Doorgift Kahwin

31 Idea Goodies Kahwin 2024 (Murah & Exclusive)

Goodies kahwin atau doorgift kahwin merupakan hadiah kecil dari pihak pengantin kepada tetamu sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran mereka untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Doorgift kahwin ini juga turut dikenali dengan nama gudis perkahwinan.

Goodies kahwin ini juga merupakan salah satu pelengkap sesuatu majlis dan ianya juga mampu menceriakan lagi suasana dalam majlis perkahwinan yang sedang dilangsungkan itu.

Contoh Doorgift Kahwin atau Cenderahati Perkahwinan Terkini

Tidak kisahlah doorgift idea anda itu berteraskan goodies bajet/doorgift bajet ke, doorgift simple tapi menarik dan cantik ke, atau pun pilihan anda adalah doorgift murah bawah RM1 atau pun mana-mana doorgift murah yang mengikut kemampuan kewangan anda, semua itu anda boleh dapatkan dengan cukup mudah sekali.

Malah, pada zaman kini terdapat pelbagai pilihan idea doorgift yang memenuhi citarasa dan boleh dipilih.

Oleh itu, melalui posting kali ini saya berikan senarai idea doorgift kahwin yang boleh anda pilih untuk majlis perkahwinan nanti bersesuaian dengan bajet kewangan dan citarasa anda.

1. Doorgift Kahwin Roti Gardenia

Doorgift Kahwin

Kalau anda inginkan goodies murah tetapi mempunyai nilai eksklusif, Doorgift Roti Gardenia boleh dijadikan sebagai doorgift exclusive di majlis perkahwinan anda.

Roti putih ini disertakan dengan kotak yang cantik bercorak design terkini dan mempunyai banyak pilihan mengikut cita rasa sendiri. Walau simple, ia sesuai dijadikan sebagai doorgift kahwin. Anda perlu buat tempahan 2 awal sebelum majlis.

2. Goodies Kahwin Marshmallow Coklat Chocolate Lolipop

goodies kahwin

Antara pilihan lain untuk doorgift kahwin murah adalah Marshmallow Coklat Chocolate Lolipop ini.

Doorgift Kahwin jenis ini sangat sesuai dijadikan sebagai goodies kahwin untuk kanak-kanak dan pastinya disukai oleh mereka.

Yang menariknya, setiap isian di dalam plastik ini mempunyai dua lapisan iaitu yang pertama marshmallow manakala yang kedua pula adalah coklat.

3. Doorgift Kahwin Bonjot Macaron/Macaroon

goodies kahwin

Untuk pilihan doorgift kahwin yang seterusnya pula adalah Doorgift Bonjot Macaron/.

Doorgift Bonjot Macaron ini mempunyai 3 keping mini macaron di dalam setiap pek dengan campuran perisa mentega kacang, coklat, strawberi dan juga blueberi.

Ianya juga disediakan secara homemade dengan rasanya yang sangat sedap dan cair di mulut.

4. Doorgift Kahwin Biskut Famous Amos with Mix Flavour

goodies kahwin

Pilihan doorgift kahwin ini terdapat dalam 3 jenis pek dengan 3 kuantiti yang berbeza. Sangat sesuai dijadikan Doorgift vip kerana harga yang mahal. Malah, hadiah cenderahati untuk vip ini juga kelihatan menarik dan tampak lebih eksklusif.

5. Doorgift Kahwin Set Manicure


Doorgift kahwin yang ke-lima pula adalah Doorgift Set Manicure. Sesuatu yang sangat berguna dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama memang sangat sesuai dijadikan goodies.

Mengandungi 100 set dengan harga borong, ianya juga mempunyai 4 warna yang diberikan secara rawak ianya memang sangat berbaloi untuk dibeli.

6. Goodies Kahwin Yassin + Kotak Yassin


Bagi pilihan doorgift kahwin yang ke-enam pula, sangat sesuai dengan tema Islamic doorgift perkahwinan jadikan Yassin beserta sebagai doorgift kahwin anda. Buku Yassin ini juga mempunyai terjemahan dengan saiz berukuran 10.5cm x 14.7cm. Tulisannya juga besar dan jelas sangat mudah ketika membacanya.

Di dalamnya juga terdapat Surah Al-Fatihah, doa Yassin dan beberapa surah lazim yang lain. Doorgift kahwin Yassin ini juga dijual secara borong bagi anda yang mencari doorgift kahwin borong.

7. Goodies Kahwin Aqila Sos


Pilihan doorgift kahwin yang seterusnya adalah Aqila Sos Goodies Doorgift. Mempunyai botol yang cantik dengan isi padu 140 gram, ianya juga senang dibawa dan merupakan keluaran 100% syarikat muslim bumiputera. Anda boleh meletakkan sos ini di dalam goodies bag kahwin yang comel dan menarik.

8. Set Tuala Dengan Kotak Bertali

Bagi anda yang sukakan doorgift murah yang ringkas tetapi bermanfaat, jadikan Tuala Set Kotak Bertali sebagai salah satu pilihan anda.

Terdapat dalam 6 variasi warna kotak pilihan dengan saiz tualanya adalah 20cm x 20cm manakala saiz kotak pula adalah 2cm x 7cm x 15cm.

Tuala Set Kotak Bertali ini juga boleh digunakan untuk kegunaan harian.

9. Tasbih Digital

Selain yassin, anda juga boleh jadikan Tasbih Digital ini sebagai salah satu doorgift perkahwinan eksklusif anda.

Dengannya juga anda akan mendapat pahala yang berpanjangan. Tasbih digital ini sangat sesuai dijadikan doorgift kahwin untuk majlis perkahwinan nanti.

Tasbih digital memudahkan lagi pengiraan jumlah zikir yang telah dibaca.

10. Set Hadiah Mini

goodies bag

Untuk doorgift kahwin exclusive, apa kata jadikan Set Hadiah Mini ini sebagai pilihan doorgift vip .

Set Hadiah Mini terdapat dalam 3 jenis produk iaitu Set Sejadah + Kurma, Kurma Ajwa 1kg dan Set A-Kurma 7 dengan 2 pilihan lain iaitu diselitkan sekali kad ucapan atau pun kad + ayat untuk dipilih.

Ianya cantik, kemas, eksklusif dan berbaloi untuk dibeli. Sangat sesuai sebagai hadiah cenderahati untuk vip.

Malah, Set Hadiah Mini ini juga sesuai untuk di bawa ke mana-mana sahaja dan sangat eksklusif, unik, dan rekaan yang mewah.

Tetamu juga tentunya berasa lebih dihargai dan terharu.

11. Kotak Goodies Untuk Jajan

doorgift kahwin

Buat anda yang sedang mencari kotak goodies untuk jajan, apa kata jadikan Kotak Goodies Kertas Jajan sebagai pilihan.

Dengan rekaan yang sangat unit iaitu bentuknya umpama pengantin lelaki dan juga pengantin perempuan, Kotak Goodies Kertas Jajan ini nampak sangat menarik dan mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Setiap set mengandungi 24 keping kotak goodies campuran dengan warna pink dan mempunyai ukuran saiz 5.4cm x 3cm x 7cm bagi kotak pengantin perempuan.

Manakala untuk kotak pengantin lelaki pula berukuran 6cm x 3cm x 8 cm memang sesuai untuk diletakkan gula-gula atau apa sahaja yang kecil dan comel saiznya.

Tentunya akan menyerikan lagi majlis anda dan mampu membuatkan para tetamu berasa kagum dengan keunikan rekaan kotak cenderahati yang anda berikan kepada mereka ini.

Malah, anda juga pastinya lebih gembira apabila melihat kecomelan rekaannya.

12. Sticker doorgift kahwin

goodies bag

Sticker 100 keping ini mempunyai 3 saiz iaitu 3cm, 4cm serta 5cm dan ianya juga boleh menggunakan rekaan anda sendiri. Permukaan sticker ini pula jenis berkilat dan menggunakan bahan dari mirrorcoat. Paling penting anda boleh dapatkannya dengan harga borong, memang sangat berbaloi.

13. Ziplock Cookies Doorgift

goodies bag

Biskut berperisa mentega ini mengandungi 4 keping di setiap pek yang berukuran 9cm x 14cm.

Ianya juga disediakan secara custom craftag dan juga ready made thank you. Setiap bundle pula mempunyai 50 pek biskut berperisa mentega.

14. Chocolate Gift Bag

goodies kahwin

Sangat sesuai dijadikan sebagai doorgift di majlis perkahwinan, setiap set Chocolate Gift Bag ini mengandungi 10 jenis barang.

Anda juga boleh membuat permintaan kepada penjual jika inginkan penambahan barangan.

Setiap set barangan adalah secara campuran dengan saiznya adalah 15cm x 13cm x 7cm.

15. Bahulu Bunga Pecah 8/Bahulu Kemboja

goodies kahwin

Kuih bahulu antara doorgift popular terutamanya di kawasan perkampungan. Terkenal dengan keenakan dan rasanya yang asli apatah lagi dengan inovasi sekarang yang telah mempelbagaikan perisa, sudah tentunya ia merupakan pilihan tepat dan disukai ramai. Bahulu asli ini boleh dibeli harga borong dengan 3 kuantiti berbeza iaitu 30 biji, 50 biji dan juga sebanyak 100 biji.

16. Halal Doorgift Meringue Bonjot

goodies kahwin

Selain biskut, bahulu, coklat, Halal Doorgift Meringue Bonjot juga merupakan pilihan terbaik untuk doorgift hari bahagia anda.

Didatangi dengan 7 pilihan perisa iaitu vanila, strawberi, blueberi, coklat, oreo, tutti fruiti dan juga perisa laici.

Ianya sangat sedap dan terus cair di mulut ketika menikmatinya. Kurang manis dan dibuat secara homemade. Setiap set mengandungi 50 pek meringue.

17. Beryl’s Pillow Wrap Choc 500kg/1kg

goodies kahwin

Untuk anda yang sukakan Doorgift kahwin buat sendiri atau doorgift hasil air tangan anda sendiri, apa kata anda beli Beryl’s Pillow Wrap Choc 500kg/1kg ini untuk dimasukkan ke dalam goodies bag.

Goodies bag anda pasti akan tampil lebih menarik. Beryl’s Pillow Wrap Choc bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga turut menyukainya.

Beryl’s Pillow Wrap Choc ini mengandungi 8 jenis perisa.

Perisa-perisanya pula adalah tiramisu milk, tiramisu almond milk, tiramisu almond dark, tiramisu almond white, mono dark choc, strawberry chips with white choc, mint & bitter choc, dan juga mix random flavour dengan kuantiti berat 500kg dan 1kg.

18. Doorgift Candy in Cone

goodies kahwin

Buat anda yang masih lagi tercari-cari doorgift kahwin untuk kanak-kanak yang murah dan cantik, dapatkan Doorgift Candy in Cone ini sekarang.

Anda boleh membeli 100 set dengan harga borong. Memang sangat jimat, berbaloi dan puas hati.

19. Pakej Doorgift Kahwin Mix Nuts and Seeds/Mix Fruits

goodies kahwin

Sesuai dengan taglinenya iaitu murah, sedap dan sihat, Pakej Doorgift Mix Nuts and Seeds memang pilihan yang terbaik buat anda yang suka kekacang dan ingin kekal sihat.

Gabungan kacang dan juga buah-buahan kering, ianya pasti digemari ramai.

20. Doorgift Kahwin Set Halal Madu 30gm

goodies kahwin

Terdapat dalam 4 bentuk bekas, set halal madu ini juga sesuai untuk dijadikan cenderahati di majlis perkahwinan. Mempunyai 40 bekas untuk setiap set.

Anda boleh membelinya secara borong. Botolnya juga sangat comel dan tampak mewah.

21. Goodies Bag Agar-Agar Kering Perisa Campuran

goodies kahwin

Pilihan cenderahati kahwin yang seterusnya pula adalah Agar-Agar Kering Perisa Campuran. Agar-Agar Kering Perisa Campuran ini merupakan produk homemade.

Mengandungi perisa campuran iaitu original, ros, oren, anggur, tebu dan dibuat dengan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

Selamat dimakan dan ianya sangat sedap dan digemari semua peringkat umur. Saiz kotak doorgift ini pula ukurannya adalah 6cm x 6cm x 6c dengan berat 70g per kotak.

Terdapat dalam 2 pilihan set iaitu 50 kotak atau 100 kotak dengan harga borong.

22. Penggantung Hiasan

goodies kahwin

Cipta kelainan dengan memberikan Penggantung Hiasan sebagai cenderahati di majlis terindah anda.

Pastinya tetamu akan berasa teruja ketika menerimanya. Saiznya pula berukuran 15cm x 7cm dan boleh dibeli dengan harga borong.

Selain itu Penggantung Hiasan ini juga mempunyai tulisan secara rawak iaitu sama ada kecil atau pun besar.

Anda boleh memilih kuantiti yang ingin dibeli iaitu 50 keping atau 100 keping. Dengan pemilihan Penggantung Hiasan ini sebagai cenderahati, tentunya para tetamu akan teruja.

Hal ini adalah kerana mereka bukan sahaja mendapatnya secara percuma, tetapi ianya boleh juga digunakan sebagai hiasan untuk mendeko kediaman mereka.

Memang sangat berbaloi untuk dibeli.

23. Goodies Kahwin Dompet Syiling

goodies kahwin

Doorgift jenis ini boleh digunakan untuk urusan harian. Dapatkan Dompet Syiling yang comel ini dengan harga borong buat tetamu yang anda hargai.

Dompet Syiling ini boleh diborong dengan dua kuantiti iaitu 50 buah atau 100 buah dompet.

Coraknya pula diberikan secara rawak. Anda juga boleh memesan cetakan nama pada Dompet Syiling tersebut dengan meletakkan nama anda dan pasangan dan juga tarikh serta hari perkahwinan dilangsungkan.

Tentunya kelihatan lebih menarik jika dicetak dengan nama anda dan pasangan sebagai kenang-kenangan buat tetamu yang hadir.

Malah mereka juga pastinya seronok melihat nama anda berdua terpapar indah terukir kemas di atas Dompet Syiling.

24. Bunga Telur

doorgift kahwin

Tak lengkap rasanya kalau majlis perkahwinan tidak diselitkan dengan kehadiran bunga telur penyeri majlis. Memang sudah menjadi adat dan sinonim dengannya, setiap majlis pasti akan ada bunga telur.

Oleh itu, untuk pilihan cenderahati majlis yang seterusnya, jadikan Bunga Telur ini sebagai doorgift buat tetamu yang hadir memeriahkan majlis anda. Setiap kotak mempunyai 50 cucuk Bunga Telur yang panjangnya 30cm dan mempunyai 16 pilihan warna.

25. Purse Bag Mengkuang Qaseh

doorgift kahwin

Tampil klasik dan anggun dengan doorgift Purse Bag Mengkuang Qaseh ini. Purse Bag Mengkuang Qaseh sangat-sangat evergreen, unik dan eksklusif serta lain dari yang lain.

Mempunyai ukuran saiz 15cm x 11cm, Purse Bag Mengkuang Qaseh ini mempunyai 10 pilihan warna. Ianya juga sangat sesuai dijadikan doorgift buat tetamu VIP.

26. Doorgift Kahwin Set Sudu dan Garfu

doorgift kahwin

Pilihan cenderahati yang ke-26 pula adalah Set Sudu dan Garfu stainless steel yang mempunyai rekaan yang cantik dan unik.

Set Sudu dan Garfu ini ada pelbagai design untuk anda pilih. Setiap set datang sekali dengan kotak. Sangat-sangat comel dan dengan rekaan yang cantik dan elegan.

27. Salt & Pepper Shaker

doorgift kahwin

Cenderahati ini pula sangat romantis dan mampu membuatkan sesiapa sahaja terpikat dengan kecomelannya. Salt & Pepper Shaker mempunyai 6 pilihan rekaan yang comel dan menarik, anda juga boleh memilih kuantiti yang ingin dibeli dengan harga borong yang sangat murah.

28. Kotak Mengkuang + Bunga Orkid

doorgift kahwin

Kotak Mengkuang + Bunga Orkid ini merupakan sebuah produk yang cantik, kukuh dan juga tahan lasak. Ianya sangat praktikal, sangat sesuai digunakan sebagai doorgift untuk aksesori, telur, kekacang, dodol dan sebagainya.

Bertemakan klasik dan juga tradisional, Set Kotak Mengkuang + Bunga Orkid ini juga boleh dijadikan cenderahati untuk tetamu VIP yang hadir ke majlis perkahwinan anda.

Anda akan mendapat 30 buah Set Kotak Mengkuang + Bunga Orkid untuk setiap harga borong dengan ukuran saiz 6cm x 6cm.

29. Kotak Goodies Kahwin

doorgift kahwin

Bagi anda yang masih lagi mencari kotak cenderahati yang elegan, kemas, ringkas, unik dan sangat cantik, apa kata dapatkan Wedding Doorgift Box ini.

Mempunyai 3 pilihan warna, kotak ini berdiameter 10cm. Ianya sangat sesuai untuk majlis eksklusif anda.

30. Chocolate Bar Boleh Cetak Nama

doorgift kahwin

Bagi anda pencinta coklat, apa kata jadikan Chocolate Bar Doorgift Cetak Nama ini cenderahati di hari bahagia anda sebagai salah satu simbolik cinta yang boleh dikongsi dan dirasai bersama tetamu yang hadir menyerikan majlis.

Chocolate Bar Doorgift Cetak Nama ini berukuran 12cm x 3cm dengan ketebalan 0.5 dengan berat 13gm+-. Anda boleh dapat 50 keping Chocolate Bar Doorgift Cetak Nama dengan harga borong.

31. Kipas Tangan

doorgift kahwin

Kipas Tangan ini juga sesuai dijadikan sebagai buah tangan di majlis perkahwinan. Popular sejak dahulu lagi, Kipas Tangan ini masih lagi kekal relevan sehingga sekarang.

Sangat-sangat berkualiti tinggi, kipas ini mempunyai 4 pilihan warna iaitu pink, blue, peach dan dark blue.

Setiap paket mengandungi 30 buah Kipas Tangan. Cenderahati atau doorgift kahwin ini sebenarnya sudah menjadi simbolik kepada sesuatu majlis.

Penutup Kata

Pasangan pengantin dan keluarga mereka memilih untuk memberikan cenderahati ini sebagai tanda berterima kasih dan rasa syukur yang tak terhingga di atas kehadiran para tetamu untuk bersama-sama meraikan hari bahagia mereka. Buat para tetamu yang nak datang, anda juga boleg berikan hadiah kahwin buat pengantin sebagai tanda meraikan hari bahagia mereka.

Walau apa pun pilihan bagi pemberian buah tangan ini kepada para tetamu, pasti ianya diberikan dengan seikhlas rasa di hati.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.