21 Idea Hadiah Untuk Perempuan (2023)
Memberi hadiah merupakan salah satu cara kita menghargai seseorang dalam hidup kita. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir lelaki yang mengalami masalah dalam membuat pemilihan hadiah untuk perempuan, bagi dijadikan sebagai kejutan di hari istimewa mereka.
Sudah menjadi lumrah seorang perempuan, hadiah begitu sinonim dengan dirinya. Mereka begitu gembira jika menerima hadiah apatah lagi dari insan yang mereka sayangi.
Nilai sesebuah hadiah tidaklah menjadi ukuran sebaliknya pemberian tersebut menandakan diri mereka dihargai.
Bagi membantu anda membuat keputusan, saya telah menyediakan beberapa senarai hadiah untuk perempuan bagi memudahkan anda membuat pilihan berdasarkan kemampuan anda.
Senarai Hadiah Untuk Perempuan
Berikut adalah hadiah terbaik untuk perempuan.
1. Set Telekung & Sejadah
Tidak perlu pening kepala mencari hadiah untuk perempuan muslimah. Set telekung amat sesuai kerana kebiasaannya wanita suka memiliki lebih dari satu set telekung untuk kegunaan sendiri.
Dengan adanya set telekung yang baharu, bolehlah mereka bergilir menggunakannya.
Set hadiah untuk perempuan ini begitu istimewa kerana ia lengkap dengan telekung travel, sejadah bersaiz besar, tasbih dan ada free gift.
Selain itu anda boleh mendapatkan wish card untuk ucapan tanpa caj. Terdapat 14 pilihan warna yang pastinya menambat hati anda. Ianya amat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah untuk ibu, hadiah untuk isteri ataupun hadiah untuk girlfriend.
2. Dalila Jubah Seluar Safwah Suit
Tambahkan lagi kasih sayang isteri anda dengan menghadiahkannya Dalila Jubah Seluar Safwah. Anda juga boleh menghadiahkan Dalila Jubah Seluar Safwah sebagai hadiah untuk anak perempuan kesayangan.
Apa yang penting, Jubah seluar Safwah ini ironless, mesra wuduk, cutting pula labuh dan longgar serta berpoket.
Jadi ia memudahkan anda untuk menyimpan barang seperti handphone atau dompet.
3. Laptop
Ini pula khusus untuk anda yang bajet besar. Buat isteri yang bekerja menggunakan laptop, ia tentunya sangat berguna. Apatah lagi jika laptop sekarang dah uzur. Jika anak perempuan pula, mungkin baru nak masuk ke universiti. Bila anda hadiahkan laptop, semakin bersemangat mereka nak bekerja ataupun belajar.
Memang sesuai dijadikan hadiah birthday untuk perempuan kesayangan anda. Pilih saja di antara jenama laptop terbaik.
4. Perfume Dexandra
Seterusnya antara barang perempuan yang disukai ramai iaitu pewangi Dexandra. Setiap satu botol dalam 35ml. Bau yang sedap dan tahan lama.
Memiliki saiz yang sesuai untuk di bawa ke mana sahaja dan mempunyai haruman bau bunga-bungaan.
Ianya boleh dijadikan hadiah untuk kawan perempuan.
5. Set Pisau Dapur
Ibu anda tentu gemar menghabiskan masanya di dapur. Apa kata kalau anda mudahkan urusan ibu anda untuk memasak dengan menghadiahkan ibu tercinta set pisau dapur.
Ianya juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk isteri tercinta.
Set yang murah harganya ini begitu eksklusif kerana ia disusun cantik di dalam satu bekas yang kemas. Pisau yang mempunyai kualiti tinggi ini adalah anti karat dan juga anti-slip.
Mempunyai pemegang yang selesa dan body yang solid. Pastinya ibu dan isteri anda semakin bersemangat memasak di dapur. Hadiah untuk perempuan bawah RM20 ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai bajet yang kecil.
6. Karpet Tatami
Bagi pilihan hadiah untuk perempuan yang seterusnya adalah karpet tatami. Karpet Tatami yang murah harganya ini merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan hadiah untuk perempuan bawah RM50.
Materialnya yang soft velvet dan didatangi dengan corak 5D printed pastinya dapat membuatkan ruangan rumah anda tampil menarik.
Boleh dicuci menggunakan mesin. Ia tidak mudah pudar, tidak berketul dan tidak mengecut. Karpet tatami juga anti gelincir. Ia terletak kemas dipermukaan lantai. Corak yang sangat simple tapi cantik dan kelihatan mewah.
7. Bantal Mainan Lembut
Hari lahir anak anda akan tiba tidak lama lagi dan pastinya si dia ternanti-nanti hadiah dari anda. Apa kata anda belikan anak gadis anda KAWAI CAT PULSH, bantal lembut berbentuk haiwan comel yang boleh menemaninya semasa tidur.
Grey atau coklat kedua-duanya sangat sesuai digandingkan. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk perempuan remaja dan juga hadiah untuk perempuan merajuk.
8. Lampu Tidur
Jika anak anda peminat animasi doraemon, lampu malam berbentuk Doraemon amat sesuai untuknya. Rekaannya yang begitu cute menyerikan lagi malam anak anda.
Sesuai sebagai hadiah untuk perempuan remaja. Ia boleh ditempatkan di meja sisi mahu pun meja belajar.
9. Gelang Pandora
Hadiahkan kepada si dia gelang pandora yang eksklusif ini. Gelang pandora ini tentu akan menjadikan si dia tampak begitu feminin, tampil menarik, comel dan bergaya jika memakainya.
10. Jambangan coklat
Ingin menghadiahkan seseorang tetapi anda tidak mempunyai bajet yang besar?? Hadiah untuk perempuan bawah RM50 ini mampu memikat hati si penerima.
Malah, hadiah ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk kekasih, hadiah perpisahan, hadiah untuk best friend perempuan, hadiah hari jadi dan sebagainya. Dekorasinya sangat cantik memeriahkan lagi suasana sambutan mereka.
11. Surprise Box Coklat
Bagi pilihan hadiah untuk perempuan yang seterusnya, anda boleh hadiahkan surprise box murah yang murah harganya tetapi penuh dengan nilai sentimental.
Di dalamnya terdapat pelbagai jenis coklat. Anda boleh memilih set yang anda berkenan. Coklat pun bukan biasa-biasa ye, ada Kit Kat, Kinder Bueno, Dairy Milk dan lain-lain.
Hadiah jenis ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah birthday untuk bff yang anda sayangi.
12. Baju Tidur Satin
Manakala, pilihan hadiah untuk perempuan yang ke-12 pula, apa kata kalau anda hadiahkan kepada isteri anda baju tidur satin sebagai tanda kasih sayang anda kepada mereka.
Tentu isteri anda akan kelihatan seksi dan menawan semasa memakai Baju Tidur Satin Pjamas TCWK Nightdress Nightgoa ini.
Baju tidur yang diperbuat daripada material satin berkualiti ini divariasikan dengan 10 warna pilihan.
13. Jam tangan
Set hadiah untuk perempuan iaitu Jam Swarovski ladies 3 in 1 begitu cantik dan elegent sangat sesuai dijadikan hadiah untuk perempuan yang menyambut ulang tahun. Apa yang anda akan dapat dalam set ini ialah 1 Watch Swarovski, 1 Bracelet Swarovski, 1 Necklace Swarovski dan 1 Full Box Swarovski yang kemas.
Sebanyak 7 pilcan warna tersedia untuk anda pilih, yang pasti semuanya sangat cantik. Harganya pula tidaklah mahal dan sangat berbaloi untuk dibeli. Sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk perempuan ulang tahun mereka.
Jika set jam tangan Swarovski di atas tidak menarik minat anda, boleh lihat senarai jam tangan wanita terbaik ini.
14. Cadar Patchwork 3 in 1
Jika anda seorang suami yang peka, apa kata bagi pilihan hadiah untuk perempuan seterusnya anda berikan set cadar patchwork 3 in 1 AIZHUO kepada isteri tercinta.
Ianya pasti membuatkan isteri anda tersenyum manis. Set yang sangat cantik ini akan menceriakan anda dan memudahkan kerja mengemas si isteri.
Bersaiz queen dan menggunakan material cotton sebanyak 80%, 20% polyster membuatkan ia tidak panas dan tidak berbulu, sangat tebal serta warna yang tidak mudah luntur dan mudah dibasuh menggunakan.
15. Chanel Miniature Set 5 in 1 Limited Edition
Selain itu, anda boleh memilih set mekap dari Chanel_Miniature Set 5 in 1 Limited Edition.
Lengkap sekali minyak wangi, hadiah yang berjenama ini amatlah berpatutan untuk dijadikan hadiah kepada wanita kesayangan anda.
16. Multi Layer Tray Make Up
Hadiahkan BFF anda Multi-layer Tray Makeup Bag Storage sempena hari lahirnya. Ianya 100% branded dan berkualiti tinggi. Ia kecil, ringan dan mudah di bawa.
Tampak ranggi dan tidak mudah rosak. Bracketnya pula diperbuat daipada aloi aluminium. Zipnya pun tahan lasak dan teksturnya kelihatan stylish. BFF anda tentu gembira kerana alat kecantikannya tidak bersepah lagi.
17. Beg Tangan Longchamp
Kebanyakan wanita tentunya sukakan beg tangan. Apa salahnya sesekali hadiahkan beg tangan mahal jenama Longchamp ini buat isteri tercinta ataupun ibu tersayang.
Sudah tentu mereka rasa sangat dihargai. Saat memakai beg tangan mewah ini tentu mereka rasa yakin dan bergaya.
18. Set Periuk Dessini
Jika anda mencari hadiah untuk perempuan yang bakal berkahwin, apa kata hadiahkan set periuk Dessini. Anda dan rakan boleh berkongsi duit untuk menghadiahkan rakan sekerja anda yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Peralatan memasak jenama DESSINI ITALY begitu berguna untuk rakan anda.
Diperbuat daripada granite set lengkap 23 pieces ini menjimatkan masa memasak dan mencuci. Ia sangat elegent untuk dihidangkan terus ke meja makan.
Ia juga anti lekat. Didatangkan dengan 8 variasi warna yang cantik menambahkan semangat untuk beraksi di dapur.
19. Baju Couple
Kekasih hati merajuk??? Baju couple merupakan sesuatu yang sesuai dijadikan hadiah untuk perempuan merajuk. Mengenakan pakaian sedondon semasa berdating menjadi idaman ramai wanita.
Sudah pasti hadiah ini membuat hati si dia berbunga dan hilanglah rajuknya.
Terdapat 10 warna dan 5 saiz ditawarkan. Anda juga boleh request kad ucapan sebagai pengganti diri. Yang pasti anda berjaya memujuk hati kekasih anda yang mahal itu.
20. Sejambak Bunga
Gunakan kehebatan jari anda untuk klik pada link yang disediakan. Passion Red Theme Soap Roses Bouquet with Artificial Baby Breath sangat sesuai untuk para suami yang ingin memujuk isterinya.
Harganya murah tetapi impaknya sangat besar. Gubahannya yang cantik dan berbau wangi seperti baby pastinya mampu mencairkan rajuk si isteri.
Dua warna yang begitu menambat hati. Sangat-sangat berbaloi, 15 ketul sabun yang mungkin boleh digunakan dikala kecemasan. Boleh juga berikan jambangan bunga hidup yang tentunya lebih disukai wanita.
21. Brooch Premium
Perempuan memang mudah merajuk. Tak perlu susah-susah pujuk, hadiahkan saja brooch. Nampak kecil, tapi impaknya tinggi.
Brooch Premium tentunya membuat si penerima gembira kerana benda ini lah yang sering membuat paginya moody.
Tersedia di dalam kotak yang memudahkan penyimpanan semula. Siap waranti kad lagi.
Penutup Kata
Meraikan seseorang tidak semestinya pada hari tertentu saja. Ia juga tidak perlu membebankan anda sebenarnya. Hadiah yang murah pun boleh. Asalkan seikhlas hati anda serta mengikut bajet yang anda ada.
Hargailah insan tersayang sementara masih ada. Zahirkan rasa kasih sayang anda. Sudah tentu mereka akan rasa Bahagia dengan kasih saying yang anda tunjukkan.
Jika alasan sibuk untuk keluar membeli hadiah, kini semuanya ada di hujung jari. Anda boleh dapatkan semua barang di atas secara online.
Apa yang penting cek dahulu nilai kemampuan kewangan anda sebelum membelinya. Semoga perkongsian ini membawa makna dalam membantu anda mencipta 1001 kenangan terindah!