25 Idea Hadiah Anniversary Untuk Suami
Bila anniversary dah nak dekat, tentunya hadiah yang menjadi persoalan. Suami tentu dah ada hadiah anniversary untuk isteri. Sebagai isteri, kita mestinya tertanya-tanya apa nak bagi sebagai hadiah anniversary untuk suami tersayang?
Bagi meraikan hari bahagia anda. Walaupun kecil, sebagai tanda ingatan.
Untuk itu, kali ini jom kita lihat cadangan hadiah anniversary untuk suami.
Idea Hadiah Anniversary Untuk Suami
Pening nak fikir hadiah untuk lelaki tercinta? Pilih saja dari senarai di bawah. Pasti buat suami anda teruja ketika menerimanya.
1. Dompet
Barang penting untuk simpan duit dan kad suami anda. Jika suami anda jenis yang banyak kad kredit, pilih dompet yang ada beberapa tempat simpan kad.
Dompet kulit lebih tahan lama berbanding biasa. Pastikan beli yang original, bukan tiruan!
2. Basikal lipat
Buat suami yang suka aktiviti berbasikal dan kayuh di pelbagai tempat yang berlainan, basikal lipat tentunya sesuai buat mereka.
Senang nak masuk dalam bonet kereta. Nak simpan di rumah pun tak perlukan ruang yang besar.
Hadiah anniversary untuk suami basikal lipat tentu buatkan mereka rasa hobi mereka mendapat sokongan penuh dari permaisuri hati.
3. Tali pinggang
Aksesori penting seorang lelaki yang bekerja pejabat. Pakaian formal lengkap dengan tali pinggang Dockers The Marina.
Bila dipakai setiap hari, tali pinggang yang ada tentu sudah kelihatan lusuh. Inilah masanya untuk anda berikan tali pinggangDockers The Marina sebagai hadiah anniversary untuk suami.
4. Jam tangan
Ada lelaki yang suka buat koleksi jam tangan. Walaupun jam tangan yang ada masih dalam keadaan baik, mereka suka bertukar-tukar jam tangan.
Hadiahkan jam tangan terbaik untuk lelaki yang pasti buatkan suami anda tersenyum gembira menerimanya.
5. Basikal Mountain Bike
Semakin ramai yang meminati sukan berbasikal. Ramai yang kita jumpa berkonvoi di jalanraya. Jika suami anda salah seorang darinya, hadiah basikal mountain bike tentu sangat dihargainya.
6. Blazer
Suami anda selalu pakai blazer di tempat kerja? Jika ya, hadiahkan sehelai blazer untuknya.
Blazer baru yang buatkan dirinya bertambah segak dan kacak.
7. Minyak wangi
Bukan hanya perempuan , tapi lelaki juga suka berwangi-wangian. Hadiah anniversary untuk lelaki ini buatkan hari anda dan suami sentiasa berbau harum.
Terdapat banyak perfume murah di pasaran. Dan belum pasti original atau tidak. Nak beri hadiah anniversary untuk suami, pastikan yang original seperti perfume Mercedez Benz Man Intense EDT ini. Baru puas pakai dan bau tahan lama.
8. Smart watch
Buat lelaki yang gemar bersenam atau bersukan, mereka tentunya perlukan smart watch. Jika suami anda juga tergolong dalam kategori ini, jadikan smart watch sebagai hadiah anniversary tahun ini.
Ada banyak smart watch di pasaran. Antara smart watch terbaik adalah jenama Amazfit T-Rex 2. Bukan setakat rekaan yang bergaya, bateri pun mampu bertahan sehingga 24 hari.
9. Treadmill
Suami anda suka ke gym? Atau bersemangat nak kuruskan badan? Inilah masanya untuk support beliau dengan menghadiahkan treadmill.
Bukan hanya suami boleh guna, tapi anda pun dapat bersenam sama. Tak perlu susah payah pergi kedai untuk cari treadmill.
Anda boleh dapatkan secara online. Tunggu saja treadmill sampai depan rumah.
10. Baju hujan
Hadiah anniversary untuk suami ini sesuai untuk lelaki yang keluar mencari rezeki menggunakan motorsikal. Bila tiba waktu hujan, baju hujan memang sangat diperlukan.
Walau tak gunakan setiap hari, tapi sangat perlu di saat kecemasan. Sudah tentu suami anda rasa terharu dengan pemberian isterinya.
11. Powerbank
Jenis lelaki yang selalu bekerja di luar, power bank AUKEY PB-N73/73C N Series antara barang yang wajib ada. Senang nak caj handphone. Dengan kapasiti 10000mAh, pengecasan semula power bank pun agak laju.
Power bank ini siap waranti ada selama 2 tahun.
Bila suami anda ada power bank tidaklah nanti anda telefon tak berjawab atas alasan bateri kong. Membuatkan kerisauan di hati isteri.
12. Pencuci Muka
Orang lelaki pun nak jaga wajah juga. Penting untuk tampil kacak terutama di hadapan isteri tersayang.
Hadiah untuk suami pencuci muka yang sesuai dengan kulit mukanya.
13. Handphone Realme GT NEO 3
Sesekali berikan sesuatu yang mahal sebagai hadiah untuk anniversary. Jika handphone suami dah nak rosak, tentu dia sangat gembira menerima handphone Realme GT NEO 3. Mempunyai kapasiti storan 256gb, tiada masalah untuk simpan gambar sebanyak mungkin dalam smartphone ini.
Didatangkan dengan superdart charge, hanya 12 minit untuk caj semula handphone. Antara handphone gaming terbaik dengan paparan skrin yang besar dan juga speed yang laju.
14. Penginapan hotel
Ini hadiah anniversary untuk lelaki yang anda pun dapat nikmati bersama. Lagi seronok dapat pergi berdua saja tanpa anak-anak. Bila lagi nak rasa seperti honeymoon.
15. Kerusi Gaming
Jika suami anda gemar bermain game, hadiah anniversary untuk suami kerusi gaming terbaik. Kerusi yang empuk, tak panas dan selesa walau duduk lama.
Apa yang penting rekaan ergonomik dan baik untuk tulang belakang. Tentu suami anda sangat menghargai pemberian anda ini.
16. Microsoft Xbox Series X
Untuk lelaki yang meminati game jenis console, Microsoft Xbox Series X pastinya memberikan pengalaman yang menarik buat suami anda.
Dengan lebih dari 1000 game, pilih saja game mana yang digemari. Tempoh loading juga laju kerana Xbox Series X menggunakan SSD.
Hadiah anniversary untuk suami 1 set Xbox yang boleh dikongsi bermain bersama anak-anak. Bukan suami saja teruja dapat hadiah ini, tapi anak-anak pun pasti melompat riang.
17. Shaver
Sebagai isteri anda tentu menyukai penampilan kemas suami anda. Untuk itu apa kata hadiah untuk anniversary kali ini berikan mesin pencukur.
Hadiah untuk lelaki yang sangat berguna supaya muka suami anda sentiasa nampak bersih dan kemas.
18. Jersey
Suami minat bola sepak? Hadiah anniversary untuk suami sehelai jersey original dari team kegemarannya.
Mesti dia gembira. Boleh dipakai ketika keluar berjalan.
19. Topi
Suami jenis suka pakai topi bila keluar? Hadiah anniversary untuk pasangan satu topi baru.
Berikan sesuatu yang selalu dia pakai. Tidaklah nanti hadiah anda berhabuk tersimpan dalam almari.
20. Drone DJI Mini 2
Jika suami tersayang sukakan gajet, anda boleh jadikan drone hadiah anniversary perkahwinan kali ini.
Boleh juga dia wujudkan Youtube Channel dengan gunakan drone ini. Ada rezeki boleh jadi sumber pendapatan tambahan.
21. Laptop
Hadiah anniversary untuk suami ini agak mahal agaknya. Sesuai untuk diberikan kepada suami yang selalu bekerja menggunakan laptop.
Laptop HP Pavilion Aero yang ringan dan saiz pun kecil. Bateri pun tahan lama.
Senang juga untuk dibawa ke mana saja. Bila dia outstation, boleh bawa laptop ringan yang anda hadiahkan ini.
22. Sling Bag
Jika suami anda lebih selesa pakai sling bag bila keluar, ini hadiah yang sesuai untuknya. Boleh tukar bag yang lama.
Senang nak masukkan kunci, dompet, handphone dan pelbagai barang lain.
23. Kasut sukan
Untuk galakkan suami anda melakukan aktiviti senaman, hadiahkan dia sepasang kasut sukan.
Moga selepas ini suami anda bersemangat melakukan senaman. Badan pun sihat dan cergas.
24. Beg Laptop
Suami anda selalu bekerja di luar? Selain laptop, tentunya dia perlukan beg laptop. Beg Arctic Hunter i-Travellista ini bukan saja boleh digunakan untuk letak laptop, tapi juga untuk travel bag. Mudah kan, tak perlu nak angkat banyak beg bila pergi outstation.
Beg 2 dalam 1 ini menggunakan material luaran yang water resistant. Kiranya kena air sikit tak jadi masalah. Tapi jangan pula dibiarkan kena hujan lebat. Habis basah barang dalam beg.
25. Realme Buds Air 3
Earbuds jenama Realme Buds Air 3 sangat sesuai dijadikan hadiah anniversary untuk suami. Alami sendiri bunyinya yang sedap dan jelas. Noise cancelling juga terbaik. Dengan setiap pengecasan penuh anda boleh mendengar muzik selama 30 jam.
Ini adalah earbuds terbaik yang buatkan suami anda terasa seperti pakai airpods dengan harga yang jauh lebih murah.
Kesimpulan
Hadiah anniversary untuk suami merupakan tanda ingatan hari istimewa anda dan suami. Tidak semestinya yang mahal. Ia hanya untuk memeriahkan kejutan anniversary untuk suami. Sediakan bouquet untuk lelaki ataupun hadiah dan sambut anniversary di rumah. Itu pun sudah memadai.
Pilih hadiah untuk lelaki dari senarai di atas. Nak beli pun mudah secara atas talian saja dan tunggu barang sampai di rumah.
Akhir sekali, Happy Anniversary in advance!