7 Air Cooler Terbaik di Malaysia 2024
Anda sedang merancang nak beli air cooler untuk rumah? Tapi, tak tau yang mana satu air cooler terbaik?
Untuk itu, kali ini saya akan kongsikan air cooler terbaik untuk pilihan anda.
Sebelum anda buat pembelian pastikan anda tahu beza antara air cooler dan portable aircond. Supaya nanti tak tersilap beli dan berlaku pembaziran.
Fungsi Air Cooler
Air cooler berfungsi untuk menyejukkan udara di sekeliling kita. Tapi, jika anda mahukan rasa sejuk seperti aircond, air cooler bukanlah pilihan untuk anda.
Rasa sejuk air cooler dijana dari air dan juga ais yang diletakkan dalam tu. Jadi, kalau nak lagi sejuk kena pastikan ada ais. Anda akan rasai kesejukan lebih dari kipas angin biasa.
Lagi satu, nak pakai air cooler ni anda kena rajin tambah air dan sejukkan pek ais.
Harga air cooler jauh lebih murah dari portable aircond ataupun aircond dinding. Bawah RM400 dah boleh dapat.
Sekarang, jom kita lihat air cooler yang terbaik.
Air Cooler Terbaik Malaysia
#1. Khind Air Cooler EAC400
Kapasiti Tangki: 4 Liter
Waranti: 1 tahun
Berat: 4kg
Kelebihan
Kekurangan
Air cooler Khind ini antara air cooler murah yang boleh didapati di pasaran. Sesuai dengan harganya, saiznya agak comel dengan kapasiti tangki yang disediakan juga kecil.
Dalam masa beberapa jam anda perlu tambah air lagi untuk supaya air cooler boleh terus berfungsi.
Air cooler Khind ini sesuai untuk keluasan sehingga 15 Sqm. Kiranya untuk bilik kecil memang okay sangat.
Kelajuan kipas boleh dilaraskan sehingga speed 3. Kalau nak terasa lagi sejuk anda boleh tambah pek ais.
Nak alihkan air cooler pun tak susah sebab ringan dan ada roda sekali. Cuma bunyi kipas air cooler Khind ini lebih kuat berbanding kipas meja.
#2. Air Cooler Elba Eac-H6580Rc(Wh)
Kapasiti Tangki: 14 Liter
Waranti: 1 tahun
Berat: 7.25kg
Kelebihan
Kekurangan
Bagi yang tak suka tambah air selalu, air cooler Elba ini adalah untuk anda. Bukan saja kapasiti tangki yang besar, tapi anda juga akan dapat amaran bila air tangki di paras terendah.
Tidaklah nanti tertanya-tanya kenapa air cooler tak sejuk.
Lagi satu, bila air dah terlalu sikit, air cooler Elba ini akan automatik terpadam supaya tak merbahayakan keselamatan anda.
Nak adjust speed kipas pun mudah sebab disediakan remote control. Ada 3 mod kipas: normal, sleep, natural.
Rata-rata yang pakai air cooler Elba mengatakan terasa sejuk. Cuma kena tahan telinga dengan bunyi yang agak bising.
#3. Sharp Air Cooler PJA36TVB
Kapasiti Tangki: 6 Liter
Waranti: 1 tahun
Berat: 7.08kg
Kelebihan
Kekurangan
Air cooler Sharp ini ada 2 warna, hitam dan putih. Ini antara jenama air cooler terbaik di Malaysia. Terbaik sebab antara air cooler yang jimat elektrik.
Rekaan juga moden dengan paparan panel LED yang siap disertakan remote control. Walaupun nampak tinggi, tapi air cooler Sharp ini ringan, siap ada roda lagi. Jadi, mudah nak dialih dalam rumah.
Rasa sejuk lagi terasa dengan penggunaan 4 pek ais.
Air cooler ini akan berhenti automatik off sekiranya air dah terlalu kurang dalam tangki.
Untuk terasa sejuk air cooler Sharp ini hanya sesuai untuk bilik yang kecil. Rasa sejuk tak terasa jika di ruang besar.
Dari segi bunyi, pengguna air cooler ini mengatakan tidaklah kuat sangat. Lebih kurang seperti kipas.
#4. Morgan Air Cooler MAC-CX12
Kapasiti Tangki: 12 Liter
Waranti: 1 tahun
Berat: 5.4kg
Kelebihan
Kekurangan
Jika anda cari air cooler dengan tangki yang besar dan harga yang murah, jenama Morgan adalah air cooler terbaik.
Walaupun kapasiti tangki besar, Morgan air cooler ini tidak menggunakan elektrik yang banyak berbanding jenama lain.
Ia juga mampu menyejukkan ruang yang lebih luas. Ramai pengguna air cooler ini mengatakan angin kipasnya kuat, bunyi agak senyap dan paling murah.
Air cooler Morgan ini boleh dijadikan sebagai air purifier dan humidifier.
Walaupun ada kapasiti besar dan pelbagai fungsi, air cooler ini ringan saja dengan berat 5.4kg.
#5. Midea Air Cooler MAC-215F
Kapasiti Tangki: 15 Liter
Waranti: 1 tahun
Berat: 7.3kg
Kelebihan
Kekurangan
Ini lagi satu air cooler terbaik di Malaysia. Dengan harga di bawah RM350, air cooler Midea ini boleh berfungsi juga sebagai air purifier dan humidifier.
Saiz tangki air yang besar membolehkan anda pakai air cooler untuk tempoh yang lama. Bila air dah terlalu kurang, ia akan automatik terpadam sendiri.
Ia turut dilengkapi dengan penapis yang mampu menapis habuk, bau busuk, asap dan memberikan anda udara segar yang sihat.
Siap disertakan dengan remote control memudahkan anda untuk kawal air cooler dari jauh.
Kalau nak bilik berbau wangi sekali, letakkan titisan essential oils atau pewangi pada kipas.
#6. Cocca Storm Air Cooler
Kapasiti Tangki: 20 Liter
Waranti: 6 bulan
Berat: Bermula dari 7.4kg
Kelebihan
Kekurangan
Cocca Storm, air cooler murah dengan kapasiti besar pada harga bawah RM300. Walaupun rekaannya nampak biasa, tapi angin kipasnya boleh tahan kuat dan rasa sejuk.
Lagi best, bunyi air cooler Cocca Storm ini agak perlahan.
Untuk kapasiti 20 liter ia sesuai digunakan di bilik kecil.
Jika anda nak guna di ruang yang besar, anda perlu mengambil kapasiti yang lebih besar.
#7. Air cooler Honeywell TC10PEUI
Kapasiti Tangki: 10 Liter
Waranti: 1 tahun
Berat: 5.8kg
Kelebihan
Kekurangan
Air cooler Honeywell yang ringan dan kecil ini sesuai untuk digunakan di ruang dengan keluasan maksimum 120 ft2.
Berbeza dengan air cooler lain, ia tidak mempunyai ruang untuk letak ais.
Pada kapasiti 10 liter air cooler ini agak mahal berbanding jenama lain pada kapasiti tangki yang sama.
Tapi jika anda memikirkan jangka panjang, air cooler Honeywell ini sangat bagus sebab jimat elektrik.
Ia juga dilengkapi dengan ionizer untuk menapis habuk dan udara yang tak sihat. Penapisnya juga tidak perlu ditukar, hanya dicuci. Jimat juga kat situ.
Mereka yang dah menggunakan air cooler ini menyifatkan ianya jimat dan terasa sejuk bila digunakan di bilik yang kecil.
Penutup
Jika anda harapkan rasa sejuk air cooler sama seperti aircond, tidak perlu membazir beli air cooler. Anda boleh dapatkan portable aircond ataupun aircond dinding.
Namun, menggunakan air cooler lebih jimat dan tidak memerlukan kos pemasangan atau penyelenggaraan yang tinggi.
Tetapkan bajet anda dan pilih air cooler terbaik dari senarai di atas.
One Comment