Senarai Buffet Ramadhan 2024
Bulan Ramadhan bakal tiba. Sudah tentu ramai yang mencari buffet Ramadhan untuk berbuka puasa. Hidangan iftar Ramadhan yang enak dan bermacam jenis tentu saja memeriahkan lagi suasana bulan Ramadhan anda. Anda boleh menikmati hidangan buffet Ramadhan bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
Untuk memudahkan anda mencari restoran atau hotel yang menyediakan buffet Ramadhan, di sini saya kongsikan senarai buffet Ramadhan.
Senarai Buffet Ramadhan
Berikut adalah tempat yang menyediakan iftar buffet. Boleh mula buat tempahan dari sekarang supaya tak terlepas tarikh yang anda inginkan.
1. Latest Recipe, Le Meridien Putrajaya
Bagi yang tinggal di Putrajaya, anda tentu mencari buffet Ramadhan 2023 Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan IOI Mall Putrajaya, Le Meridien Putrajaya bukan hanya sesuai untuk penduduk Putrajaya. Malah, kawasan sekitar seperti Bangi, Cyberjaya, Seri Kembangan, Puchong dan juga Kuala Lumpur.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa di Le Meridien, anda boleh shopping raya dulu di IOI Mall. Tahun ini, Latest Recipe menyediakan Nasi Royale istimewa untuk buffet Ramadan.
Di samping itu, anda juga akan disajikan dengan persembahan ghazal semasa menikmati hidangan berbuka puasa. Surau yang luas juga disediakan untuk memudahkan anda menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih.
Harga bermula dari RM138 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak. Yang menariknya tarikh terbuka dan anda bebas memilih tarikh selepas membuat pembelian di website Klook. Namun begitu, pembatalan tidak dibenarkan.
2. Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur.
Bagi yang suka menikmati Ramadhan buffet sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur yang indah, Restoran Atmosphere 360 adalah pilihan terbaik untuk anda.
Dibuka dari pukul 7 malam hingga 10 malam sepanjang Ramadhan. Yang menariknya, restoran ini turut menyediakan kadar istimewa untuk warga emas. Makanan juga ada pelbagai pilihan pada harga yang bermula RM199 untuk seorang dewasa.
Pembelian iftar Ramadan boleh dibuat mulai sekarang di website Klook. Tarikh yang dipilih adalah tetap dan pembatalan boleh dibuat 48 sebelum tarikh pilihan.
3. Spices di Furama Bukit Bintang
Seterusnya buffet Ramadhan di Hotel Furama. Hotel yang terletak di Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang ini menyajikan pelbagai hidangan menarik sempena bulan Ramadhan.
Bagi anda yang berada di pusat bandar Kuala Lumpur atau ingin berbuka puasa di area sana, anda boleh booking iftar Ramadhan di website Klook pada harga RM108.80 seorang.
4. Grand Spice Bazaar di Grand Hyatt, Kuala Lumpur
Restoran Grand Spice Bazaar menghidangkan pelbagai menu menarik di bulan Ramadhan termasuk kambing bakar, daging bakar, ayam bakar dan juga seafood bbq.
Harga buffet Ramadhan untuk seorang dewasa adalah RM208 dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun adalah RM104. Hotel yang terletak di Jalan Pinang, Kuala Lumpur ini berdekatan dengan KLCC dan Menara Berkembar Petronas.
Tempahan untuk bulan Ramadhan boleh dibuat sekarang melalui laman web Klook.
5. Lemon Garden Café, Shangri-La, Kuala Lumpur
Sempena Ramadhan, Shangri-La menyediakan Sajian Istimewa Buffet Ramadhan yang berharga RM225. Pembelian boleh dibuat mulai sekarang di website Klook dan anda perlu membuat reservation sehari sebelum.
Tarikh yang dipilih adalah tetap dan tidak boleh diubah dan tiada refund sekiranya anda bertukar fikiran atau tidak dapat datang pada hari tersebut. Oleh itu, pastikan anda benar-benar boleh hadirkan diri pada waktu yang dipilih.
6. Nook di Aloft, KL Sentral
Buffet makan malam yang dinamakan Nostalgia Kampung Baru Dinner menyediakan makanan kegemaran yang diinspirasikan dari Kampung Baru. Antaranya kambing bakar berempah, nasi lemak kukus dan banyak lagi.
Harga untuk buffet Ramadhan Aloft adalah RM138 setiap orang dan tarikh yang dipilih tidak boleh diubah.
Tempahan untuk iftar Ramadhan boleh dibuat melalui laman web Klook.
7. Café BLD di Hotel Renaissance, Johor Bahru
Untuk warga Johor Bahru, Hotel Renaissance menyajikan iftar Ramadan pada harga RM178 setiap orang dewasa. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun pada harga RM94.
Pembelian boleh dibuat mulai sekarang di laman web Klook dan tarikh yang dipilih adalah tetap. Selepas membuat pembelian, anda perlu menelefon Café BLD untuk membuat tempahan awal.
Sekiranya selepas membuat pembelian anda tidak dapat hadir pada tarikh yang dipilih, anda boleh membuat pembatalan. Jika pembatalan dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh tempahan, anda akan mendapat pemulangan wang penuh.
8. Hotel Le Meridien di Petaling Jaya, Selangor
Le Meridien Petaling Jaya menawarkan Ramadhan buffet yang bermula pada harga RM98 setiap orang. Untuk mereka yang mencari buffet Ramadhan 2023 Selangor, anda boleh membuat pembelian di laman web Klook.
Untuk pengetahuan anda, tarikh yang sudah dipilih tidak boleh ditukar dan pembatalan tidak dibenarkan. Pastikan anda boleh hadir pada tarikh yang dipilih. Ini kerana mereka tidak memberikan pemulangan wang jika anda gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan.
9. Swez Brasserie di Hotel Eastin, Kuala Lumpur
Hotel Eastin yang terletak di Pusat Dagang, Seksyen 16, Petaling Jaya menawarkan buffet Ramadhan pada harga RM150 setiap orang. Menyajikan pelbagai hidangan menarik seperti kambing panggang, nasi briyani, sup gear box berempah dan banyak lagi.
Pembelian iftar Ramadhan boleh dibuat mulai sekarang di laman web Klook. Selepas pembelian, anda perlu membuat tempahan awal kepada pihak hotel dan maklumkan tarikh yang telah dipilih.
Tarikh yang dipilih tidak boleh diubah dan tiada pembatalan boleh dibuat selepas pembelian. Ini bermakna, jika anda tidak dapat datang pada tarikh yang dipilih, wang anda akan tidak akan dikembalikan.
10. The Eatery di Four Points by Sheraton, Puchong
Four Points by Sheraton menyajikan buffet Ramadhan 2023 pada harga RM110 dewasa dan kanak-kanak pada harga RM55. Pembelian boleh dibuat di website Klook beserta tarikh yang diinginkan.
Namun begitu, selepas pembelian, tiada pertukaran tarikh boleh dibuat. Pembatalan juga tidak dibenarkan. Four Points by Sheraton terletak di Puchong Financial Corporate Centre, Bandar Puteri Puchong.
11. Quan’s Kitchen di Four Points by Sheraton, Kuala Lumpur
Sheraton Kuala Lumpur menawarkan buffet Ramadhan 2023 pada harga RM125.50. Pembelian boleh dibuat melalui laman web Klook. Tarikh yang dipilih tidak boleh diubah.
Namun begitu, jika anda ingin batalkan pembelian, anda boleh berbuat demikian 24 jam sebelum tarikh yang dipilih. Quan’s Kitchen terletak di Jalan Balai Polis, Kuala Lumpur.
12. Link di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur
Hotel Pullman Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pantai Baharu menyajikan iftar Ramadhan pada harga RM169.20 untuk dewasa dan RM88.20 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.
Pembelian boleh dibuat di website Klook. Tarikh yang dipilih adalah tetap dan tiada pembatalan dibenarkan. Untuk itu, pastikan anda boleh hadir pada tarikh yang dipilih.
Akhir Kata
Pembelian untuk senarai buffet Ramadhan di atas boleh dibuat melalui website Klook. Anda hanya perlu mempamerkan bukti pembelian kepada pihak restoran.
Ada sesetengah restoran yang memerlukan anda membuat tempahan awal selepas pembelian. Pastikan semak syarat yang dikenakan pihak restoran sebelum membuat pembelian.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita semua dapat membuat pahala berganda pada Ramadhan kali ini.