9 Jenama Basikal Lipat Terbaik di Malaysia (2023)
Aktiviti berbasikal semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lebih seronok jika dapat berbasikal di pelbagai tempat. Namun begitu, saiz basikal yang besar sukar untuk dibawa menggunakan kereta. Berbeza jika anda memiliki basikal lipat. Mudah untuk dibawa ke mana saja. Ini antara kelebihan basikal lipat yang menyebabkan ramai memilih untuk memiliki basikal ini.
Tips Beli Basikal Lipat
Sebelum anda membeli basikal lipat, berikut adalah perkara penting yang perlu anda pertimbangkan dalam membuat pilihan.
1. Cara lipat basikal yang mudah
Komponen basikal yang sedikit untuk dilipat akan memudahkan kerja anda. Untuk itu, sebaiknya cari basikal yang paling senang nak lipat. Jika anda membuat pembelian secara online di Shopee atau Lazada, anda boleh chat dahulu dengan penjual. Tanya mereka berapa banyak komponen yang perlu dilipat.
Selain itu, cari video berkaitan basikal yang anda inginkan di Youtube. Lihat cara untuk melipatnya.
2. Berat basikal
Basikal lipat menjadi pilihan ramai kerana beratnya yang ringan serta badannya yang boleh dilipat. Supaya mudah untuk dibawa ke mana-mana serta tidak mengambil ruang yang besar.
Untuk prestasi terbaik, dicadangkan memilih basikal lipat dengan berat dalam lingkungan 10kg-15kg.
3. Saiz tayar
Secara umumnya, saiz tayar yang kecil akan memudahkan lagi basikal untuk dilipat. Roda yang kecil lebih kuat dan laju berbanding roda besar. Namun begitu, untuk perjalanan jarak jauh, roda yang besar lebih disarankan.
4. Harga
Basikal lipat anda boleh dapatkan dari harga serendah RM200 hingga melebihi RM18000 . Jika anda seorang yang utamakan kualiti, tidak salah kiranya melabur lebih untuk mendapatkan basikal yang mantap dengan spesifikasi terbaik. Namun, jangan sampai melebihi kemampuan diri.
Basikal Lipat Terbaik
Buat yang masih keliru nak pilih basikal lipat terbaik, di bawah ini adalah pilihan basikal lipat dewasa. Bolehlah nak beli sebagai hadiah untuk suami atau pakai sendiri.
1. TRS Croze Pro Premium Specs (451) 20″ Basikal Lipat
Spesifikasi:-
- Pedal boleh lipat
- 8 speed kelajuan
- Badan dari aluminium
- Hi-ten Steel Fork
- Shimano Altus SL-M310 8 Speed Shifter
- Shimano Tourney RD-TX 8 Speed RD
- Tektro Hydraulic Oil Disc Brake
- Sealed Bearing BB
- Alloy Crankset 52T – 170mm
- Joytech Alloy 32H Hub
- 40mm High Profile Wheelset (451)
Jenama basikal lipat terbaik dari TRS sememangnya tidak asing lagi dengan kualitinya yang tinggi.
Menampilkan 3 warna iaitu merah, kelabu dan keemasan. Basikal ini menggunakan gear jenis Shimano dan brek hidraulik.
Kalau anda nak cari basikal yang kukuh, basikal lipat TRS adalah antara pilihan yang terbaik. Dengan 8 speed serta harga yang tidak terlalu mahal. Boleh dikatakan antara basikal lipat dewasa murah dan berkualiti.
Basikal lipat ini didatangkan dalam keadaan 90% siap dipasang. Ia sesuai untuk kegunaan penunggang remaja dan dewasa.
Dengan berat dalam lingkungan 12.7kg, basikal lipat TRS Croze Pro ini tidak terlalu membebankan untuk diangkat serta mudah untuk dibawa ke mana saja.
2. XDS K3.2 Basikal Folding 20”
Spesifikasi:-
- Pedal boleh lipat
- Ringan dengan berat 10.8kg
- 10 speed kelajuan
- 2 front, 2 rear sealed bearing hubs
- Disc brek depan belakang
- Double wall rim
- Prowheel hollow crankset 48t with hollo bb
Basikal lipat dewasa XDS K3.2 ini menggunakan rangka yang ringan dan kukuh. Rimnya juga tak senang bengkok dan tahan lasak. Memang antara folding bike terbaik.
Dengan berat dalam lingkungan 10kg, ini adalah basikal saiz 20” yang paling ringan. Senang nak angkat, umpama angkat seguni beras 10kg.
Lagi menarik, siap disediakan jaminan selama 6 bulan untuk kerosakan gear dan 1 tahun untuk masalah rangka basikal. Namun, jaminan ini hanya berjalan jika kerosakan dari pengeluar. Bukan disebabkan anda kemalangan dan rangka basikal patah.
3. Basikal Lipat Java Zelo 20”
Spesifikasi:-
- Frame materials : 6061 Aluminium
- Rim 40mm Decaf Double Wall
- Gear jenis Shimano
- 7 speed kelajuan
Jenama basikal lipat terbaik seterusnya adalah dari Java. Menggunakan gear jenis Shimano yang berkualiti tinggi, basikal lipat Java Zelo mampu menampung berat sehingga 120kg.
Dengan harga bawah RM1000, ia antara basikal lipat berjenama yang murah berbanding pesaing yang lain.
Siap mendapat jaminan selama 2 tahun dari Java Malaysia jika rangka basikal bermasalah. Ia menandakan keyakinan Java Malaysia dengan kualiti produk mereka.
4. Dahon K3 Plus 16”
Spesifikasi:-
- Frame: Lightweight Dalloy Aluminum Sonus Tubeset, Lattice Forged Hinge, w/ ViseGrip Technology
- Wheel: 16” 305
- 9 speed kelajuan
- Dahon disk brake
- Wellgo pedals
- Crankset 55T
Dahon, antara jenama basikal lipat dewasa terbaik di Malaysia. Basikal lipat yang ringan, tak sampai 10kg. Mudah nak angkat. Sesuai untuk wanita dan mereka yang suka berbasikal di luar kawasan.
Berat maksimum penunggang basikal yang mampu ditampung adalah sebanyak 100kg. Walaupun tayar bersaiz kecil, basikal lipat ini mampu meluncur dengan laju. Anda juga boleh sesuaikan kelajuan mengikut kehendak anda dengan adanya 9 speed kelajuan.
5. Oyama Skyline M500D 20”
Spesifikasi:-
- OYAMA aluminum alloy folding frame
- Front fork OYAMA steel disc brake
- Stand pipe OYAMA high-strength steel
- Ergonomic comfortable seat cushion
- Seat post OYAMA aluminum seat post
- Sprocket crankset PROWHEEL 2×6 speed aluminum 14-28t alloy crank road chainset (52/42 teeth)
- Gear jenis Shimano
- 6 speed kelajuan
Jenama basikal lipat Oyama merupakan sebuah jenama dari Taiwan. Syarikat basikal Oyama telah mula bertapak sejak 54 tahun yang lalu. Jadi, anda tak perlu risau tentang kualiti basikal keluaran mereka.
Model Elite Skyline terdapat dalam 4 pilihan warna iaitu merah, hitam, putih dan kuning. Berat basikal dalam lingkungan 12kg.
6. Xiaomi HIMO Z20 20” Basikal Lipat Elektrik
Spesifikasi:-
- 6 speed kelajuan
- In seat air pump
- 2 mod berbasikal
- Rangka jenis aluminium
- 10Ah lithium bateri
- Gear jenis Shimano
- 250W DC motor
Seterusnya, basikal lipat elektrik terbaik keluaran Xiaomi. Bagi yang sukakan basikal elektrik, boleh lipat, ini merupakan pilihan terbaik.
Namun begitu, basikal ini agak berat dengan berat 21.6kg. Kurang sesuai untuk dibawa travel. Terdapat 2 pilihan warna, putih dan kelabu.
Bateri basikal boleh dibuka dan mempunyai jaminan selama 1 bulan. Disebabkan mempunyai fungsi elektrik, harga basikal lipat Xiaomi ini melebihi RM2000.
7. Camp Snoke 16”
Spesifikasi:-
- 10 speed kelajuan
- Alloy frame
- Gear Shimano Tiagra
- Crank :Luce CNC 56T Hollow Crank
- Brake :Tektro Hydraullic Disc Brake
- Tire : 16inch x 1 3/8
Didatangkan dengan 2 warna, kelabu biru dan kelabu emas. Antara basikal lipat dewasa terbaik dengan speed yang tinggi.
Dengan berat lingkungan 11kg, mudah untuk anda angkat, lipat dan bawa masuk ke dalam kereta. Tempat untuk simpan juga tidak memerlukan ruang yang luas.
8. Argus Thamuz 20” Folding Bike
Spesifikasi:-
- 6061 Aluminium Custom Butted Frame And Fork Full Aluminium
- Gear jenis Sensah V9
- Prowheel Ounce Hollow Crank 52T
- 11-28T Cassette
- Mechanical Disc Brake
- 9 speed kelajuan
Basikal lipat terbaik jenama Argus antara basikal lipat yang ringan dengan berat dalam 11kg. Sesuai untuk anda yang gemar berbasikal di tempat yang jauh. Mudah nak masuk kereta dengan beratnya yang ringan serta boleh lipat.
Berat maksima penunggang yang mampu ditanggung basikal ini adalah sekitar 110kg. Argus Malaysia menawarkan 1 tahun jaminan untuk rangka basikal.
9. Avand Chester X 20”
Spesifikasi:-
- Alloy frame dan handlebar
- Gear jenis Sensah MX10
- 10 speed kelajuan
- Crank Hollow 52t
- Brake Hydraulic
- Tyre : 20 inci with Quick Release (451)
- Freewheel 11T-32T
Ini antara basikal lipat terbaik dengan 10 speed kelajuan. Boleh anda mengayuh dengan selesa mengikut kelajuan yang diinginkan.
Basikal juga tidak terlalu berat dalam lingkungan 13kg. Didatangkan dengan 90% pasang siap. Namun, anda perlu tahu serba sedikit tentang pemasangan basikal untuk memastikan basikal lipat siap dalam keadaan yang baik.
Jika tak tahu nak pasang sendiri? Bawa saja ke kedai basikal. Serahkan pada mereka yang pakar.
Akhir Kata
Kini, anda dah tahu basikal lipat terbaik di Malaysia. Ada banyak pilihan yang tersedia di pasaran untuk pilihan anda. Buatlah pilihan yang terbaik untuk memastikan basikal lipat anda mampu berkhidmat dalam tempoh yang panjang.
Apa yang penting, utamakan basikal yang berkualiti supaya anda boleh berbasikal dengan selesa.