Jenama Laptop Terbaik di Malaysia 2023
Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, kita semua terpaksa bekerja dan belajar dari rumah. Jadi, memiliki laptop sudah menjadi satu keperluan. Ia mudah untuk dibawa ke mana saja. Tapi, ramai yang tertanya-tanya apa jenama laptop terbaik?
Supaya tidak tersalah beli laptop yang tidak berkualiti, di sini saya akan kongsikan jenama laptop terbaik dan juga beberapa laptop paling bagus untuk anda miliki.
Cara Memilih Laptop
Nak pilih laptop yang terbaik mengambil masa yang lama sebenarnya. Banyak kali fikir sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Apatah lagi jika anda bukan orang yang biasa dengan teknologi, tentunya pening nak memilih laptop terbaik.
Ada beberapa kriteria yang perlu ditentukan dalam memilih laptop.
1. Spesifikasi laptop
Setiap laptop didatangkan dengan spesifikasi atau ciri yang berbeza.
Antara spesifikasi penting yang perlu anda pertimbangkan
- Jenis processor (intel, AMD)
- RAM
- Storan Hard Disk Drive (HDD) atau Solid State Drive (SSD)
- Ada DVD
- Grafik card
Jika anda rasa sukar nak pilih spesifikasi laptop, utamakan RAM dan saiz storan. Pilih RAM sekurangnya 4GB dan storan 256GB SSD supaya cukup untuk anda simpan gambar serta fail.
Kenapa pilih SSD? Anda boleh buka dan simpan dokumen dengan pantas. Nak on laptop pun tak sampai berapa saat.
2. Skrin laptop
Anda perlu tahu nak laptop dengan skrin besar atau kecil. Juga jenis paparan, resolusi skrin serta boleh touch screen ataupun tidak.
3. Berat laptop
Pilih laptop yang ringan untuk dibawa terutama jika anda sering bergerak ke merata tempat dengan laptop
4. Ketahanan bateri
Bateri tahan lama sangat penting jika anda keluar rumah dan berada di tempat yang tidak mempunyai plug untuk cas bateri. Jika pelajar buat assignment di luar, sangat memerlukan laptop yang tahan lama baterinya.
Setakat ini Macbook antara jenama yang mempunyai bateri yang paling tahan lama.
5. Sistem Operasi Laptop
Windows, Macbook Os, Chrome Os. Ini adalah sistem operasi laptop. Sebaiknya pilih laptop yang gunakan sistem operasi yang anda biasa guna. Supaya tidak kekok nanti.
6. Keyboard
Pilih laptop yang mempunyai keyboard atau papan kekunci dengan paparan Qwerty (yang biasa digunakan) serta selesa untuk anda menaip.
Selain itu, keyboard mempunyai atau lampu ataupun tidak. Jika anda seorang yang suka buat kerja di waktu malam, maka keyboard dengan backlight penting untuk anda.
7. Port dan sambungan
Laptop ada port untuk masukkan USB drive, HDMI, dan MicroSD card. Jika semua ada sangat baik.
8. Jenis laptop biasa atau 2-in-1
Anda boleh pilih jenis laptop biasa ataupun laptop 2-in-1 yang boleh tukar jadi tablet atau dipusingkan.
9. Jaminan / Warantii
Lagi panjang tempoh jaminan lagi bagus. Ini kerana sebarang kerosakan sepanjang tempoh ini anda boleh terus menghubungi pengeluar (laptop baru) atau penjual laptop (laptop terpakai) tersebut.
Ada jenama laptop yang memberikan on-site warranty (servis baik pulih laptop di tempat pembeli).
Jadi anda jimat masa tak perlu nak hantar laptop ke kedai untuk dibaiki. Tambahan pula, technician yang datang untuk baiki adalah mereka yang pakar. Lagi cepat masalah anda dapat diselesaikan.
Ini berbeza jika anda memilih laptop terpakai. Anda perlu menghantar laptop ke kedai tempat anda beli untuk claim waranti.
10. Jenama laptop terbaik
Ini juga penting dalam memilih laptop. Pilih jenama laptop terbaik yang sudah terkenal dan diyakini jenamanya di Malaysia. Supaya senang anda dapat spare part jika rosak setelah habis waranti nanti.
11. Bajet anda
Sebelum membeli anda tentu dah ada anggaran jumlah wang yang mampu dikeluarkan untuk membeli laptop. Jadi, pilih laptop ikut bajet anda supaya tidak membeli di luar kemampuan.
Jenama Laptop Terbaik
Ini adalah jenama laptop terbaik di Malaysia.
- HP
- Apple Macbook
- Dell
- Lenovo
- Asus
- MSI
- Microsoft Surface
- Acer
Sekarang, jom kita tengok laptop terbaik di Malaysia.
10 Laptop Terbaik di Malaysia
1. Apple MacBook Air 13 M1 Chip
Harga: RM5399
Spesifikasi
- Sistem Operasi: MacOS Big Sur
- Processor: Apple M1 Chip. CPU speeds up to 3.5x faster
- Memori: 8GB
- Grafik: 8-core GPU with up to 5x faster graphics
- Storan: 512GB SSD
- Skrin: 13.3 inch
- Waranti: 1 year dari Apple
Apple Macbook 13 laptop terbaik untuk yang pentingkan laptop ringan, nipis dengan bateri yang tahan lama. Bateri laptop Apple versi 2020 ini boleh tahan sehingga 18 jam.
Dengan kapasiti simpanan data yang besar 512GB SSD, sesuai untuk mereka yang lakukan kerja yang memerlukan software yang berat seperti suntingan video.
Jika kemudian nanti anda ingin menambah kapasiti dan memori laptop, anda boleh tambah saiz storan sehingga 2TB SSD.
Memori laptop ini juga boleh ditambah sehingga 16GB.
Mempunyai lampu di keyboard anda membuat kerja di waktu yang gelap. Fungsi Touch ID meningkatkan lagi sekuriti laptop Apple Macbook 13 ini.
Anda juga boleh menggunakan cap jari saja untuk akses kepada dokumen penting atau membuat pembayaran di App Store tanpa menggunakan password.
Paparan skrin 13.3 dengan retina ini mampu membuatkan gambar dan warna sangat terang dan jelas.
Kelebihan
Kekurangan
2. Lenovo V14 Gen 2 (15)
Harga: RM2674.17
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Pro 64
- Processor: 11th Generation Intel® Core™ i3-1115G4 Processor (2 Cores / 4 Threads, 3.0 GHz, up to 4.10 GHz with Turbo Boost, 6 MB Cache)
- Memori: 4.0GB DDR4-2666 DDR4 SODIMM 2666MHz + 4.0GB DDR4-2666 DDR4 Onboard 2666MHz
- Grafik: Intel® UHD Graphics for 11th Gen Intel® Processors
- Storan: 256GB SSD
- Skrin: 14.0″FHD
- Waranti: One year Carry-in
Dengan berat 1.5kg laptop lenovo v14 Gen 2 ini lebih ringan berbanding laptop lain yang saiz sama dengannya. Kapasiti sebanyak 256GB sudah cukup untuk menyimpan dokumen penting anda.
Lenovo v14 Gen 2 turut dilengkapi dengan dual drive, di mana anda boleh menambah kapasiti storan sehingga 512GB SSD dan 2TB HDD sekiranya storan sedia ada tidak mencukupi. Memori pula boleh ditambah sehingga 16GB.
Anda boleh buka pelbagai fail serentak dengan lancar tanpa sebarang gangguan dengan kapasiti SSD dan RAM yang besar.
Bateri pula boleh bertahan sehingga 8.5 jam. Ia juga mempunyai pelbagai port untuk USB, HDMI dan headphone yang memudahkan sambungan kepada peralatan lain.
Satu kekurangan laptop ini, ia tidak mempunyai lampu di keyboard. Jadi, sukar untuk anda yang selalu buat kerja di waktu malam dan memerlukan keyboard yang berlampu.
Untuk jaminan pula, Lenovo menyediakan 1 tahun carry-in waranti (laptop dihantar kepada Lenovo untuk dibaiki). Anda juga boleh memilih untuk menambah on-site waranti (Lenovo baiki laptop di lokasi anda).
Bagi menambah on-site waranti atau menambah tempoh waranti sehingga 3 tahun, ada sedikit bayaran tambahan dikenakan.
Kelebihan
Kekurangan
3. New Dell Inspiron 15 3000
Harga: RM1799
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Home Single Language(64bit)
- Processor: AMD Athlon™ Silver 3050U Mobile Processor
- Memori: 4GB, 1x4GB, DDR4, 2400MHz
- Grafik: Radeon™ Graphics
- Storan: 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
- Skrin: 15.6-inch HD
- Waranti: 1 tahun on-site service
Laptop Dell Inspiron 15 ini adalah laptop terbaik bawah RM2000. Walaupun bersaiz besar, laptop Dell ini hanya berat 1.69kg.
Ia antara laptop bajet dengan harga bawah RM2000. Dengan processor AMD Athlon, laptop ini sesuai untuk kegunaan harian seperti email, layari website, penulisan di words atau excel.
Menggunakan SSD laptop ini dapat turn-on dan boot-up dengan laju dan anda boleh terus memulakan tugasan tanpa perlu menunggu.
Membawakan teknologi terkini, laptop Dell ini hanya perlu dicas dalam masa 60 minit sahaja untuk mendapatkan 80% bateri. Jadi anda tidak perlu lagi menunggu lama untuk bateri siap cas.
Dell menyediakan aplikasi Dell Mobile connect, di mana anda boleh menghubungkan laptop dan smartphone. Anda boleh jawab call, hantar mesej dan dapat notifikasi terus di laptop.
Pindahkan fail, gambar atau video lebih mudah dengan aplikasi ini tanpa menggunakan kabel atau cloud.
Webcam laptop ini menggunakan HD, jadi gambar anda nampak lawa dalam online meeting.
Kelebihan
Kekurangan
4. HP Pavilion Aero Laptop 13-be0049AU
Harga: RM3399
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Home Single Language 64
- Processor: AMD Ryzen™ 5 5600U (up to 4.2 GHz max boost clock, 16 MB L3 cache, 6 cores, 12 threads)
- Memori: 8 GB DDR4-3200 MHz RAM (onboard)
- Grafik: AMD Radeon™ Graphics
- Storan: 512 GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD
- Skrin: 13.3″ diagonal, WUXGA (1920 x 1200), IPS, edge-to-edge glass, micro-edge, anti-glare, 400 nits, 100% sRGB
- Waranti: 2 tahun local on-site waranti termasuk 1 tahun limited international waranti (part/labor/carry-in)
Laptop baru dari HP ini menampilkan kapasiti yang besar dengan 512GB SSD. Tiada masalah nak simpan banyak video, gambar dan dokumen.
Dari segi prestasi, kelajuan laptop ini tentunya tidak mengecewakan dengan processor terkini AMD Ryzen 5, RAM DDR4 dan storan SSD.
Walaupun saiz skrin yang sederhana besar, laptop ini sangat ringan. Mudah untuk anda bawa ke mana saja. Nak masuk dalam handbag pun tak terasa berat.
Bagi pelajar atau orang bisnes yang selalu buat tugasan di luar dan tak bawa charger, bateri laptop HP Pavilion Aero boleh bertahan sehingga 10 jam 30 minit.
Kelebihan
Kekurangan
5. ASUS TUF F15 (FX506L-HHN080T)
Harga: RM3498
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Home
- Processor: Intel® Core™ i5-10300H Processor 2.5 GHZ (8M Cache, up to 4.5 GHz, 4 cores)
- Memori: 8GB DDR4 2933 SDRAM
- Grafik: NVIDIA GeForce RTX 1650 4GB GDDR6
- Storan: 512GB PCIe® Gen3 SSD M.2
- Skrin: 15.6″ (16:9) LED-backlit FHD (1920×1080) 144Hz Anti-Glare Panel with 45% NTSC
- Waranti: 2 tahun
Laptop Asus TUF F15 ini antara gaming laptop terbaik dengan harga yang berpatutan. Jika anda nak cari laptop gaming bawah RM3000, memang payah nak dapat. Melainkan gaming laptop terpakai.
Dengan kapasiti dan memori laptop ini yang besar, tiada masalah untuk anda install game yang berat. Main game pun lancar saja dengan adanya SSD dan processor yang laju.
Sekiranya di masa hadapan anda nak tambah memori, anda boleh tambah sehingga 32GB RAM. Slot untuk SSD tambahan juga tersedia jika anda nak tambah storan yang ada.
Keseronokan bermain game bertambah menarik dengan adanya lampu keyboard yang boleh berubah-ubah. Tetapan untuk lampu keyboard boleh juga ditetapkan kepada satu warna sahaja. Selain itu, keypad laptop ini juga sangat selesa dan senang untuk ditekan.
Anda juga tidak perlu bimbang laptop menjadi panas semasa main game, sebab laptop ini ada fungsi untuk mengeluarkan sendiri haba yang panas. Jadi, anda boleh bermain dalam tempoh yang panjang.
Main game tak sah tanpa bunyi yang sedap dan kuat. Oleh itu, Asus telah menambah baik speaker laptop model ini dengan bunyi yang 1.8 kali lebih kuat berbanding generasi sebelumnya.
Tempoh jaminan Asus yang panjang buat anda tak perlu pening kepala jika ada kerosakan dalam tempoh 2 tahun.
Pendek kata, laptop terbaik Asus TUF F15 ini memang untuk kaki gaming.
Kelebihan
Kekurangan
6. MSI Thin GF65 10UE-265
Harga: RM4699
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Home
- Processor: Intel® Core™ i5-10500H Processor. Max Turbo Frequency 4.5 GHz
- Memori: 16GB DDR4 3200MHz Ram
- Grafik: NVIDIA GeForce RTX3060 Max-Q, GDDR6 6GB
- Storan: 512GB NVMe PCIe SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920*1080), 144Hz 45% IPS
- Waranti: 2 tahun
Jenama laptop terbaik MSI sememangnya popular sebagai gaming laptop. Dengan memori tersedia 16GB, sudah cukup terbaik untuk kaki gaming. Tidak perlu lagi keluarkan wang untuk menambah memori.
Rekaannya yang nipis dan ringan mudah untuk anda bawa ke mana saja. Tidak terlalu membebankan bahu anda untuk menyandang beg laptop yang berat.
Bagi anda yang suka keyboard satu warna, laptop MSI ini menyediakan lampu warna merah. Keyboardnya juga selesa untuk anda bermain game dalam tempoh yang panjang.
Rekaan luaran laptop juga nampak moden dan bergaya.
Kelebihan
Kekurangan
7. Microsoft Surface Go 2
Harga: RM3213 (tidak termasuk stylus pen)
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Home in S mode2
- Processor: Intel® Pentium® Gold Processor 4425Y
- Memori: 8GB RAM
- Grafik: Intel® UHD Graphics 615
- Storan: 128GB SSD
- Skrin: 10.5” PixelSense™ Display
- Waranti: 1 tahun
Buat anda yang selalu bergerak ke merata tempat, laptop 2-in-1 yang ringan dan nipis adalah menjadi keutamaan. Supaya mudah untuk dibawa setiap kali meeting dengan client atau bekerja di luar.
Boleh didapati dengan stylus pen yang memudahkan anda untuk menulis dan melukis.
Microsoft Surface Go 2 menampilkan ciri yang sesuai untuk golongan bisnes seperti anda. Dengan berat yang hanya 544 gram setelah termasuk type cover, tak membebankan untuk dibawa ke mana saja.
Baterinya juga boleh bertahan sehingga 10 jam. Tiada masalah jika anda tak bawa charger.
Kamera webcamnya dilengkapi HD membuatkan gambar anda nampak cantik ketika video conference.
Kelebihan
Kekurangan
8. Acer TravelMate P2 TMP214-53-534K
Harga: RM2673
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Home
- Processor: Intel® Core™ i5-1135G7
- Memori: 8GB RAM
- Grafik: Intel® Iris® Xe
- Storan: 512GB M.2 PCIE NVME SSD
- Skrin: 14″ LCD ComfyView (Matte) Full HD 1920 x 1080
- Waranti: 3 tahun Acer on-site waranti
Bagi yang suka skrin laptop yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, saiz 14 inci ini sesuai untuk anda. Ia juga tidak terlalu berat, dengan hanya 1.6kg.
Jenama laptop terbaik Acer ini bukan sahaja menyediakan waranti on-site yang panjang, tapi juga bateri yang tahan sehingga 13 jam.
Jika anda rasakan memori 8GB tidak mencukupi, anda boleh menambah memori sehingga 32GB.
Dengan memori sedia ada dan kapasiti SSD yang besar, anda boleh lakukan tugasan dengan lancar dan pantas. Nak buka pelbagai fail serentak pun tiada masalah.
Kelebihan
Kekurangan
9. HP Envy 13-AY0043AU X360
Harga: RM3899
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Home
- Processor: AMD Ryzen™ 5 4500U AMD Ryzen™ 5 4500U (2.3 GHz base clock, up to 4.0 GHz max boost clock, 8 MB L3 cache, 6 cores)
- Memori: 8GB RAM DDR4-3200 SDRAM (onboard)
- Grafik: AMD Radeon™ Graphics
- Storan: 512GB M.2 PCIE NVME SSD
- Skrin: 13.3″ FHD, IPS, BrightView, micro-edge, WLED-backlit, multitouch-enabled, edge-to-edge glass with Corning® Gorilla® Glass NBT™, 300 nits, 72% NTSC (1920 x 1080)
- Waranti: 2 tahun on-site
Buat yang menyukai laptop 2-in-1, jenama laptop terbaik HP ini pilihan terbaik buat anda.
Direka dengan skrin 13.3 inci, laptop ini agak ringan dengan berat hanya 1.32kg. Sesuai untuk anda yang inginkan laptop dengan skrin besar tapi ringan.
Dilengkapi dengan stylus pen mudah untuk anda melukis dan buat presentation.
Rekaan moden HP Envy ini sangat sesuai dengan golongan korporat dan profesional. Menggunakan wifi 6, di mana saja anda berada, anda boleh sambungkan wifi sepantas kilat.
Bateri pula boleh bertahan sehingga 18 jam. Sesuai untuk yang selalu bekerja di luar.
Kelebihan
Kekurangan
10. Realme Book i5
Harga: RM3499
Spesifikasi
- Sistem Operasi: Windows 10 Home
- Memori: 8GB RAM (Dual channel up to 16GB)
- Storan: 512GB PCIE SSD
- Skrin: 14 inci
- Waranti 2 tahun
- Paparan skrin full 2k
- Processor: 11th Gen Intel® Core™ i5-1135G7 (2.4GHz with Turbo Boost Up to 4.2GHz)
- Grafik: Intel® Iris® Xᵉ
- 11 jam jangka hayat bateri
Laptop keluaran terbaru dari Realme ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan laptop yang ringan dan nipis. Dilengkapi dengan spesifikasi terkini dan speed yang laju.
Sesuai digunakan untuk video editing, grafik design, gaming atau kerja ofis.
Rekaan yang ringan (1.38kg) dan nipis sangat sesuai untuk anda yang selalu bergerak ke merata tempat. Sama ada untuk meeting dengan client ataupun melakukan kerja freelance di luar.
Bateri laptop juga tahan lama. Jadi anda tidak perlu bimbang kehabisan bateri bila terlupa bawa charger.
Anda juga boleh menggunakan fingerprint untuk on laptop. Ia juga dilengkapi dengan 2 kipas untuk memastikan laptop tidak panas dan anda selesa membuat kerja.
Tempoh warranty selama 2 tahun ditawarkan oleh Realme. Sebarang kerosakan anda boleh berhubung terus dengan pihak Realme.
Kelebihan
Kekurangan
Penutup
Memang banyak laptop terpakai yang dijual di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah.
Persoalannya, selama manakah laptop itu boleh bertahan? Adakah selepas 1 atau 2 tahun anda perlu lagi menukar laptop lain?
Sebaiknya, pilih laptop terbaik yang boleh dipakai bagi jangka masa panjang. Anda boleh pilih berdasarkan jenama laptop terbaik di atas.
Untuk makluman anda, pembelian di Shopee dan Lazada turut disediakan pembayaran secara ansuran menggunakan kad kredit dengan zero interest.
Namun begitu, suka untuk saya ingatkan agar berbelanja mengikut bajet dan kemampuan anda untuk membayar.
Jangan kerana inginkan laptop yang canggih dan berjenama, anda sanggup berbelanja melebihi kemampuan.