mini washer.

Penutup Kata

Jika mesin basuh automatik yang anda impikan agak mahal harganya, anda boleh buat pembayaran secara ansuran menggunakan kad kredit Maybank atau Public Bank (zero interest) di Shopee dan Lazada.

Namun begitu, untuk memilih mesin basuh automatik, pastikan tidak melebihi bajet anda. Anda boleh buat pilihan dari jenama mesin basuh terbaik di atas dan pilihlah yang berada dalam bajet.

Selain itu, mesin basuh yang dipilih perlu sesuai dengan keluasan ruang rumah untuk letak mesin basuh. Supaya nanti mesin basuh tidak menjadi penghalang laluan dalam rumah anda.

Dari senarai di atas, anda suka mesin basuh automatik yang mana? Cuba kongsikan!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.