Hantaran tunang untuk perempuan

13 Idea Hantaran Tunang Untuk Perempuan

Pilihan idea bagi hantaran tunang untuk perempuan selalunya barang yang diberikan adalah sesuatu yang nampak sweet dan simple sahaja. Tetapi boleh juga kalau anda ingin beri selain makanan sebagai barang hantaran tunang seperti barang berharga yang dirasakan bersesuaian.

Kebiasaannya, bagi jumlah dulang hantaran tunang pula ia bergantung kepada pihak lelaki dan perempuan. Jika pihak lelaki memberi 5 dulang, pihak perempuan pula akan berbalas dengan 7 dulang barang hantaran lelaki. Pengiraannya adalah secara ganjil.

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa jenis idea hantaran tunang untuk perempuan yang simple tetapi masih lagi menarik dan mampu mempesonakan semua orang yang melihatnya.

Bahkan si dia juga pasti akan cukup teruja dalam memilikinya. Jom lihat!

Senarai Idea Hantaran Tunang Untuk Perempuan

Antara contoh hantaran tunang untuk perempuan yang selalu jadi pilihan dan sangat berbaloi untuk dijadikan hantaran bertunang adalah seperti berikut:

1. Cincin Emas Bunga Romantik

Hantaran tunang untuk perempuan

Cincin merupakan benda paling wajib yang perlu ada sebagai salah satu hantaran tunang untuk perempuan. Kalau tiada cincin, nampak janggal majlis pertunangan simple anda tersebut.

Cincin ini sebenarnya simbolik kepada ikatan di antara lelaki dan perempuan di mana ia menunjukkan bahawa si wanita tersebut sudah pun dilamar untuk dijadikan isteri.

Tak kisah sama ada ketika merisik atau bertunang sekalipun, pilihan Cincin Emas Bunga Romantik ini sangat sesuai dijadikan hantaran merisik dan bertunang anda.

Ia boleh didapati dengan tiga pilihan saiz dan berat iaitu S18/1.79g, S18/1.80g dan juga S20/1.8g. Ukuran dimensi bunganya pula adalah 4 x 25mm.

2. Kek Lapis Amenda Leckers

Hantaran tunang untuk perempuan

Pilihan hantaran tunang untuk perempuan yang seterusnya pula adalah Kek Lapis Amenda Leckers yang sangat sedap ini.

Anda boleh menempahnya dengan saiz seperti dua saiz iaitu 6x6x3 dan 8x8x3. Kek hantaran tunang yang simple ini juga didatangi dengan 10 perisa.

Kek ini juga sangat sedap, lembut dan lembab. Ia pasti akan menjadikan majlis pertunangan anda tampak lebih berseri-seri dengan potongan kek yang cantik ini.

3. Kuih Blueberry Tart


Selain daripada kek, anda juga boleh jadikan kuih sebagai hantaran tunang untuk perempuan. Contoh hantaran makanan jenis kuih untuk hantaran tunang yang boleh anda jadikan sebagai idea adalah Kuih Blueberry Tart yang sangat lazat ini.

Kuih ini mempunyai gabungan rasa masam dan manis serta dihasilkan oleh orang muslim. Ia mengandungi sebanyak 45 pcs di dalam setiap bekas. Jadikan Kuih Blueberry Tart yang penuh dengan rasa kayangan sebagai salah satu pilihan anda.

4. Set Penjagaan Wajah

Hantaran tunang untuk perempuan

Pilihan idea hantaran tunang untuk perempuan seterusnya adalah Set Penjagaan Wajah dari jenama Wardah C-Full ini. Ia mengandungi sebanyak 6 item iaitu energizing creamy wash 100ml + serum 17ml + face mist 55ml + sleeping mask 30grams + DD cream (Light/Natural) 20ml + clay mask 30grams.

Untuk jadikan si dia lebih cantik, manis dan berseri-seri ketika majlis perkahwinan anda berdua nanti, apa kata jadikan Set Penjagaan Wajah dari jenama Wardah C-Full ini sebagai pilihan idea hantaran anda. Si dia pasti teruja memilikinya.

5. Telekung Rawdah Emyra Series Lace

Hantaran tunang untuk perempuan

Contoh hantaran tunang untuk perempuan yang seterusnya pula adalah Telekung Rawdah Emyra Series Lace. Telekung ini mempunyai 6 warna pilihan iaitu Sofya White, Istanbul Brown, Olive Selcan, Bursa Green, Izmir Blue dan Turkish Pink.

Tambahan pula, ia diperbuat daripada material cotton premium yang sangat lembut dan fluffy. Mempunyai lace yang sangat cantik, lembut dan halus, tidak miang dan gatal serta cukup eksklusif.

Si pemakai pasti akan berasa selesa dan gembira tatkala memakainya ketika solat nanti. Apatah lagi jika digunakan ketika solat berjemaah bersama-sama selepas anda berdua berkahwin kelak, pasti lebih menarik bukan?

6. Minyak Wangi Original Juicy Couture Viva La Juicy Gold


Minyak wangi dari Juicy Couture Viva La Juicy Gold ini turut sesuai dijadikan hantaran tunang untuk perempuan.

Ia sangat wangi dan tahan lama serta sangat berpatutan dengan harganya.

Minyak wangi ini juga mampu memberikan aura yang lebih positif dan keyakinan yang tinggi kepada si pemakai.

7. AM Alexandra Michelle Bag

Senarai barang hantaran tunang untuk perempuan yang seterusnya pula adalah beg tangan jenama AM Alexandra Michelle.

Ia mempunyai permukaan kulit yang licin dengan rekaan yang cantik.

Beg tangan ini juga mempunyai waranti selama 24 bulan serta diperbuat daripada jenis bahan microfiber.

Mempunyai tali boleh laras, 3 bahagian poket, dengan satu zip di bahagian dalam.

8. Sirih Junjung Dan Bunga Artificial Dengan Bekas Cincin


Walaupun sekarang zaman canggih, tetapi adat dan budaya tetap dijunjung. Jadikan idea hantaran tunang yang seterusnya adalah Sirih Junjung Dan Bunga Artificial Dengan Bekas Cincin ini.

Gubahan hantaran ini mempunyai saiz 10cm x 12cm.

9. MICHAEL KORS MK Bradshaw Women Ladies Watch


Senarai hantaran tunang untuk perempuan yang ke-9 pula adalah jam tangan wanita jenama MICHAEL KORS MK ini.

Jam tangan ini juga mempunyai 6 model yang boleh anda pilih dengan waranti selama 2 tahun.

Ia juga kalis air sehingga mampu mencapai kedalaman sejauh 100 meter.

Tunang anda pasti akan kelihatan sangat cantik, simple dan penuh elegan tatkala memakainya.

10. Surprise Sunnah Box


Hantaran tunang manisan dari Surprise Sunnah Box ini sangat sesuai sebagai salah satu contoh hantaran tunang makanan yang boleh anda berikan. Ia didatangi dengan dua set pilihan iaitu Premium Set A dan Premium Set VVIP Set A.

Setiap pek mempunyai berat 1kg dan jangka hayatnya pula adalah selama 12 bulan.

Pek ini mengandungi special kurma safawi jumbo, pistachio, almond, chickpea, mix nut, peanut barley, peanut coffee, cocobite dan juga coklat.

11. Kain Songket Tenun Original


Pilihan hantaran tunang simple yang seterusnya pula adalah Kain Songket Tenun Original ini. Ia didatangi dengan 12 pilihan warna.

Kain songket ini juga telah siap dipotong untuk dua pasang baju termasuk untuk dibuat tanjak, sampin bagi pihak lelaki serta selendang untuk perempuan.

Mempunyai bidang 45 dengan panjangnya 12 meter. Jadikan ia sebagai salah satu barang hantaran tunang anda kerana ia boleh digunakan ketika hari perkahwinan anda nanti.

12. Pulut Kuning Berhias + Rendang Ayam

Hantaran tunang untuk perempuan

Pilihan hantaran tunang makanan yang lain pula adalah pulut kuning. Jenis hantaran ini memang wajib digunakan sejak zaman dahulu lagi. Ia merupakan adat dan tradisi orang melayu yang sangat dijaga sehinggalah sekarang.

Oleh itu, bagi meneruskan ada dan tradisi masyarakat melayu, apa kata kalau anda jadikan Pulut Kuning Berhias + Rendang Ayam ini sebagai hantaran tunang untuk perempuan.

Pulut kuning ini mempunyai berat 1kg. Ia juga dihias indah dengan perhiasan seperti salad, telur puyuh, tomato ceri, anggur dan termasuk customize gift card.

13. Wedding Bridal Shoes

Hantaran tunang untuk perempuan

Pilihan hantaran Wedding Bridal Shoes merupakan padanan yang sangat secocok jika dipadankan dengan Kain Songket Tenun Original tadi.

Kasut tumit ini mempunyai T-shape heel grip untuk membantu membuatkan si pemakai berasa lebih selesa, kaki tidak melecet dan tidak longgar ketika berjalan di majlis perkahwinan anda berdua kelak.

Selain itu ia juga turut dilengkapi forefoot insole di mana fungsinya adalah untuk memberikan keselesaan kepada jari kaki terutamanya ibu jari, stokin tidak menjadi haus dan jari juga tidak akan melecet. Kasut ini juga mempunyai 11 jenis pilihan dengan 4 saiz.

Kesimpulan

Majlis pertunangan akan lebih menarik dan mempesonakan jika anda jadikan semua pilihan di atas sebagai hantaran nanti.

Tidak merugikan pun kalau diberikan kepada insan yang sedang bertakhta di hati bahkan akan menjadi suri hidup anda hingga ke akhir hayat.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menyelesaikan urusan hantaran pertunangan nanti!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.