kipas siling terbaik

11 Kipas Siling Terbaik di Malaysia (2023)

Bila pindah rumah, kipas siling antara yang wajib ada. Berpeluh dibuatnya kalau rumah tiada kipas. Tidur pun tak lena. Nak pasang aircond setiap masa, boleh koyak poket. Melainkan anda pakai aircond inverter. Jika anda tercari-cari kipas siling terbaik, di sini tempatnya. Saya akan kongsikan kipas siling terbaik supaya senang untuk anda buat pembelian.

Kipas Siling Terbaik

Berikut merupakan kipas siling terbaik di Malaysia.

1. REZO VENTUS MY56 Ceiling Fan 56”

kipas siling terbaik

Kipas siling 5 bilah jenama Rezo ini boleh diubah sehingga 5 kelajuan. Siap dengan remote control, lebih mudah untuk anda mengawal kelajuan kipas.

Rasa angin kipas juga kuat. Kipas siling Rezo ini memang laju berbanding kipas lain. Cuma satu, tidak disediakan cara pemasangan.

Tempoh waranti untuk kerosakan biasa selama 1 tahun. Manakala, untuk kerosakan motor kipas, ada tempoh jaminan selama 3 tahun.

Dari segi harga, untuk kipas siling 5 bilah, jenama kipas siling Rezo antara kipas yang murah. Kipas siling terbaik Rezo ini turut mendapat pengiktirafan dari SIRIM.

Selain itu, penggunaan tenaga juga mencapai taraf 5 bintang. Ia bermakna kipas siling ini tidak menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

2. DEKA P5S 56″

kipas siling terbaik

Deka juga salah satu jenama kipas siling terbaik. Menampilkan warna hitam, jadi tidak nampak sangat bila kotor. Kipas siling 5 bilah ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 50%.

Didatangkan dengan remote control serta timer. Mudah untuk anda kawal kipas siling dari jauh saja. Dengan 5 kelajuan, angin kipas siling Deka ini memang laju.

Tempoh jaminan 1 tahun untuk waranti umum. 3 tahun jaminan untuk kerosakan motor. Apa yang menarik, jika kerosakan berlaku dalam tempoh 1 tahun, technician repair terus kipas siling di rumah anda.

Selain itu, kipas siling Deka ini turut mendapat pengiktirafan dari SIRIM.

3. MIDEA MFC-150A15 60”

kipas siling terbaik

Untuk anda yang mencari kipas siling murah, ini adalah kipas siling terbaik dari Midea. Kipas siling 3 bilah dengan 5 kelajuan.

Menggunakan bilah yang agak besar berbanding kipas lain. Cuma tiada remote control disertakan untuk model kipas siling Midea ini.

Kipas siling ini sesuai untuk anda yang rajin membersih kipas siling. Sebabnya, warna putih cepat nampak habuk melekat.

Tempoh jaminan selama 12 bulan dari Midea.

4. Kipas siling KDK K15VO

kipas siling terbaik

Ini merupakan jenama kipas siling terbaik. Kipas siling 3 bilah KDK menggunakan bilah yang lebar.

Motor kipas siling terbaik KDK ini mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Kipas siling ini juga mendapat pengiktirafan dari SIRIM.

Namun begitu, kipas siling KDK ini tidak menggunakan remote control. Tempoh jaminan 12 bulan hanya diberikan untuk kerosakan motor.

5. Kipas siling berlampu 42”

kipas siling terbaik

Ini pula kipas siling moden. Bukan saja rekaan kipas yang nampak cantik, tapi juga bilah kipas tersorok bila kipas tak dipasang.

Kipas siling berlampu ini mempunyai 6 kelajuan. Lampu boleh dipasang atau ditutup semasa kipas berpusing.

Rekaan kipas siling moden sesuai untuk diletakkan di ruang tamu ataupun ruang makan.

6. SHARP WAFU PJC116BK/WH Kipas Siling


Kipas siling Sharp didatangkan siap dengan remote control. Jadi, sangat menyenangkan anda.

Kipas siling 5 bilah ini mempunyai 3 kelajuan. Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kerosakan umum. 3 tahun untuk kerosakan motor.

Ada 2 pilihan warna iaitu putih dan hitam.

7. Kipas Siling Panasonic Bayu (56 inch) F-M14CZ

Kipas siling Panasonic Bayu merupakan kipas siling terbaik. Mempunyai 4 bilah untuk memberikan rasa angin yang kuat.

Turut disertakan sekali remote control supaya mudah anda mengawal kelajuan kipas. Kelajuan kipas sehingga 3 kelajuan.

Anda juga boleh set off dan sleep timer. Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kipas siling Panasonic ini.

8. Rubine Vento Series 42″


Seterusnya, kipas siling terbaik keluaran Rubine. Kipas bersaiz 42″ ini mempunyai 2 warna, coklat dan hitam.

Ia ada 5 bilah dengan 4 kelajuan. Jenis motor yang digunakan adalah AC motor yang berkuasa tinggi. Turut dilengkapi dengan timer yang boleh ditetapkan menggunakan remote control.

Kipas siling Rubine ini turut diiktiraf oleh SIRIM. Menggunakan kipas siling Rubine anda tak perlu bimbang tentang penggunaan elektrik yang tinggi. Ini kerana kipas siling Rubine diiktiraf dengan 5 bintang dari Suruhanjaya Tenaga.

Jaminan selama 12 bulan bagi kerosakan umum dan 5 tahun jaminan bagi kerosakan motor.

9. Kipas Siling Deka DR20L 56” dengan Lampu LED

kipas siling terbaik

Kipas siling berlampu Deka ini boleh bertukar kepada 3 warna lampu. Didatangkan sekali dengan remote control supaya mudah untuk anda mengawal kipas dari jauh.

Anda juga boleh buat tetapan masa selama 1, 3 atau 6 jam. Selepas sampai tempoh tersebut, kipas akan berhenti sendiri.

Menggunakan material ABS Polymer untuk 5 bilah kipas siling lampu ini. Ia juga mempunyai 4 kelajuan. Jaminan diberikan Deka selama 1 tahun untuk kipas siling mereka ini. 5 tahun pula untuk jaminan motor.

10. Ecoluxe Kipas Siling Chandelier 42”


Kipas siling moden Ecoluxe ini menampilkan kipas serta lampu chandelier. Menggunakan motor jenis DC, kipas ini mampu memberikan angin yang kuat serta jimat tenaga elektrik.

Lampu LED pada kipas siling moden ini boleh bertukar kepada 3 warna. Anda boleh mengawal 6 kelajuan kipas siling menggunakan remote control yang disertakan.

Kipas siling 4 bilah ini menggunakan bilah jenis ABS. Bilah kipas hanya terkeluar apabila kipas dipasangkan.

Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kerosakan umum dan 5 tahun jika berlaku kerosakan motor.

11. Kipas Siling Elmark 54″ EL921

kipas siling terbaik

Kipas siling Elmark berwarna coklat ini nampak cantik dan eksklusif. Mempunyai 3 kelajuan serta siap remote control.

Kipas siling 5 bilah ini mendapat pengiktirafan dari SIRIM. Ia juga siap dengan timer.

Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kerosakan umum dan 3 tahun untuk kerosakan motor.

Akhir Kata

Sekarang anda dah tahu jenama kipas siling terbaik. Andai kata angin kipas siling tidak cukup kuat untuk menyejukkan ruang bilik rumah anda, alternatif lain adalah menggunakan air cooler ataupun aircond.

Semoga artikel ini memudahkan anda buat pembelian kipas siling tanpa rasa ragu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.